Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Lim Kit Siang Perlekeh Parti Yong Teck Lee

Penulis : Tukang Carut on Tuesday, 22 May 2012 | 15:22

Tuesday, 22 May 2012

ALKISAH satu kejadian yang melibatkan Lim Kit Siang dengan Yong Teck Lee ni. Kejadian ini diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai yang hadir dalam satu majlis ini. Kejadian ini berlaku semasa satu Majlis Kaamatan di Sabah. Semasa majlis tersebut, Lim Kit Siang dengan bongkaknya pernah memalukan Yong Teck Lee.  Lim Kit Siang tanpa berselindung meminta Yong Teck Lee dan parti SAPP pimpinannya supaya menyertai Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat sahaja yang dapat mengalahkan BN. Sambil mengakui bahawa dengan kekuatan SAPP yang ada sekarang, belum boleh lagi dibanggakan untuk menawan Sabah.

Lim Kit Siang memperlekehkan SAPP dengan menunjukkan bukti bahawa dalam pilihanraya Umum Negeri Sarawak yang lepas, DAP berjaya menawan 12 kerusi dan parti pembangkang lain di Sarawak tidak dapat menandingi DAP. Selain itu katanya, kaum cina akan terus menyokong Pakatan Rakyat dan tambahnya lagi, jika mahu dalam pasukan yang menang, maka dikehendaki menyertai Pakatan Rakyat.

Nahhhh.....apa sudah jadi ni? Parti DAP dari Semenanjung memperlekehkan parti SAPP dari Sabah ni. Malulah Yong Teck Lee ni.
comments | | Read More...

PANAS & HANGIT: Pembangkang Diibarat ‘Ajar Itik Berenang Tetapi Tidak Tahu Berenang'

Penulis : Tukang Carut on Monday, 21 May 2012 | 15:55

Monday, 21 May 2012

PEMBANGKANG terbukti gagal bela ramai rakyat Sabah di kawasan sendiri.

 Ketua Mentari Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata “Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan menunding jari kononnya BN gagal membela nasib rakyat negeri ini, diibaratkan seperti ‘mengajar itik berenang’ kerana terbukti ramai rakyat di negeri yang dikuasai oleh mereka tidak terbela”.

 Ketua Menteri, juga turut membidas dakyah pembangkang bahawa mereka mampu merancang perubahan jika berkuasa, berkata dakwaan kononnya BN gagal membawa pembangunan dan kemajuan di Sabah juga tuduhan tidak berasas. 

 Rakyat Sabah harus bersyukur dengan perubahan dan kemajuan yang semakin banyak dinikmati.  “Saya memberi amaran kepada pembangkang, jangan cuba ajar itik berenang.  Dakwaan kononnya mereka boleh membawa perubahan jika berkuasa tidak berasas kerana semuanya sudah dilaksanakan oleh BN”.

Malah kita lebih mampu melaksanakan program membela rakyat berbanding mereka.  “Lihat sahaja di negeri diperintah pembangkang, ramai rakyat menderita kerena tidak dibela.  Jadi apa guna sokong perjuangan mereka sedangkan apa yang didakwa jelas tidak dapat dilaksanakan,” katanya.  Musa yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata “pembangkang harus ditolak  kerana sikap pemimpinnya yang suka menimbulkan kekacauan dengan mengadakan demonstrasi sehingga menjejaskan keamanan dan keselesaan hidup rakyat”.

“Kita tidak mahu kacau bilau kerana dalam keadaan itu, tiada pembangunan boleh dirancang atau dilaksanakan, sebaliknya tumpuan hanya keada usaha meredakan ketegangan.  Kita mahu keamanan dikekalkan di Sabah kerana banyak manfaat bila aman dan stabil. Ramai pelancong datang, pelabur juga lebih yakin menanam modal,” katanya.

Sumber - Berita Harian
comments (1) | | Read More...

Zaman SAPP : Berjuta-juta Hektar Hutan Sabah Lesap

Penulis : Tukang Carut on Sunday, 20 May 2012 | 12:03

Sunday, 20 May 2012


SELAMA rejim SAPP memerintah, tidak kurang dari 1 juta hektar lahan hutan diberikan kepada syarikat swasta dan awam yang berdaftar, konon untuk SFM-Pengurusan Hutan Lestari.

Malangnya, dalam banyak lesen FMU (Unit Pengurusan Hutan), individu yang meragukan tanpa kemampuan apa pun dipilih juga. Akibatnya, banyak pemegang lesen gagal untuk melakukan kerja sepatutnya dan menimbulkan kerugian besar berbilion-bilion ringgit kepada kerajaan dan negara di kawasan-kawasan berkenaan.

Hari ini kegagalan dari banyak pemegang lesen yang telah mengakibatkan lesen mereka ditamatkan mengambarkan perancangan yang lemah, pelaksanaan bermutu rendah serta pilihan sembrono. Beberapa lesen bahkan tidak pernah melihat kawasan hutan, apalagi melihat kawasan konsesi mereka yang boleh sebesar 600,000 hektar.


Yang penting mengapa badut-badut konsesi ini telah dipilih? Hanya SAPP boleh menjawabnya.

Peruntukan kawasan-kawasan besar di sesetengah daerah seperti dalam satu jangka hayat seumur hidup (100 tahun) sekaligus sepatutnya memberikan sedikit kesempatan bagi kerajaan untuk mengkaji. Mengapa tidak dilakukan dalam secara langkah-demi-langkah? Misalnya, memperuntukkan kawasan kecil untuk fasa pertama dan kemudian memperluaskan berdasarkan prestasi?
 
ARTIKEL yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia hasil tulisan :
DATUK THAM NYIP SHEN
(Bekas Timbalan Presiden SAPP)
 
comments | | Read More...

PANAS : Gelagat Pemimpin PKR Sabah Yang.....???

 
CERITA ini seakan-akan satu kelucuan berkaitan dengan apa yang berlaku kepada beberapa orang pemimpin PKR di Sabah ini. Bila mendengar cerita-cerita tersebut, penulis seakan-akan terketawa dalam hati. Ini adalah realiti yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin PKR Sabah. Hahahaha....
 
Ni cerita pasal Ansari. Masa berkempen dan berpolitik, dia tidak pandai menjaga diri sendiri. Beliau merupakan pemegang rekod dalam politik Malaysia ini sebagai orang yang paling banyak kali jatuh ketika berkempen. Memang tidak pandai menjaga diri dia ni.... Tetapi ketika dia jatuh tu, dari satu aspeknya ialah dia mau minta simpati dari orang ramai dan sanggup "kejatuhan" nya itu diterbitkan dalam surat khabar di Sabah ini...."hidden agenda" kunu.
 
Saya tertarik juga klu lain kali Ansari merancang mau jatuh bagi kali yang berikutnya....sia mau tolong lah supaya ia kelihatan real....yang akhirnya akan mendapat simpati rakyat kunu. Sia plan mau sediakan lubang najis ditutup dengan kanvas. Saya akan jadi pengarahnya....tetapi tidak mahu kasi tau Ansari awal-awal tempat yang dia akan jatuh itu. Bila tiba masanya....nahhh....Ansari...cepat....jatuhlah sekarang. Hahaha....rupa-rupanya dia jatuh dalam lubang najis. Hahahahaha.....itu baru lah sensasi.
 
Ni pulak cerita pasal Halik Zaman orang kuat PKR di Tenom dan AJK Penerangan Persatuan Blogger  Sabah. Blognya tidak aktif dan banyak bercerita tentang sarang burung. Dalam facebooknya pula dia sangat bermegah menunjukkan kehebatannya dapat mengheret pengundi memasuki PKR....tetapi berapa orang saja yang masuk....lepas tu mereka keluar balik. Tetapi kebanyakan politiknya dihabiskan di sarang burung wakitnya.
 
 
Cerita yang ketiga pasal pemimpin PKR Sabah ni pulak lagi klasik. Orang yang dimaksudkan ialah Ismaily Bungsu. Beliau bolehlah digelar sebagai sasterawan zaman purbakala. Kerjanya dalam facebook bersastera sahaja. Bahasa berbunga-bunga....kandungan tulisannya pun umpama karangan sastera dan falsafah sahaja. Errrr.....mungkin juga dia tengah bagi tutorial subjek politik dengan student nya tu ye??? Hihihi.....
 
Mungkin juga beliau masih keliru apakah dia ingin jadi ahli falsafah, seniman atau ahli politik. Akaun Facebooknya saja lebih dari EMPAT. Hari-hari bersajak dan bersastera untuk tatapan umum. Bila orang komen, dia malu menjawab.....syok sendiri. Kebenarannya boleh dilihat dalam akaun facebook nya tu....macam-macam ada. Kebanyakan tulisannya kabur......

 
Umpamanya beliau pernah menulis dalam akaun facebooknya : Kesimpulan yang dibuatnya melalui Teori Darwin
 
..... "nah, demikianlah sejarahnya asal usul manusia yang sekarang ini bertebaran di mana-mana dalam dunia. Jadi, berdasarkan apa yang dinyatakan di atas berarti yang kita ini adalah bersaudara, adakah anda berbangsa Kadazan / Dusun, Iban, Brunei mahupun Dayak dan segala macam yang berbagai agamanya. Pokoknya kita ini adalah keturunan Adam dan Hawa dan telah dinyatakan yang Adam dipercayai berusia 930 tahun",  
 
Maacam-macam ada.....aiyaaaa.
 
: Tahahan Jingga


comments (2) | | Read More...

Janji Manis PKR Akan Jadikan Malaysia Bankrap Dan Rakyat Merana

Penulis : Tukang Carut on Friday, 18 May 2012 | 12:41

Friday, 18 May 2012

BERITA ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai. Baru-baru ni, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN. DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.

Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN. Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya. Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.- 1beruangbiru

comments | | Read More...

UMNO Lebih Terbuka Berbanding Parti Pembangkang : Shafie


KEPIMPINAN UMNO  lebih terbuka berbanding parti pembangkang yang langsung tidak memberi ruang untuk mendengar apa jua pandangan yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri bagaimana presiden UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan dengan cara yang teratur.

Beliau berkata ketika Najib mencetuskan idea-idea untuk membangunkan negara dan membantu segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum menerusi idea-idea transformasi, pembangkang pula dengan agenda demonstrasi yang merosakkan.

“Beliau (Najib) boleh bangun pukul 2 pagi tengok perlawanan bola sepak dengan belia, beliau boleh pantau Twitter, Facebook, berinterasi dengan semua,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebaliknya di pihak pembangkang, Shafie memberi contoh tindakan DAP yang enggan menyambung keanggotaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara DAP ekoran kritikannya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bulan lepas, yang membawa kepada peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP, dan tindakan PAS yang memecat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti awal tahun ini.

Mohd Shafie berkata saluran untuk menyuarakan pandangan pula perlu sesuai dan ia tidak seharusnya disuarakan dengan cara berdemonstrasi sehingga merosakkan harta benda dan menggugat keselamatan, atau dilakukan dengan cara yang tidak beradab.

“Kita ada struktur sesuai yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, contohnya pandangan boleh disuarakan di Parlimen, atau persidangan Dewan Undangan Negeri, malahan menerusi media-media sosial, boleh lontar pandangan, bukan dengan cara mengganggu atau berdemonstrasi sehingga merosakkan,” katanya. — Bernama
comments | | Read More...

SEMPORNA YANG TERPINGGIR ????? BUTANYA MATA PKR





















DI MANA silapnya penduduk Semporna yang menidakkan perubahan besar yang berlaku di Sempora. terbitan sabahkini.Net 17 Mei 2012 menggambarkan seolah-olah Semporna jauh ketinggalan dari segi prasarana dan juga ekonomi kendiri sejak merdeka. Seorang sumber iaitu Ana (bukan nama sebenar) mengatakan ; 'Saya tidak pergi ke Pekan Semporna sejak 1987 dan baru-baru ini sempena Lepa-Lepa di Semporna saya berkesempatan bertandang ke Pekan Semporna dan amat bangga dengan perubahan besar ke atas pekan ini.'

Tambahnya lagi kedai-kedai papan yang berderet panjang yang hanya ada panggung bernama 'LACO' kalau tidak silap sebagai penghias hiburan di pekan ini masa dulu kini sudah tidak kelihatan dan digantikan dengan deretan kedai-kedai serba moden dan pasaraya besar. Penduduk semporna harus berbangga dengan perubahan ini lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin besar seperti Datuk Seri Panglima Shafie Apdal Menteri KKLW adalah orang Semporna yang telah membawa banyak pembangunan di daerah ini.
comments (1) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger