Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

PANAS : Senarai Nama Ahli Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Bakal Hancurkan Negeri Sabah

Penulis : Tukang Carut on Friday, 20 April 2012 | 13:26

Friday, 20 April 2012


CEBISAN kertas seperti di dalam gambar adalah maklumat yang terbocor yang diperolehi daripada orang DAP. Malangnya cebisan yang selebihnya tidak dapat diperolehi.

INILAH  kandungan maklumat dalam cebisan kertas tu :

Perdana Menteri (Sementara) : Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri (PM Sebenar) : Lim Guan Eng (Merangkap Menteri Kewangan) 
Timbalan Perdana Menteri Kedua : Karpal Singh (Merangkap Menteri Luar Negeri)
Timbalan Perdana Menteri Ketiga : Hadi Awang (Merangkap Menteri Di JPM Portoflio Agama Islam Sahaja)

Menteri Luar Negeri : Tian Chua
Menteri Agama (Kristian) : Jeff Ooi
Menteri Agama (Buddha) : Nga Kor Ming
Menteri Dalam Negeri : Sivarasa
Menteri Perdagangan : Dr Tan Seng Giaw
Menteri Adat dan Sosial : Mahfuz Omar
Menteri Belia & Sukan : Nurul Izzah
Menteri Sumber Manusia : Manoharam
Menteri Kesihatan : Lee Boon Chye 


Apa macam??? Senarai nama-nama di atas adalah bayangan yang mungkin akan menjadi kabinet Pakatan Rakyat.


Mana perginya Dr. Jeffry Kitingan?
Mana perginya Yong Teck Lee?
Mana perginya Ansari Abdullah?
Mana perginya Ismaily Bungsuh?
Mana perginya Ahmad Thamrin?
Mana perginya nama-nama dari Sabah?


Kenapa nama-nama orang kuat parti pembangkang di Sabah tidak termasuk dalam senarai? Macam mana pulak dengan nama-nama wakil dari Sarawak pulak???

Renung-renungkan lah!!!
comments (3) | | Read More...

Mahfuz Omar : 90% Ahli PAS Sabah Adalah PTI (Re-Publish)

  
WALAUPUN Mahfuz Omar sudah berdiam diri isu "Task Force" yang dibuat-buatnya itu, namun Mymassa rasakan perlu untuk mengupas lebih lanjut lagi supaya seluruh rakyat dapat melihat bagaimana Pembohong dan Hikpokritnya manusia bernama Mahfuz Omar ini, sesuai dengan taraf akademik yang dimilikinya!

Di sini Mymassa dedahkan tiga nama dahulu, sebelum kita dedahkan ahli-ahli PAS yang lain di seluruh Sabah, yang ke semuanya adalah anak-anak PATI (Pendatang Tanapa Izin) atau mereka sendiri adalah PATI yang tidak dilahirkan di Sabah tetapi memiliki Kad Pengenbalan yang meragukan.

Mymassa bersetuju benar dengan Desakan Mahfuz Omar supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat bagaimana mereka mendapat Kad Pengenalan? Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti menyiasat mengapa terdapat ramai PATI atau anak PATI menjangkau 90% di dalam PAS Sabah? Malah, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hendaklah juga menyiasat ahli-ahli PAS PATI ini yang didapati bekerja untuk parti semasa Ofis Hour! Adakah semua ini ajaran Mahfuz Omar?

1. HAMZAH ABDULLAH (Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah)
    Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah ini dilahirkan di mana? Isteri dan anak-anaknya dilahirkan di mana? Bagaimana dia boleh memiliki Kad Pengenalan? Adakah mengikut Prosedur? Adakah dia memiliki Permit Masuk Ke Sabah?


2. LAHIRUL BIN LATIGU (Ketua Pemuda PAS Sabah)
    Adakah Lahirul anak tempatan Sabah? Adakah ibu bapa Lahirul dilahirkan di Sabah? Bagaimana keluarganya yang lain yang baru sampai ke Sabah? Bagaimana mereka mendapat Kad Pengenalan? Jangan marahkan kami, kami hanya nak bantu Mahfuz Omar supaya Mahfuz Omar dapat maklumat tepat isu yang dibangkitkannya tu?

3. USMAN BIN MADEAMING (Ketua Pemuda PAS Kalabakan)
    Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dicadangkan oleh Mahfuz Omar juga mesti menyiasat ahli PAS ini bagaimana dia dapat IC? Benarkah ibu bapanya orang Indon? Bila dia dapat IC?

Mymassa akan mendedahkan beberapa nama lagi supaya Mahfuz Omar dapat menyerahkan nama-nama ini kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dengan terperinci proses-proses mereka mendapat IC! Kita ucap terima kasih kepada SAPP dan PBS kerana sudi memberikan maklumat kepada kita.

Mymassa memberi tempoh SATU minggu ini kepada Mahfuz Omar supaya segera mencadangkan kepada Parlimen secara formal melalui parti PAS (bukan cakap aje depan Media) supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dengan KADAR SEGERA SESEGERA untuk menyiasat bagaimana PAS Sabah boleh menyimpan 90% ahli yang diragui kerakyatan mereka!

Sumber : Mymassa.blogspot.com 

http://mymassa.blogspot.com/2012/04/mahfuz-90-ahli-pas-sabah-pendatanganak.html
comments | | Read More...

PAS Pakar Demonstrasi Bersih Dan Bangkit 123 : Rakyat Sabah Jadi Mangsa Perpecahan


PENGAKUAN PAS : PAS MENGAKUI BAHAWA MEREKA PAKAR DALAM DEMONSTRASI



LOGO BANGKIT : USAHA PARTI PAS SABAH UNTUK MEMECAH-BELAHKAN RAKYAT HASIL PENGARUH PAS SEMENANJUNG



HERO PAS SABAH : BERMATIAN-MATIAN MENGGERAKKAN BANGKIT 123 DI SABAH UNTUK MEMECAH-BELAHKAN RAKYAT SABAH UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN PAS.
comments | | Read More...

Kemampuan Parti STAR Sabah Dipersenda : Perang Sesama Parti Pembangkang Bakal Berlaku

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 19 April 2012 | 21:47

Thursday, 19 April 2012

INI KALILAH!!! Ini lah yang dilontarkan oleh penyokong STAR apabila mendapati Parti STAR dipersendakan oleh Pakatan Rakyat termasuk SAPP (Pakatan UBF Kunu). Buktinya amat jelas sekali apabila baru-baru ini Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan antara PKR dan SAPP dalam pembahagian kerusi dalam PRU13 di mana SAPP dibagi 35 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen dan selebihnya diperuntukkan kepada PKR-DAP-PAS.

Mana perginya pembahagian kerusi untuk STAR ni??? Apa sudah jadi ni??? Ternyata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf STAR sebagai parti yang kuat. Yang lebih jelas lagi adalah tindakan Yong Teck Lee dan parti SAPP nya sudah membuka jalan rundingan yang awal dengan Pakatan Rakyat untuk menguasai Sabah kunu. Timbul juga persoalan di sini apa sudah jadi dengan agenda UBF ni yang kononnya penggabungan parti STAR, SAPP dan USNO? Hahaha….menuju ke arah perpecahan adalah…umpama kerjasama yang rapuh. Kenapa??? Sebab SAPP telah membelakangi STAR dan UBF dengan mengadakan rundingan sulit untuk menguasai Sabah.

Pakatan Rakyat meletakkan SAPP sebagai calon tunggal parti tempatan Sabah sebagai satu formula gandingan pakatan Rakyat berbanding dengan penguasaan 3 parti utama bukan dari Parti tempatan untuk mematahkan penguasaan BN di Malaysia Timur.

Di dalam kegairahan Pakatan Rakyat dan SAPP untuk membuat percaturan kerusi, dilihat seolah-olah kewujudan STAR yang sepatutnya amat bersinar di pandang sepi dan malap oleh Pakatan Rakyat dan dipersenda kemampuannya dalam usaha Pakatan Rakyat menawan negeri Sabah.

Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR negeri Sabah telah mengumumkan bahawa STAR dijangka akan bertanding di kesemua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Ahli Parlimen kerusi di Sabah. Persoalannya mampukah STAR menonjolkan bakal calonnya? Kalau ada calonpun, boleh menang kah? Tidak takutkah dengan persaingan yang bakal dihadapi yang besar kemungkinannya akan terpaksa juga berhadapan dengan PKR dan rakan UBF STAR iaitu SAPP?

Sumber dalaman Parti STAR dipetik menyatakan bahawa mereka akan membuat perang secara habis-habisan dengan Pakatan Rakyat kerana mereka mempunyai agenda yang buruk untuk menguasai Sabah. Sumber dalaman STAR juga menyatakan bahawa mereka akan cuba memecah-belahkan parti SAPP jika parti tersebut terus membelakangi STAR dan UBF.

Apa yang paling menarik sekali ialah apabila seorang Ketua Cabang PKR di satu Parlimen secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia Pakatan Rakyat untuk mengutamakan calon-calon PKR bagi bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Sabah. Menurutnya lagi, rundingan dengan SAPP adalah untuk mengaburi mata parti pembangkang tempatan di Sabah. Dalam masa yang sama juga Pakatan Rakyat tidak mahu undi mereka berpecah dengan kewujudan SAPP dan STAR. INI KALILAH!!!

By : karabautua
comments (25) | | Read More...

MARI SAMA-SAMA FIKIR..... SIAPA BANGANG??!!

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 18 April 2012 | 15:11

Wednesday, 18 April 2012


APA CERITA???!! SIAPA BANGANG???!! HAHAHAHA...Rupa-rupanya Anwar Ibrahim sendiri yang bangang. Mereka yang sukung penghapusan PTPTN pun nampaknya bangang juga la ni.
comments (2) | | Read More...

Ikhlaskah Parti STAR Ni Berjuang...???




DATUK Dr.Jeffrey G.Kitingan memaklumkan yang State Reform Party (STAR) Sabah akan bertanding di 60 kerusi DUN dan kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU akan datang.  Beliau memaklumkan perkara tersebut selepas mendengar taklimat peraturan baru Pilihanraya di pejabat SPR baru-baru.  Lepas ni kita dengar pula kenyataan SAPP dan Pakatan Rakyat. LAIN KALI LAAA!!!
comments (2) | | Read More...

Anwar: Kekuatan raksasa untuk Bersih 3.0 adalah mimpi

Penulis : Tukang Carut on Tuesday, 10 April 2012 | 07:45

Tuesday, 10 April 2012



Pada 28 April 2012 adalah mimpi belaka, apa yang dah berlaku Bersih 2.0 dahulu merupakan satu impian bohongan rakyat. kini Anwar mula nak meneruskan Bersih 3.0  dah la rakyat rasa bosan dengan demontrasi jalanan yang tidak  memberi faedah kepada negara... ingat la Firman Allah swt. surah Asy-Syura ayat 30 " Dan apa jua pun yang menimpa kepada dirimu dari sesuatu mala-petaka, maka itu adalah dari usaha tanganmu sendiri. pada hal dimaafkaNya sebahagian yang banyak "... janganlah libarkan orang lain dengan masalah peribadi. sedangkan janji 100 hari Pakatan rakyat. Agenda Pakatan Rakyat yang dicanangkan di dalam Buku Jingga mereka untuk melaksanakan 10 janji dalam masa 100 hari jika mentadbir kerajaan, hanya sekadar janji khayalan untuk menjadi popular di kalangan hari rakyat. Janji sedemikian sememangnya berbunyi amat menarik dan mampu dipersetujui oleh sesiapa sahaja jika tidak diambil kira kaedah untuk mengkotakan janji-janji itu.

mereka yakin dengan 10 janji yang bersifat populis itu, walaupun tidak munasabah untuk dilaksanakan pun, ia sudah cukup untuk mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka mampu melaksana satu reformasi kerajaan yang kononnya memihak kepada rakyat.  Setiap janji dan agenda yang digemburkan itu, sebenarnya adalah satu janji fantasi yang bertujuan untuk menjadi popular sedangkan hakikatnya, mereka hanya memberi satu haraan palsu kepada rakyat.

Raksasa untuk Bersih 3.0 yang di lakukan oleh Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN) iaitu kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang ingin mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku  berkaitan daftar pengundi.. Ini la manusia yang tidak puashati dengan pemimpin sedia ada.. mereka ingin membetulkan orang lain sedangkan diri sendiri tidak betul...  bagaimana nak jadi pemimpin ????.
ingat lah.

" Hidup adalah tidur sejenak, dan maut adalah kesadaran: dan manusia di antara keduanya adalah bayang-bayang yang berjalan "

perkara 119. kelayakan pemilih-pemilih (3) seseorang adalah hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri jika :-

(a) pada tarikh kelayakan ia adalah ditahan sebagai seorang yang tidak sempurna akal atau adalah menjalani hukuman penjara; atau
(b) sebelum tarikh kelayakan ia telah disabitkan sesuatu kesalahan adalam mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukum bunuh atau hukum penjara selama tempoh lebih daripada dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan ia masih tertanggung menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.

oleh itu janganlah nak membetulkan orang lain kalau nak bersih.. bersihkan la diri dahulu.. baru bersihkan orang lain.


comments | | Read More...

Panas : Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa

Penulis : Tukang Carut on Monday, 9 April 2012 | 16:01

Monday, 9 April 2012

HAHAHAHA....Malang buat Parti Pembangkang yang ada di negeri Sabah ini. Ingatkan mereka menyengat, rupa-rupanya mereka tidak menyengat seperti yang di war-warkan.Parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini umpama "seperti melukut di tepi gantang" atau dalam bahasa Jerman nya "kacau daun" sahaja. Yang pastinya mereka saling sengat-menyengat sesama sendiri.....satu perkembangan yang positif juga tu. Apa pun, daripada sini kita dapat lihat bahawa parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini hanya inginkan kuasa sahaja, buat perbalahan sesama sendiri dan menjadikan rakyat Sabah menjadi mangsa percaturan mereka.

Wahai PKR, DAP, PAS, SAPP, STAR......Inikah yang dikatakan sebagai pembela nasib rakyat? Ternyata salah apa yang ditonjolkan oleh parti pembangkang bahawa mereka adalah ULTRAMAN/SUPERMAN/BATMAN/ROBIN HOOD sebagai penyelamat kepada rakyat.....rupa-rupanya mereka hanya memainkan sandiwara untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Hancurlah negeri Sabah ini gara-gara mainan politik kotor parti pembangkang ini.

Perkembangan terbaru berkaitan dengan parti-parti pembangkang di Sabah ini nampak dengan jelas sekali. Mereka bercakaran sesama sendiri gara-gara untuk merebut kerusi pilihan untuk bertanding dalam PRU-13 yang akan datang ini.

Bagi SAPP dan STAR, yang masing-masing diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Jeffrey Kitingan, kerjasama antara mereka belum lagi wujud sepenuhnya. Kedua-dua parti ini kadang kala "MAIN PINTU BELAKANG" dalam usaha untuk mempertahankan kuasa dan perjuangan mereka. Pakatan Rakyat lagi lah dasyat mainan kotornya....SAPP dan PKR mana tahu.

Tetapi bagi Pakatan Rakyat yang berasal dari Semenanjung Malaysia, mereka ingin sokongan daripada parti-parti pembangkang di Sabah untuk merealisasikan impian mereka untuk menguasai Parlimen. Walau bagaimanapun, mahukah rakyat Sabah menjadi korban perjuangan rakus Pakatan Rakyat tersebut? Menerima pelawaan PR umpama "mati katak" bagi SAPP dan STAR Sabah? Negeri Sabah akan terjual kepada PR jika SAPP dan STAR menerima pelawaan tersebut.

Sumber dalaman SAPP memberitahu bahawa mereka bersedia membantu Pakatan Rakyat dalam menawan Putrajaya tetapi mahu perjanjian yang membenarkan mereka membentuk kerajaan negeri Sabah dengan bertanding lebih separuh kerusi daripada 60 kerusi yang disediakan. Sanggupkah SAPP oiiii??? Sebenarnya SAPP akan menjadi tunggangan PR jak untuk mencapai hasrat kotor PR tersebut. Nampaknya Yong Teck Lee akan dicop sebagai penderhaka kepada rakyat Sabah lah tu.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mengesahkan bahawa rundingan kerusi antara DAP, PKR dan PAS masih belum dimuktamadkan. Katanya, rundingan masih belum selesai kerana terdapat 20 kerusi negeri dan tujuh kerusi Parlimen yang masih menjadi rebutan. Rundingan dengan parti pembangkang tempatan, kata beliau, masih belum gagal walaupun dihangatkan melalui media.
 “Pintu sentiasa terbuka,” katanya. “Tetapi syarat kami mudah... mereka perlu sertai Pakatan Rakyat. Mereka perlu bersatu jadi kita boleh menjadi satu pasukan... bukan dua.”

Hancur Sabah dengan percaturan parti pembangkang ini!!!! 
comments (5) | | Read More...

Gara-Gara Tidak Pandai Uruskan P.P : Guan Eng Jual Projek Pembangunan Bayan Mutiara


Projek Pembangunan Bayan Mutiara telah dijual kepada pemaju swasta. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara adalah mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid.

Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar yang telah direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy. PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.

Apa alasan mereka apabila  kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng???  Apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion???  Nilai kasar projek ini ialah RM10 billion.

Perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik, kerana kepentingan kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri.

Sejauh mana keikhlasan Guan Eng membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri???  Keputusan menjual projek pembangunan ini memihak kepada siapa?   Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.  Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi apa-apa erti kepada rakyat Pulau Pinang.

Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan tapak pembinaan masjid.  Apabila berlakunya urusan penjualan projek ini, secara tidak langsung tapak masjid tersebut juga telah dijual bersama.   Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.
Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.

Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini??? Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini? Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?
Pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam.
Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat.   Buktinya, selama 22 tahun memerintah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO.  Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata.  Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS?

Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan.
Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd?
Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.
comments | | Read More...

Gempar : Dokumen Fuckatan Rakyat Ingin Merampas Malaysia


comments | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger