Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Dr. Jeffrey Tidak Ikhlas : Pairin

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 29 February 2012 | 20:22

Wednesday, 29 February 2012

PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seorang yang tenang, amat jarang sekali melihat atau mendengar beliau mengeluarkan kata-kata kasar kepada sesiapa sahaja termasuk lawan dan kawan.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa kesabarannya tetap mempunyai batasan. Buktinya apabila beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah membuat kejutan dengan melepaskan ledakan kemarahan secara terbuka terhadap adiknya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang berlainan fahaman politik.

Pairin menegaskan bahawa adiknya mempunyai hak sepenuhnya untuk berjuang dalam politik tetapi biarlah perjuangan itu berlandaskan kepentingan rakyat, bukannya atas dasar agenda peribadi.

“Saya amat kesal dengan tindakannya (Jeffrey) yang sanggup tidak mendengar nasihat abang kerana memperjuangkan kepentingan peribadi. Beliau lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abangnya sendiri."

“Jeffrey tidak ikhlas dalam perjuangannya, malah ia juga tidak konsisten yang berpunca kerana tidak mempunyai wadah perjuangan sebenar yang bertunjangkan kepada keikhlasan membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan baru-baru ini.

Tegas Pairin, kira-kira 30 tahun beliau terpaksa memendam rasa dengan seboleh-bolehnya enggan mengeruhkan suasana, tetapi akhirnya terpaksa meluahkan segalanya bagi membuka mata rakyat mengenai matlamat sebenar perjuangan adiknya itu.

Beliau berkata, adiknya itu semasa berada dalam BN pernah diberi peluang dengan dilantik sebagai senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi bertindak keluar parti dan melawan Datuk Dr. Maximus Ongkili di Kota Marudu.

“Pada waktu itu dia enggan mendengar nasihat abangnya, maka saya berkempen untuk Maximus dan dia (Jeffrey) tewas. Sekarang dia mahu lawan saya pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Parlimen Keningau. Dia benar-benar tidak menghormati saya kerana terlalu mengejar kepentingan peribadi."

Tambah Pairin, adiknya itu memang ‘pandai bercakap’ sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk menjadi pemimpin nombor satu.

“Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya.


comments (6) | | Read More...

Anwar kawal RM3 billion : Pendedahan Bekas Gabenor BNM

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 22 February 2012 | 10:19

Wednesday, 22 February 2012


BEKAS Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober 2011 lalu mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong.

Sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan Anwar sekarang merupakan aktivis parti pembangkang.

Beliau juga mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen-elemen asing.

Menurut beliau, Anwar memberikan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah agensi kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington untuk menaikkan imejnya di negara-negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.

Katanya, beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta kepada agensi itu yang diketuai oleh seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Douglas H. Paal.

Abdul Murad, 46, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic pada  Oktober 2011. Dalam nada kesal beliau mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang ''kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan.''

''Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 akaun induk lain yang diwujudkan untuk Anwar oleh pelbagai kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana-dana dalam 20 akaun induk itu mencapai lebih daripada RM3 bilion.

''Modus Operandi Anwar ialah pecah dan perintah dan operator setiap akaun induk tidak menyedari kewujudan akaun induk lain. Saya yakin kerajaan tahu siapa kroni-kroni itu,'' katanya dalam kenyataan bersumpah tersebut.

''Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih RM120 juta telah dibayar kepada Anwar, kroni-kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya.

''Sebagai contoh, adalah dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Anwar, dana-dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya (Anwar), individu-individu dan organisasi yang dikaitkan dan terlibat dengannya antara 1992 dan 1997,'' kata Abdul Murad.

Menurut beliau, secara peribadi beliau mengetahui bahawa bayaran-bayaran dibuat daripada Akuan Induk kepada pihak-pihak berikut:

(1) Anwar Ibrahim sendiri RM50 juta

(2) Tan Sri Abdullah Ahmad RM 5 juta

(3) Datuk Nasaruddin Jalil RM10 juta

(4) Asia Pacific Policy Centre RM38 juta dan Douglas H. Paal (US$10 juta)

(5) Institut Kajian Dasar (IKD) RM5 juta

(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar RM5 juta

(7) ABIM RM5 juta

(8) International Institute of Islamic Thought (IIIT) RM2 juta

(9) Sebuah Yayasan Islam di UK RM1 juta


''Sebagai seorang eksekutif tertinggi di BNM, saya sering berhubungan dengan Anwar yang sukakan saya dan ekoran itu mengamanahkan saya untuk melaksanakan arahan-arahannya, yang baru kini saya percayai digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya,'' kata Abdul Murad.

Menurutnya, bagi meneruskan rancangan politik, Anwar mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat tertentu untuk keuntungan kawan-kawan dan kroninya.

''Hutang-hutang kawan-kawannya dilangsaikan/diselesaikan melalui keuntungan daripada urus niaga menggunakan pengaruh BNM.


Beliau juga mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar. Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.

Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya. Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.''

Abdul Murad juga mendedahkan beberapa urus niaga lain yang melibatkan arahan Anwar, antaranya mengatur pinjaman-pinjaman bank untuk kawan-kawan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Individu-individu yang terlibat ialah:

* Menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebanyak RM10 juta dengan Bank Bumiputra. Beliau membantu merundingkan jumlah penyelesaian sebanyak RM7 juta.

Sejumlah RM5 juta diambil daripada Akuan Induk untuk membayar hutang itu. Bakinya RM2 juta diperoleh daripada Abdullah yang mendapat wang daripada penjualan tanahnya.

* Anwar mengarahkan beliau membantu menyelesaikan hutang Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta.

Abdul Murad menyerahkan permohonan itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan sebidang tanah di Jalan Tun Razak, yang sekarang merupakan Kompleks Marinara yang telah siap.

Dalam kes itu beliau berkata, panel TPU meluluskan permohonannya. Marina Yusof benar-benar terhutang budi kepada Anwar.

* Sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang, Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih RM10 juta yang diperoleh melalui cagaran tanah pihak ketiga.

Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan seorang bernama Ahmad Kamal yang dididik oleh Anwar untuk menjadi bakal ahli perniagaan bumiputera dan ahli politik.

* Anwar mengarahkan Abdul Murad membantu kumpulan bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan New Straits Times daripada Renong.

''Saya mendapatkan Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya kumpulan Datuk Nazri menggunakan MRCB sebagai saluran untuk mengambil alih saham New Straits Times.

''Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri bagi membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.''

* Beliau juga telah diarahkan oleh Anwar untuk membantu Faiz Abdullah, seorang penulis teks ucapan Anwar yang juga salah seorang peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM400 juta untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB).

''Pada masa itu KUBB dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad. Skim itu melibatkan penggunaan Arus Murni Berhad yang sebelum itu dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL sebagai syarikat pemegang.

''Saya menemui bank-bank berikut untuk membantu mendapatkan pinjaman untuk membeli saham KUBB bernilai lebih RM400 juta: 1. Hong Leong Bank, 2. Hong Leong Finance, 3. Sime Bank, 4. RHB Bank, 5. Southern Bank, 6. BSN Commercial Bank,'' katanya.


Oleh: BAHAROM MAHUSIN dan NAZERI NONG SAMAH
comments | | Read More...

Parti STAR Berkemungkinan Besar Akan Dibatalkan Pendaftaran oleh ROS

Penulis : Tukang Carut on Friday, 17 February 2012 | 10:42

Friday, 17 February 2012

INI KALILAH!!! HEBAT juga parti STAR ni ye. Sana-sini, semua penyokong parti STAR seolah-olah bergembira meraih kejayaan pembukaan cawangan parti STAR sehingga ada yang lupa diri. Ada yang melaungkan parti STAR adalah satu-satunya PARTI dari SABAH yang berjuang untuk rakyat Sabah. OPPPPPSSSSSS.......Parti dari SABAH???

Siapa bilang parti STAR berasal dari Sabah? Parti STAR tu sebenarnya berasal dari Sarawak tetapi Dr. Jeffri telah bawanya ke Sabah sebagai cawangan baru untuk memenuhi agenda perjuangan politiknya. Bercakap pasal parti STAR ini, kiri kanan mesti mau toleh juga, depan belakang pun jangan terlepas pandang.

Menurut sumber terkini dari Sarawak, parti STAR yang berpengkalan di Sarawak itu berkemungkinan besar akan dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Maklumat tersebut adalah berdasarkan beberapa fakta yang mengaitkan aktiviti terkini parti STAR termasuk cawangannya yang melanggar beberapa peraturan dan akta ROS iaitu :

(i) Parti STAR Induk di Sarawak dikatakan gagal menghantar laporan tahunan dalam tempoh 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan iaitu mengikut Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966.

(ii) Parti STAR Induk di Sarawak dikatakan telah melanggar Seksyen 11 (1) (b), Akta Pertubuhan 1966 kerana tidak memohon kelulusan rasmi berkaitan dengan pindaan dan perubahan peraturan parti  dalam tempoh 60 hari keputusan dibuat.

(iii) Parti STAR dikatakan telah melanggar Seksyen 12 (1), Akta Pertubuhan 1966 kerana tidak mendapat kelulusan secara rasmi berkaitan dengan pembukaan cawangan baru parti tersebut.

Menurut sumber lagi, disebabkan parti STAR dikatakan telah melanggar 3 seksyen mengikut Akta Pertubuhan 1966 seperti yang terkandung di atas, berkemungkinan besar semua cawangan-cawangan parti yang ada sekarang ini secara automatik tidak akan dibenarkan mengadakan aktiviti parti. Ini seterusnya akan menyebabkan pemimpin-pemimpin politik parti berkenaan terutamanya di cawangan-cawangan yang tidak mempunyai parti sendiri akan terpaksa tidak mempunyai parti terutamanya dalam menghadapi PRU-13 pada masa akan datang.

Merujuk kepada apa yang berlaku kepada parti STAR di peringkat induk ini, pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut parti STAR di Sabah sememangnya akan menjadi mangsa keadaan. Pertamanya ialah Dr. Jefrri Kitingan termasuk pemimpin parti berkemungkinan besar tidak akan mempunyai parti politik untuk berjuang dalam menghadapi PRU-13. Keduanya ialah penyokong parti seolah-olah memperjuangkan perjuangan yang kosong kerana tidak ada parti.

Oleh yang demikian, wahai penyokong-penyokong parti STAR di SABAH, perjuangan kalian semua adalah perjuangan yang kosong. Latar belakang dan asal-usul parti tidak kamu ketahui secara mendalam tetapi menjadi penyokong secara membabi buta. Sekali sudah terbatal jangan salahkan pendaftar pertubuhan, tetapi salahkan pemimpin kamurang di Sabah yang mempengaruhi kamurang untuk menyokong perjuangan dan agenda politiknya. Sememangnya pembukaan cawangan-cawangan baru parti STAR di beberapa kawasan di SABAH adalah satu usaha yang sia-sia. INI KALILAH!!!

: kitahuman
comments (44) | | Read More...

Parti PAS Sabah Syok Sendiri....Kasihan

Penulis : Tukang Carut on Monday, 13 February 2012 | 14:11

Monday, 13 February 2012

HAHAHAHA......kasihan lah penyokong2 parti PAS di Sabah ni ye. Buat pgrm syok sendiri. Yang datang program pun kanak2, bukan pengundi....malah yang paling ktara skali adalah hanya orang kuat surau di kampung jak yang datang. Tapi tidak tahu lagi mereka sukung PAS ka tidak.

Kasihan kmurang ni PAS. Publish dalam facebook lebih2 kononnya aktiviti mereka berjaya padahal mana ada orang mau sokong PAS. PAS di Sabah ni tidak relevan. Ini bukan Kelantan. Bawa perjuangan dari Kelantan masuk di Sabah mana laku.

RENUNG-RENUNG kan lah fakta ini :
1. PAS tidak buli masuk kawasan non-muslim-SAH 0% sokongan dari mereka.
2. Org Cina Sabah tidak sukung PAS-SAH 0% tiada sokongan dari mereka.
3. Pengikut2 PAS terdiri dari kalangan org2 masjid/surau jak...tidak semua-2% jak sokongan
4. PAS hanya boleh perintah Kelantan jak, Sabah tidak boleh-SAH 2% jak sokongan
5. Pengundi2 tidak boleh terima agenda PAS-3% jak sokong.
6. Lima perkara ja la dulu.....lain waktu boleh sambung. Hahaha.....80% sokong.

Wahai penyokong2 PAS di Sabah, renung2 kan lah. Sabah bukan tempat perjuangan sebenar PAS. Kembalilah ke pangkal jalan. Gulung lah tikar awal2 sebelum orang lain tolong gulung kan utk kamurang. Jangan lah pengaruhi rakyat Sabah....meskipun kmurang adalah rakyat Sabah sendiri....hanyutkan lah PAS tu ke dalam laut di kawasan Pulau Gaya, hantar balik semula ke Kelantan. Kalau sudah tahu PAS tidak akan menang, jangan lah bazirkan duit... sayang duit tu kalau kalah dalam pilihan raya nanti....hilang wang pertaruhan.
comments (3) | | Read More...

SAPP Bekerjasama Dengan STAR Untuk Jatuhkan PKR Di Sabah

Parti SAPP dan parti baru iaitu STAR yang berasal dari Sarawak telah mengadakan perundingan sulit bagi menjatuhkan kewujudan PKR di Sabah ini. Bagi mereka, selagi dengan adanya kehadiran PKR di Sabah ini, ia seolah-olah membayangi perjuangan mereka. Tindakan Dr. Jeffri Kitingan keluar dari PKR adalah salah satu tindakan drastik yang dibuat olehnya kerana tidak mahu menjadi seperti "lembu diikat hidungnya" dalam parti PKR.

Suatu ketika dahulu, Dr. Jeffri adalah orang kuat dalam PKR Sabah tetapi sekarang ini, beliau dan penyokong-penyokongnya sudah nampak pelan jahat PKR dalam agenda politik mereka ke atas negeri Sabah.

Bagi parti SAPP pula, mereka memutuskan untuk tidak bekerjasama lagi dengan PKR kerana mereka mempunyai agenda perjuangan mereka sendiri. SAPP telah bekerjasama dengan PKR sejak tahun 2008 lagi tetapi SAPP sering dibayangi oleh PKR dalam membuat keputusan terutamanya yang melibatkan Sabah.

Lantaran daripada itu, menurut sumber dalaman kedua-dua parti tersebut, SAPP dan STAR telah sebulat suara memutuskan bahawa misi pertama mereka dalam PRU-13 adalah untuk menjatuhkan PKR terlebih dahulu supaya tidak mengacau agenda politik kedua-dua parti tersebut. Kedua-dua parti tersebut tidak mahu dibayangi oleh Anwar Ibrahim yang sentiasa merencanakan perjuangan parti pembangkang di Sabah. Selagi PKR masih wujud di negeri Sabah, selagi itulah rakyat Sabah dipecah-belahkan.

P/S : Macam barita gembira jak ni. Tahniah lah kita ucapkan kepada SAPP dan STAR kerana ingin menjatuhkan PKR di Sabah. Tapi mau kena ingat juga, SAPP dan STAR jangan lah berangan-angan mau parintah Sabah. Kapimpinan kamurang tu "olok-olok" jak bagi mengaburi mata rakyat. Bgus lah usaha tu untuk menjatuhkan PKR dari bumi Sabah. Ini baru lah yang dikatakan "INI KALILAH". Hahahaha......
comments (7) | | Read More...

Pelan Ekonomi SAPP : "Lain Daripada Yang Lain"

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 9 February 2012 | 16:32

Thursday, 9 February 2012

PENGERUSI parti SAPP iaitu Yong Teck Lee memaklumkan bahawa mereka mempunyai Pelan Ekonomi mereka sendiri untuk memerintah negeri Sabah sekiranya menang dalam pilihanraya ke-13 kelak. Pelan Ekonomi tersebut adalah meliputi 16 perkara dan ia adalah lain daripada yang lain kerana tidak pernah dimiliki oleh mana-mana parti yang lain.

A. SISTEM PENGHANTARAN
SAPP berjanji akan menghantar dengan secara segera semua barang-barang  yang dikirim oleh pelanggan termasuklah 'Milo Ping" yang diorder dari Semenanjung.

B. SUMBER MANUSIA
SAPP berjanji akan memastikan bahawa sumber manusia yang sedia ada akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai "kambing hitam" dalam memenuhi cita-cita parti.

C. PERSEKITARAN DINAMIK UNTUK PELABURAN
SAPP berjanji akan memastikan persekitaran yang dinamik bagi orang ramai untuk membuat pelaburan di Sports Toto, Diriwan 88, STC kerana masalah yang ada sekarang adalah orang ramai bersesak-sesak beratur untuk membuat pelaburan.

D. USAHAWAN TEMPATAN
SAPP akan menggubal program khas untuk usahawan tempatan bagi memelihara burung layang-layang yang kini semakin banyak berterbangan di sana sini dan memastikan burung-burung tersebut dididik supaya tidak bertenggek di pokok-pokok di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

E. DASAR KABOTAJ
SAPP akan menjalankan kajian berkaitan dengan Dasar Kabotaj iaitu Dasar Pinjaman Wang dengan peminjam wang berlesen. SAPP akan memastikan supaya rakyat boleh meminjam terus wang dari peminjam wang berlesen tanpa perlu membayar bunga iaitu 0% interest.

F. INDUSTRI MINYAK DAN GAS
SAPP berjanji akan memastikan supaya setiap rumah yang ada di Sabah ini mempunyai industri minyak dan gas mereka sendiri supaya apabila mereka memasak di dapur, minyak dan gas tidak akan habis.

G. INDUSTRI MINYAK SAWIT
SAPP berjanji bahawa kerajaan tidak perlu lagi menanam kelapa sawit kerana setiap rumah akan dibekalkan 1 pokok bagi menampung keperluan minyak masak sawit yang ada di rumah supaya tidak akan habis iaitu dengan cara memetik sahaja buah kelapa sawit tersebut.

H. INDUSTRI PELANCONGAN
SAPP berjanji iaitu bagi menggalakkan industri pelancongan di Sabah, setiap ahli parti SAPP diberi kebebasan untuk melancong dahulu ke luar negara menggunakan duit kerajaan bagi menarik pelancong datang ke Sabah supaya kedatangan pelancong tidak akan terputus. Setiap ahli parti tidak mempunyai had untuk melancong.

I. INDUSTRI PEMBALAKAN
SAPP berjanji bahawa industri pembalakan di Sabah akan sentiasa berkembang supaya hasil-hasil tersebut boleh mereka gunakan sendiri untuk aktiviti peribadi setiap ahli parti.

J. WILAYAH BIMP - EAGA
SAPP berjanji akan mewujudkan wilayah BIMP-EAGA bagi memastikan ia sentiasa dikunjungi oleh ahli-ahli parti SAPP bercuti dan merehatkan minda.

K. TANAH SEBAGAI SUMBER EKONOMI
SAPP berjanji akan mengusahakan semua tanah yang ada di Sabah ini sebagai sumber ekonomi termasuk tanah milik individu supaya hasilnya boleh dimasukkan ke dalam tabung parti.

L. SABAH ELEKTRICITY SDN BHD (SESB)
SAPP akan mentadbir sendiri SESB supaya bekalan elektrik boleh mereka kawal bagi mengelakkan pembaziran penggunaan elektrik oleh rakyat.

M. KILANG GULA DAN GARAM
SAPP berjanji akan membina kilang gula dan garam di setiap tanah milik individu di Sabah ini supaya keperluan garam dan gula boleh diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Pemilik tanah individu tidak boleh mengenakan sewaan tetapi mereka akan diberi bekalan garam dan gula setiap bulan iaitu khas untuk kegunaan rumah sahaja tetapi tidak boleh dijual.

N. DASAR PENGURUSAN KEWANGAN
SAPP berjanji bahawa dasar pengurusan kewangan kerajaan akan digubal dan ditadbir sendiri oleh presiden parti SAPP supaya pengaliran kewangan boleh ditentukan sendiri oleh presiden.

O. BELANJAWAN NEGERI
SAPP berjanji akan melaksanakan belanjawan negeri sendiri yang melibatkan ahli-ahli parti yang rapat dengan presiden parti sahaja dan agihan belanjawan akan dikawal sepenuhnya supaya lebihan sumber kewangan akan dapat diagihkan kepada sesama mereka untuk tujuan peribadi.

P. PERTUMBUHAN EKONOMI - KELUARAN DALAM NEGERI KASAR DAN PENJANAAN KEKAYAAN
SAPP berjanji bahawa pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah akan berkembang iaitu dengan menggunakan kaedah mengeluarkan ekonomi yang kasar-kasar ke negara jiran melalui tapisan.
comments (3) | | Read More...

Parti STAR Sabah Ibarat "Tahi Telinga" Yang Diangkut Dari Sarawak

INI KALILAH!!!

Pelancaran Parti STAR Sabah pada 6 Januari 2012 menampakkan Dr. Jeffri Kitingan beria-ia ingin membuat perubahan di Sabah....KONONnya LAH. Hihihi.....

Tapi persoalannya di sini??? Kenapa Dr. Jeffri Kitingan tidak menubuhkan parti sendiri??? Parti berasal dari Sabah....dia kan orang Sabah juga. Kenapa dia perlu membawa parti luar iaitu Parti STAR untuk masuk ke Sabah??? Apa masam tu???

Kamurang tau ka pasal Parti STAR ni? Parti STAR (State Reform Party) ni adalah sebuah parti yang berpengkalan di Sarawak, ditubuhkan di Sarawak, parti pembangkang Sarawak. Aiyaaa.....mula-mula sia ingatkan ni Parti STAR Sabah punya. Rupa-rupanya Parti berasal dari Sarawak. Kcian pulak kan. Bagi orang-orang yang ada di luar sana tu mesti ingat ini Parti STAR Sabah punya, milik Dr. Jefri Kitingan kan? BUKAN.....SALAH TU!!!

Presiden  Parti STAR adalah Dr. Dripin Sakoi dan Founding President nya adalah Datuk Dr Patau Rubis. Mereka berdua ni adalah orang Sarawak,  pembangkang yang ada di Sarawak yang tidak jemu-jemu asyik membangkang jak di Sarawak....bertahun-tahun sudah. Bertanding dalam pilihanraya, tidak juga menang, asyik kacau daun jak keja mereka. Penyokong Parti STAR di Sarawak tidak ramai, boleh dikira dengan jari.

Kalau di Sarawak, Parti STAR ni macam "Tahi Telinga" jak. Mau tinggal dalam telinga orang padahal dia tu "tahi telinga". Buat kempen sana sini pengaruhi telinga orang supaya mendengar. TETAPI.....kalau dah dinamakan "Tahi Telinga", orang akan buang juga tahi tu. Sapa lah yang mahu simpan tahi banyak-banyak dalam telinga. MAKSUDNYA di sini ialah : Parti STAR di Sarawak adalah parti pembangkang buangan yang tidak popular di mata rakyat.....syok sendiri!!! Mau perintah konon tetapi tiada hala tulu....cakap jak banyak untuk pengaruhi rakyat.

Merujuk kepada kemasukan Parti STAR di Sabah pulak, kenapa perlu membawa "Tahi Telinga" dari Sarawak untuk diisi dalam telinga orang-orang di Sabah??? Tahi tu........eeeeeee.... Tidak kreatif langsung la Dr. Jeffri ni. Kasihan kan. Sampah dari Sarawak Dr. Jeffri pungut dan dia buangkan di Sabah pulak. Matilah rakyat Sabah ni.......INI KALILAH!!!

Peranan Dr. Jeffri Kitingan sebagai Pengerusi Parti STAR Sabah ibarat menjadi orang yang tiada hala tuju sebab Parti STAR tu bukan parti milik Sabah. Cuma dia sengaja mau buat kacau untuk mengucar-kacirkan rakyat Sabah. Mau mempengaruhi rakyat Sabah dengan ideologinya melalui Parti STAR tetapi dia tidak sedar bahawa TIADA yang menyokong Parti STAR di Sarawak. Daripada sini kita nampak bahawa ternyata Dr. Jeffri Kitingan seperti orang 'desperate' a.k.a terdesak dalam politik di Sabah ni.

HAPUSKAN Parti STAR dari bumi SABAH!!! Jangan terima Parti STAR sebab Parti STAR berasal dari Sarawak!!! Kepada yang sudah masuk Parti STAR dan sudah menjadi pengikut Dr. Jeffri tu, keluarlah beramai-ramai. Anda sebenarnya pengikut yang sesat. Pengikut parti buangan yang berasal dari Sarawak.....INI KALILAH!!!

: kitahuman
comments (9) | | Read More...

Gara-gara Terlalu Geram : Azmin Ali Cuba Selak Kain Nurul Izzah?

Penulis : Tukang Carut on Friday, 3 February 2012 | 11:20

Friday, 3 February 2012

Malaysia Today menyiarkan satu laporan kontroversi yang pasti memeningkan kepimpinan tertinggi Keadilan.

Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan.

Azmin Ali di dakwa dalang kepada surat layang tersebut untuk menjatuhkan Nurul Izzah! 


SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,

JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Showdi bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.

Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan.

Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!

REFORMASI!!!

- dR MiM
 

Hahahaha..............kcian mereka ni kan!!!
 
comments | | Read More...

Anwar Ibrahim Akan Saman WSJ Kerana Putar Belitkan Kenyataan? Beranikah???

RUPANYA PENAKUT BETUL LA SI ANWAR IBRAHIM NI!!! Mahu tegur Wall Street Journal (WSJ) supaya betulkan balik kenyataannya pun tak berani (itu pun jika WSJ putar belit kenyataannya) inikan pula nak menyaman...mana Anwar berani..Tapi kalau nak menyaman Utusan Malaysia, itu sudah menjadi keparannya...dialah No. 1.

Senjata makan tuan la kalau Anwar saman WSJ....itu semua taktik Anwar nak ambil hati Israel. Kalau saman, perancangannya untuk mendapatkan dana dari Israel untuk pilihanraya ini akan termusnah sama sekali. Kalau tak dapat dana, macam mana dia nak jadi perdana Menteri?? Hahahaha......

Jadi jangan haraplah Anwar nak menyalahkan WSJ. Apa yang Anwar boleh buat untuk meneutralkan isu ini ialah dia menyalahkan media perdana dan kerajaan Malaysia kerana memutar belit fakta percakapannya dengan harapan ada orang terutamanya orang kampung akan bersimpati terhadapnya kerana menjadi mangsa konspirasi kerajaan yang tak putus-putus ingin menjatuhkannya. Jahatnya si ANUar Ibrahim ni.

Inilah keunikan Anwar, dia yang mulakan sesuatu kontroversi dan kemudiannya dia bersungguh-sungguh menyalahkan pihak kerajaan di atas kesalahan yang dibuatnya sendiri...ceramah sana sini, diusung keluarganya sana sini supaya mendapat simpati rakyat. Itulah Anwar..
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal (WSJ) jika benar penerbitan itu silap melaporkan kenyataannya berhubung isu Israel.

Kata Zulkifli, Anwar tidak sepatutnya hanya berani menyaman media tempatan terutamanya Utusan Malaysia kononnya mendakwa kenyataan beliau sering disalah lapor.

''Kalau berani, kalau ada pendirian, silakan saman The Wall Street Journal. Tengok apa jadi nanti. Dan saya nasihatkan media Malaysia, eloklah hubungi editorial The Wall Street Journal. Beritahu mereka Anwar kata dia telah disalah lapor," katanya menerusi entri terbaru bertajuk Al-Yahud di blognya di http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Entri itu merujuk kepada kontroversi kenyataan Anwar menerusi wawancara dengan WSJ pada 26 Januari lalu yang antara lain menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pas sendiri menyebabkan Anwar menerusi blognya dua hari kemudian memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataannya.

Zulkifli dalam entri yang sama turut mendesak pemimpin Pas menyatakan pendirian berhubung kenyataan itu yang disifatkan beliau sangat penting kerana melibatkan soal maruah negara.

Katanya, pemimpin Pas perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada mereka berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar apatah lagi Penasihat PKR itu mahu ditabalkan sebagai pemimpin kepada pakatan pembangkang.

''Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam ingin tahu adalah, adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?

''Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan. Dalam manifesto tidak ada dan dalam Buku Jingga pun tidak ada. Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu," katanya.

P/S : Penyokong Anwar Ibrahim dan PKR yang membabi buta pun sanggup mempertahankan dia.....bodoh betul!!!
comments | | Read More...

Janji Kosong PKR : Rakyat Merana

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 2 February 2012 | 16:59

Thursday, 2 February 2012

Gara-gara taksub dengan janji-janji PKR, gini lah jadinya. Sokong membabi buta. Anwar Ibrahim suruh "makan tahi nescaya tahi itu akan jadi emas", semua penyokong PKR percaya. Nahhhh.....lihatlah apa jadinya ni. Tgok lah apa yang berlaku di Selangor ni......



comments (1) | | Read More...

Mahu Undi Lebih : PAS Sanggup Pergi Pasar Jual Daging Babi

Pengerusi PAS Bahagian Mersing, Johor (Roslan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan PENJUAL DAGING BABI sambil mengedarkan buah limau mandarin kepada penjual babi di pasar menjual babi.


Habis lah.........
comments (1) | | Read More...

PKR Buat Publisiti Murahan/Low Class Di DUN Tandek Kota Marudu

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 1 February 2012 | 15:05

Wednesday, 1 February 2012

Hahaha....macam mau tergelak melihat penyokong PKR ni yang diketuai oleh Anthony Mandiau, Ketua Cabang PKR Kota Marudu buat publisiti murahan a.k.a Low Class di DUN Tandek ni....siap edar risalah lagi. Mau promote diri dia la tu sekaligus mau promote PKR. Tapi malangnya....macam syok sendiri. Hahahahaha....kcian.

Ramai pemimpin penting dalam PKR termasuk PKR Sabah sudah keluar parti, PKR di Kota Marudu yang diketuai oleh Anthony Mandiau pulak bersemangat ni. Macam buruh paksa dan berperangai seperti Mat Jenin pulak mereka ni ye.....pasang angan-angan yang tinggi tetapi Parti PKR pun tunggang-langgang. Macam mana mau perintah rakyat? Hahahaha......

Jeffery Kitingan dah keluar PKR....kenapa? Tidak ngam la tu dengan PKR. Bagus kah PKR tu oiii penyokong PKR di Kota Marudu? Lawatan yang dibuat tu sebenarnya mau kasi tunjuk-tunjuk sama orang lain jak, kmudian publish dalam facebook....bangga la kononnya tu kan? Padahal 'low class' punya program.

Cuba tengok dalam gambar di atas tu....kcian orang tua jadi mangsa untuk diambil bergambar semata-mata mau dapatkan publisiti murahan PKR. Jangan la kamurang penyokong PKR ni sengaja mau kasi racun pemikiran orang-orang di Kota Marudu tu. Kasihan mereka tu. PKR tidak ada rekod yang lepas mentadbir sebagai sebuah kerajaan tau. Jangan lah pasang angan-angan dan beri janji kosong mau kasi perubahan dan "bagi emas" kepada masyarakat di sana tu. Berdosa tau. Hahahaha.......


: kitahuman
comments | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger