Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

PM: Bantuan, peruntukan kerajaan bukan untuk satu pihak sahaja

Penulis : Tukang Carut on Monday, 25 June 2012 | 14:59

Monday, 25 June 2012

comments | | Read More...

3 Nilai Buruk Pakatan



PULAU CAREY: Pembangkang menyemai tiga nilai buruk dalam kalangan rakyat negara ini yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, nilai buruk itu adalah janji tidak pernah ditepati, budi tidak perlu dihargai serta hutang tidak perlu dibayar.

"Apabila mereka berjanji, itu hanya janji politik mereka saja. Apabila kita berbudi (memberi bantuan kepada rakyat) mereka akan sakit hati...

“Hutang pula mereka tidak mahu bayar sedangkan ia ajaran agama dan roh diseksa apabila hutang tidak dibayar,” katanya pada pelancaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat Peringkat Kebangsaan di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam.

comments (2) | | Read More...

MADE IN MALAYSIA

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 21 June 2012 | 14:32

Thursday, 21 June 2012

'MADE IN MALAYSIA' dengan harga yang tidak seragam, kenyataan Datuk Dr.Marcus Mojigoh harus disambut baik oleh penduduk Sabah / Sarawak. Kenapa pemimpin pembangkang tidak melihat ini sebagai satu manifesto bagi membantu rakyat Sabah / Sarawak ? Asyik-asyik dengan Isu 20 Perkara yang beragendakan poket pemimpin sendiri.


comments | | Read More...

PAS PENSIANGAN... MIMPI DI SIANG HARI....

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 14 June 2012 | 16:01

Thursday, 14 June 2012


PAS Pensiangan nampaknya semakin ghairah untuk menjadi calon Pensiangan pada PRU akan datang.  Ini terbukti apabila YDP PAS Pensiangan, Hishamuddin Sulaiman (orang Sabah ka dia ni??) telah menabur janji yang cukup hebat dengan menjanjikan pengaspalan jalan SEMUA jalanraya dikawasan Pensiangan, memberikan tanah kepada semua masyarakat pensiangan (termasuk kaum kerabatnya dari Semenanjung yang pindah mengundi di Pensiangan).  Ini kata beliau akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari setelah beliau menjadi Ahli Parlimen Pensiangan nanti... Ini belum termasuk janjinya untuk memberikan bekalan elektrik seluruh Pensiangan, mengujudkan Kompleks Sukan Pensiangan, Lebuhraya Keningau - Nabawan dan macam-macam lagi.  Persoalannya kenapa orang dari Semenanjung ni berada di Sabah dan tidak memperjuangkan nasib masyarakat yang kononnya teraniaya di Semenanjung? Tidak ada sudah orang Sabah yang layak jadi YDP PAS di kawasan Parlimen dalam negeri Sabah ni kah?

Nota :- Betul ka manusia ni?? lantang memburuk-burukkan kerajaan tapi restoran miliknya terpampang logo 1Malaysia.
comments (5) | | Read More...

KENINGAU SEDIA SAMBUT PM!!!

       Daerah pedalaman kini telah bersedia untuk menjadi tuan rumah sambutan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 16 Jun bermula sebelah petang.
Dianggarkan 20,000 penduduk dari sekitar pedalaman melibatkan Keningau, Sook, Nabawan, Kemabong dan Tambunan dijangka membanjiri sambutan berkenaan di Kompleks Sukan Keningau.
Sambutan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Rais Yatim sebagai penganjur, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

           Lawatan rasmi Perdana Menteri ke pedalaman juga padat dengan beberapa acara rasmi yang bermula dengan Perasmian Pusat Kraftangan Sabah dan Pelancaran Portal Pusat Kraftangan Sabah di Pusat Kraftangan Sabah, Jalan Apin-Apin pada tengah hari Sabtu. Diikuti Majlis Pecah Tanah SDC: Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (CLC) dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di daerah Sook pada jam 3.00 petang. Dianggarkan 10,000 orang akan hadir ke majlis berkenaan.
Manakala di sebelah petangnya, Perdana Menteri akan bersama dengan rakyat di pedalaman meraikan majlis rumah terbuka sempena Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan dengan diserikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat setempat dan persembahan artis tempatan.
Amat memberitahu rakyat pedalaman telah bersedia bersama dengan Perdana Menteri dengan anggaran pengunjung sehingga 20,000 orang.
Pagi Ahad, Perdana Menteri akan mengunjungi tamu mingguan Keningau dan mengambil peluang untuk minum bersama dengan rakyat di gerai tamu tersebut.
Perdana Menteri juga dibawa melawat Tamu Mingguan di Pekan Bingkor sebelum melawat Rumah Besar OKK Sedomon di Bingkor, rumah bekas pemimpin tersohor di pedalaman yang pernah dilawati oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien, yang kebetulan mengadakan Majlis Perhimpunan Keluarga Kina dan Gong.
Lawatan itu merupakan satu penghargaan kepada keluarga berkenaan yang pernah mempunyai hubungan baik dengan mantan Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu ayah kepada Perdana Menteri.
Seterusnya beliau akan berlepas ke daerah Tambunan bagi merasmikan Upacara Pecah Tanah Kolej KDM di Pisompuruan Square, yang akan disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
comments | | Read More...

Perang Perebutan Kerusi SAPP+STAR+PKR Kian Panas Di Sabah

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 13 June 2012 | 13:42

Wednesday, 13 June 2012

PENGANALISIS politik di Sabah berpendapat bahawa, perang sesama Parti Pembangkang akan berterusan menjelang PRU-13 kelak. Ini adalah kerana ketiga-tiga parti tersebut  ingin mengekalkan kekuasaan parti masing-masing. Dalam masa yang sama juga wakil daripada parti mereka dapat bertanding dan dapat menguasai kerusi di kawasan berkenaan.

Walaupun Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-STAR untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri Sabah, namun kedua-dua parti itu jelas ingin juga menumbangkan rancangan Anwar Ibrahim.

Terbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.

Bukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.

Suatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar. Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' dana daripada sumber yang sudi membantunya.

Adalah sesuatu yang amat menarik jika STAR enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir sebab Dr. Jeffry dan Anwar Ibrahim sudah "tidak sebulu".

Pada PRU-12 yang lalu, Dr. Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah. Namun, percaturan beliau gagal dan akhirnya pakatan pembangkang di Sabah hancur.

Antara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.

Parti STAR berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah. Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.
Walaupun SAPP juga pernah menunjukkan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat. Contoh yang terbaik ialah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.

Malah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kempen PRK itu.

Dalam keadaan perang sesama sendiri SAPP+STAR+PKR, didapati DAP menggunakan pakatan sulit untuk mengkucar-kacirkan keadaan di negeri Sabah ini. Bila keadaan berlarutan, rakyat Sabah akan merana kerana percaturan sulit kesemua parti tersebut.

comments (2) | | Read More...

Hukum Hudud : Warga Sabah Terima Dengan Baik Pelaksanaannya

Penulis : Tukang Carut on Tuesday, 12 June 2012 | 14:27

Tuesday, 12 June 2012

BAGI rakyat Sabah yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, pelaksanaan Hukum Hudud seperti yang ditegaskan oleh PAS diterima warga Sabah dengan baik dan amat bersesuaian walaupun negeri Sabah mempunyai lebih daripada 22 suku kaum.

Menurut mereka lagi bahawa dengan pelaksanaan Hukum Hudud tersebut, pentadbiran baru negeri Sabah akan sedikit sebanyak boleh diadaptasikan daripada acuan negeri Kelantan termasuk dengan pindaan Perlembagaan yang baru. Mereka yakin bahawa Sabah akan tetap maju walaupun Hukum Hudud dilaksanakan.  

Walaupun Pakatan Rakyat di Semenanjung masih tidak sefahaman berkaitan dengan pelaksanaan Hukum Hudud, penyokong PR di Sabah tetap optimis meskipun DAP dan Karpal Singh ditegur supaya tidak terlalu tamakkan kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pakatan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini ini termasuklah pelaksanaan Hukum Hudud ini di Sabah dan Sarawak.
Teguran tersebut dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib susulan kenyataan Pengerusi DAP itu bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara. Harun berkata, selama ini, kerjasama PAS dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah atas nama parti, bukan Karpal Singh.
Menurut Harun Taib lagi, Hadi adalah pemimpin tinggi PAS yang juga sebahagian pakatan pembangkang, jadi beliau mempersoalkan kenapa pula beliau tidak boleh bercakap bagi pihak pembangkang?
Akhbar sebelum ini melaporkan Hadi sebagai berkata: “Jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.”
Harun berkata, PAS akan tetap melaksanakan Islam sebagai addin kerana ia bukan saja meliputi aspek undang-undang, tetapi juga ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Kita tetap akan laksanakan hudud dan pinda Perlembagaan walaupun mungkin bukan dengan rakan pakatan yang ada sekarang… mungkin dengan pakatan lain yang memberi sokongan kepada kita nanti. Mungkin ada pihak yang simpati dan menyokong perjuangan kita nanti.
“Jika cukup majoriti (penguasaan kerusi), jika PAS lebih kuat berbanding rakan lain nanti, kita akan laksanakan (hudud dan pinda Perlembagaan),” katanya.
Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Sabah, walaupun berlaku konflik dalaman sesama parti, mereka tetap menyokong pelaksanaan Hukum Hudud. Mereka percaya bahawa PKR+DAP+PAS pasti akan dapat jalan penyelesaiannya nanti. Sebagai rakyat Sabah juga, mereka juga akan memastikan bahawa parti tempatan di Sabah iaitu SAPP dan STAR menyokong perjuangan ini. Menurut mereka lagi, pelaksanaan Hukum Hudud pasti akan diterima dengan baik oleh kaum Dusun, Kadazan, Murut, Sungai, Bajau, Bugis dan beberapa lagi suku kaum lain di Sabah.

...fs


comments (1) | | Read More...

STAR Sarawak Sokong BN? Apa Cerita Ni STAR Sabah?

Penulis : Tukang Carut on Monday, 11 June 2012 | 14:54

Monday, 11 June 2012

APA SUDAH jadi dengan parti STAR ni??? Presiden STAR di Sarawak, Dr. Patau Rubis menyatakan pendirian parti STAR untuk menyokong BN. Apa pulak ceritanya di Sabah ni? Agak-agak apa pulak pendirian Dr. Jeffry Kitingan yang "menyewa" parti STAR yang berasal dari Sarawak dalam mengharungi PRU-13 ni nanti ye?

Mungkin juga kalau katakan parti STAR Sarawak sudah menyatakan pendiriannya dengan jelas nanti, mungkin Dr. Jeffry akan keluar parti STAR. Selepas itu apa jadi dengan karier politik Dr. Jeffry yang sudah tiada parti ketika itu? Mungkin juga Dr. Jeffry akan bertanding atas tiket BEBAS menggunakan lambang KATAK? Haaha....apa pun, kita tunggu dan lihatlah. INI KALILAH!!!!


comments (18) | | Read More...

Hapuskan PTPTN : Selangor Tidak Mampu...Ini Kan Pula Pendidikan Percuma Sepenuhnya

HAPUSKAN PTPTN, itulah laungan yang lancang di suarakan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa maksudnya? Kenapa dia nak hapuskan pinjaman tersebut? Adakah ini kemahuan peribadi beliau atau kemahuan orang-orang tertentu yang menjadikan beliau boneka untuk mereka berkata dengan menggunakan DSAI sebagai jurucakapnya?

Tidakkah DSAI tahu siapa yang lebih memerlukan pinjaman tersebut? Semua rakyat Malaysia yang berpeluang melanjutkan pelajaran berpeluang mendapatkan pinjaman walaupun ada di kalangan mereka mampu. Tambahan pula sejak PTPTN diwujudkan, ramai rakyat Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dan akhirnya berjaya menjadi mahasiswa.

Jadi, kenapa DSAI sanggup menjadi boneka kepada mereka yang menjanjikan beliau berjuta janji menjadi PM bila PR menang nanti? Apakah ia akan berlaku atau inilah rancangan janji 100 hari PR. Kata pentingkan rakyat tetapi lebih pentingkan kedudukan dan yang pasti wang serta kuasa yang melebihi segalanya.

 
" Dimana Bumi dipijak, Disitu langit dijunjung "

...sh
comments | | Read More...

Hilang Kepercayaan : 45 Ahli PKR Kinabatangan Bakal Tinggalkan Parti

SEMASA penulis duduk di kedai kopi bersembang dengan tiga orang rakan sekitar jam 9.30 pagi tadi (11 Jun 2012), penulis dapatlah korek cerita baru berkaitan dengan PKR Kinabatangan ini. Ketiga-tiga rakan saya tu adalah orang kuat PKR di Kinabatangan.

Pada permulaan cerita, sia bawa lah borak-borak pasal EURO 2012. Borak...borak...borak.... Selepas itu, sia pusing-pusing lah sikit cerita ke arah politik. Pelan-pelan sia korek, akhirnya rakan sia tu bercakap lah topik politk pasal penglibatan mereka dengan PKR Kinabatangan.

Menurut rakan sia tu, seramai 45 orang ahli PKR kinabatangan bakal keluar parti dan akan menyertai UMNO dalam masa terdekat ini. Mereka telah mengisi borang dan akan menyerahkan kepada BN secara rasminya kelak bagi menunjukkan bahawa mereka tidak lagi menyokong PKR.

Menurut mereka lagi, mereka keluar dari PKR kerana sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat ( PKR ) dengan janji - janji kosong dan cakap bohong mereka. Mereka juga mengatakan bahawa akan ramai lagi akan keluar parti dalam masa terdekat ini dan sebelum PRU13.

Hahaha....inilah rahsia PKR. Tindakan rakan sia tu menunjukkan bahawa politik yang dibawa oleh PKR memang tidak sesuai di Sabah kerana hanya menabur janji-janji yang kosong sahaja.


.....hs

comments (1) | | Read More...

SAPP N.2 Tanjung Kapor Syok Sendiri...Masyarakat Tolak Politik Penipu

APA SUDAH jadi dengan SAPP ni? Sudah kurang sokongan kah?

Baru-baru ini pada awal bulan Jun, ahli-ahli dan pemimpin parti SAPP telah pergi ke Kg. Pinorat di Kawasan N.2 Tg Kapor. Apa yang jelas ialah kedatangan mereka kelihatan seperti rombongan sahaja. Rombongan apa tidak tahu....nak kata rombongan meminang, tidak juga tetapi siap dengan lambang parti SAPP. Rupa-rupanya rombongan mahu meracuni pemikiran penduduk kampung.

Apa yang lucu ialah kehadiran mereka tidak mendapat sokongan daripada penduduk kg. Pinorat. Kehadiran rombongan SAPP yang juga bergabung dengan PKR ke kampung berkenaan seolah-olah SYOK SENDIRI. Mereka seolah-olah hilang akal walaupun  dua parti pembangkang tersebut bergabung untuk mempengaruhi penduduk kampung tetapi tidak mendapat sambutan.

Persoalan yang muncul di sini ialah kenapa parti SAPP seolah-olah mengadai maruahnya dengan meminta belas kasihan dan ehsan daripada PKR untuk bergabung dalam menjalankan aktiviti di kampung tersebut. Apa SAPP kurang menyengat kah atau masyarakat kampung sudah tahu SAPP hanya Parti mementingan diri sendiri tetapi bukan mementingkan rakyat.

Apa yang pasti ialah...penduduk kg. Pinorat memang menolak apa-apa aktiviti parti pembangkang yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran penduduk kampung yang sudah tahu menilai janji-janji kosong SAPP dan PKR.

.....MK
comments | | Read More...

PANAS : Beberapa Ketua Cabang PKR Sabah Akan Tinggalkan Parti

PANAS...PANAS...PANASSSS!!! Berita terkini yang membabitkan politik Parti Keadilan Rakyat di Sabah seolah-olah akan mencapai kemucaknya apabila beberapa orang Ketua Cabang PKR termasuk ahli-ahlinya akan meninggalkan PKR menjelang PRU-13. Beberapa Ketua Cabang PKR tersebut adalah dikatakan dari beberapa Parlimen di negeri Sabah ini. Berita panas ini diperolehi daripada beberapa sumber dalaman PKR yang boleh dipercayai.

Menurut sumber, pada masa sekarang kebanyakan beberapa orang Ketua Cabang PKR bergerak seperti biasa sahaja dahulu takut dikesan oleh kepimpinan parti PKR Sabah termasuk Anwar Ibrahim. Menurut sumber itu juga, tindakan beberapa Ketua Cabang PKR yang akan keluar dari PKR itu adalah kerana beberapa sebab yang tidak dinyatakan dengan khusus.

Pada masa sekarang, beberapa Ketua Cabang PKR yang akan keluar PKR sudah dikenalpasti tetapi jumlah yang sebenar belum diketahui sepenuhnya. Rentetan daripada perkara tersebut, apa yang pasti ialah konflik dalaman memang berlaku dalam PKR cuma tidak ditonjolkan oleh PKR.

Apa pun, penulis akan cuba membongkar lagi berita pasal perkembangan terkini Ketua Cabang PKR ini. Maklumat terkini akan penulis sampaikan dari semasa ke semasa.
comments (7) | | Read More...

Ideologi Penjajahan Baru Pakatan Rakyat Bakal Hancurkan Sabah

Penulis : Tukang Carut on Sunday, 10 June 2012 | 16:18

Sunday, 10 June 2012

PAKATAN Rakyat yang hanya wujud pada nama ialah persepakatan tidak formal 3 parti, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti bersetuju untuk sepakat. Perbezaan idelogi dan budaya politik ketiga-tiga parti ini amat jelas sekali.

Bagaimana menyembunyikan perbezaan parti ini, "hanya Anwar Ibrahim" satu-satunya insan yang "benar-benar pakar". Manakala perbezaan dalam serba-serbi amat jelas dalam hampir seluruh rakyat biasa mengetahui dan melihatnya tanpa memerlukan "kepakaran". Bagaimana pembangkang menyatakan kesepakatan mereka sepakat? Analisa umum mengatakan bahawa mereka hanya sepakat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, selebihnya mereka belum sepakat malah saling bakal "membunuh atau dibunuh".

Bercakap berkaitan dengan PR ini dalam konteks Sabah, kenapa parti-parti pembangkang dari Sabah tidak dimasukkan sekali dalam pakatan tersebut? PR bercadang untuk menawan Sabah, tetapi parti-parti tempatan tidak dihiraukan. Nampak dengan jelas bahawa sayap PR dikembangkan ke Sabah kerana nak menggunakan orang-orang Sabah sebagai "kambing hitam", "hamba", "kuli" dan sebagai "lembu yang dicucuk hidung" semata-mata mahu mencapai matlamat perjuangan PR.

Apa yang diperjuangkan oleh PR disokong sepenuhnya oleh penyokong-penyokong PR di Sabah. Sokongan yang membuta tuli ini pasti akan menghancurkan masyarakat Sabah. KENAPA???

Lihat sahajalah janji-janji PR menerusi "Buku Jingga". Kebanyakan apa yang terkandung dalam "Buku Jingga" sebenarnya dirancangkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin PR yang terdiri daripada orang-orang semenanjung tanpa mengambil kira kehendak orang-orang Sabah. Tetapi yang buduhnya penyokong-penyokong PR ini di Sabah bulat-bulat menyokongnya.

Apa yang paling ketara sekali ialah dengan mengambil contoh dalam kandungan "Buku Jingga". Royalti minyak Sabah akan dinaikkan kepada 20% apabila PR memerintah kelak. Nahhhh.....semua penyokong-penyokong PR Sabah menyokong.

SEPATUTNYA penyokong-penyokong PR Sabah sendiri yang menentukan royalti minyak tersebut.....mintalah 60% atau 100%. Ini lain pulak....terus sokong. Kandungan-kandungan yang lain pun sepatutnya mereka boleh "demand" kepada PR. Hancur Sabah bila perancangan pemerintahan dibuat sepenuhnya oleh PR dari Semenanjung. Jangan menyesal.............


comments (1) | | Read More...

Apa Sudah Jadi PKR Dan STAR Sabah? Perang Sesama Parti Pembangkang Kah?

Penulis : Tukang Carut on Friday, 8 June 2012 | 22:01

Friday, 8 June 2012

Don’t fall for STAR Sabah’s promises – Keningau KEADILAN

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) recently in Keningau warned the people of Sabah not to fall for the promises and sweet talk being spread by the State Reforms Party (STAR).

What STAR intends to do can never be successful as proven by history, according to Keningau KEADILAN deputy chief Risham Mail.

He said if one were to examine closely what STAR is fighting for today, it is very similar to what Parti Bersatu Sabah (PBS) had fought for during its nine years in power in the 1980s and 1990s.

He said after years of fighting for all of its agenda as an opposition, PBS finally rejoined the Barisan Nasional (BN) while it had never achieved what it had been fighting for until today.

“Let’s assume that STAR manages to win in Sabah and forms its government, the situation will be similar to how PBS had won in Sabah 25 years ago, and we all know what happens in the end, PBS returned to the BN fold because they could not do anything on their own,” he said.

Risham said since STAR was formed in Sarawak and only beginning to spread its influence in Sabah, and without any significant foothold in Peninsular Malaysia, STAR had no steady foundation to become a government.

“And should it win, it will only for the glory of the candidates while the people will suffer.”

On the other hand, KEADILAN is a more established party that possesses a strong reputation across the country and even governing several major states in Malaysia, as well as properly organized and with very clear vision, he said.

According to Risham, the presence of STAR in the political scenario in Sabah will only result in splitting opposition supporters, especially in the interior areas.

“Whenever STAR Sabah chief Datuk Dr Jeffrey Kitingan visits any parts of the state, the people will gather to hear him speak because the people like him to entertain them with his wits. This is nothing new.

“However, we all know where the people’s votes went to because in every election, Dr Jeffrey never won any seat in his career after he left PBS. Despite the big turnout of people in his gatherings, in fact not many want to vote for him (his party),” he said.

Risham added 58 members from BN in Kampung Mempikit Laut decided to join KEADILAN in support of the party’s cause as they had lost faith in the BN.

He said the new members submitted their membership forms to KEADILAN Liawan assistant co-ordinator Yapilin Nawawi at the village recently which was also attended by KEADILAN Keningau information chief Paul Gitang. -masdar
comments | | Read More...

PENGHAPUSAN PTPTN : AKHIRNYA PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT "AKUR"

8/6/2012 (Jumaat) . Timbalan Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Kerajaan tidak akan membantu Selangor untuk memberi pinjaman PTPTN kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di  Universiti Industri Selangor (UNISEL). Ini menunjukkan kerajaan ingin melihat PAKATAN RAKYAT untuk memberi pinjaman atau memberi percuma kepada rakyatnya untuk melanjutkan pelajaran. tetapi akhirnya Menteri Besar Selangor "AKUR" kita lihat dalam akhbar Utusan Malaysia pada 8/6/2012 seperti berikut :-

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman

KUALA LUMPUR 8 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menarik balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, langkah itu diambil berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
"Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN


I must say I do not agree with the freezing of loans for students intending to study at UNISEL.
Making a political statement in this manner is wholly inappropriate.
Parents and children caught in this predicament are totally innocent and should not be made tools for political purposes. 
Allow the students to get on with their tertiary education without any hindrance and inconvenience.
That was the reason the PTPTN was established in the first place, facilitating and providing the opportunity of a higher education.

 我必须说,我不同意冻结贷款有意在UNISEL学习的学生。以这种方式进行的政治声明是完全不适当的。家长和儿童陷入这种困境,是完全无辜的,不应该被用于政治目的的工具。让学生得到与他们的高等教育在不受任何阻碍和不便。是PTPTN是建立在首位,促进和提供接受高等教育的机会的原因。

Ada kah perjuangan PAKATAN RAKYAT Membela Rakyat di selangor !!!!! bagaimana pula kalau PAKATAN RAKYAT Di Sabah apa akan jadi kalau orang Parti Semenanjung dan Sarawak (STAR) membuat janji-janji kosong yang tidak memberi faedah kepada anak bangsa kita ??????  ada kita inginkan kemunduran atau kemusnahan.  Kemajuan Sabah yang kini sudah maju kehadapan tidak seperti 30 Tahun dahulu.. kita bangga... kita ada Lapangan Terbang Antarabangsa yang canggih dan bandaraya Kota Kinabalu Sabah yang kian maju membangun..... semua ada di Sabah bah!!!!!


comments (2) | | Read More...

Pemimpin PKR Tabur Madu Kepada Rakyat Sabah Tetapi Moral Mereka Teruk...Habis Lah Sabah

Penulis : Tukang Carut on Tuesday, 5 June 2012 | 22:40

Tuesday, 5 June 2012

DASAR Pakatan Rakyat " Mengundi Pakatan Rakyat , Menjamin Masa Depan yang cerah untuk Generasi akan datang, menjadikan Malaysia sebuah negara Progresif dan Demokratik " adakah ini perjuangan sebenarnya ????? Apa yang berlaku Skandal Sex Azmin Ali dengan seorang wanita telah tersebar di internet..... adakah ini Pemimpin yang " BERSIH " adakah ia boleh membawa Malaysia maju kehadapan atau musnah seperti negara-negara yang mengalami krisis politik .. Ini kalau ketua macam itu !!!! murid juga akan ikut gurunya seperti ini ...


Ini menunjukkan bahwa " Pakatan Rakyat " bukan memperjuangkan Rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi... adakah anda mempercayainya ??? Bagaimana Reformasi Pentadbiran  Pakatan Rakyat Sabah dicapai kalau pemimpin jenis ini akan memimpin Malaysia Khususnya SABAH.


Adakah "Pakatan Rakyat " ini benar-benar memperjuangkan negara Islam ?? kalau dilihat dalam Sistem Politik Negara Islam. para ahli-ahli hukum telah menyebut sepuluh syarat yang harus diikuti oleh seorang yang bertanggungjawab terhadap hal-hal kerajaan dalam negara Islam. Ia adalah seperti berikut :-

1) Mempertahankan keimanan mengikut prinsip-prinsip asal dan dalam bentuk yang telah dipersetujui sebulat suara oleh al-Salaf ( orang dahulu) Ummah.
2) Melaksanakan pengadilan di kalangan mereka yang berlawanan dan menyelesaikan kes antara mereka yang bertentangan.
3) keamanan kawasan supaya rakyat dapat hidup di rumah mereka dan mengembara dengan selamat.
4) Melaksanakan hukuman seperti yang ditentukan oleh Syariah bagi mengawal had-had yang ditetapkan oleh Allah dan menjadi hak-hak hamba-nya.
5) Membina tembok di sempadan dengan melengkapkan alat-alat yang dapat mencegah dan mematahkan segala pencerobohan.
6) Berjihad terhadap mereka yang menentang Islam setelah menyeru mereka memeluknya, atau menerima perlindungan sebagai bukan Muslimin supaya kebenaran Allah dipertahankan dalam memproklamasikan agama di seluruh dunia.
7) mengenakan gaji dan belanjawan penting daripada perbendaharaan dengan tidak berlebihan atau berkurangan.
8) Mengenakan pungutan cukai dan zakat serta amal mengikut peruntukan-peruntukan Syariah.
9) Melantik mereka yang jujur dan layak ke jawatan-jawatan yang berhubungan dengan amanah bagi menjaga kekayaan (negara) dan mentadbirkan hal-hal (kerajaan)
10) Pengawasan peribadi dan penyemakan hal-hal awam supaya dapat mentadbir negara dan mempertahankan agama.

Oleh itu ingatlah Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 8 
" Hai orang-orang yang beriman! Tobatlah kepada Allah, tobat yang sebenarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, di hari Allah tiada memberikan kehinaan kepada Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia. Cahaya mereka berlari di hadapan dan di kanan mereka, sedang mereka berkata : Wahai Tuhan Kami! cukupkanlah untuk kami Cahaya kami, dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau Kuasa atas segala sesuatu".

Sebagai Rakyat Malaysia perlu bijak memilih ! Pilihlah  keAmanan dan keMakmuran Negara  kita sudah merdeka adakah kita ingin dijajah semula ???? wahai mudah-mudih lihat lah firman Allah dalam ALKITAB dalam Surah PENGKHOTBAH 10,11,12 " Nasihat bagi pemuda-pemudi 11:9-12:8 " Bersukarialah, hai pemuda, dalam kemudahanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahwa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan!. Buanglah kesedihan dari hatimu dan jauhkanlah penderitaaan dari tubuhmu, karena kemudahan dan fajar hidup adalah kesia-siaan. "

Fikir-fikirlah mana pemimpin yang berjiwa Rakyat...
comments (2) | | Read More...

Awas Rakyat Sabah : Tentera Pakatan Rakyat Semenanjung Bakal Takluki Sabah

AWAS rakyat Sabah!!! Tentera Pakatan Rakyat dari Semenanjung bakal akan menakluki dan memecah-belahkan rakyat Sabah. Dari satu aspek, sememangnya penyokong-penyokong PKR pasti akan bergembira besar. TETAPI bagi rakyat Sabah sendiri yang menyokong PKR tidak sedar kesan buruk yang akan mereka dapat.

Beberapa janji-janji PR kepada Sabah melalui "Buku Jingga" :

1. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.

2. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

3. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

4. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

5. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

6. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.

7. BOLEH PERCAYA KAH KITA? : Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

INGAT WAHAI RAKYAT SABAH YANG TERMAKAN JANJI-JANJI PAKATAN RAKYAT...Kandungan dan janji-janji seperti yang termaktub dalam "Buku Jingga" hanyalah untuk mengaburi mata rakyat Sabah sahaja. Ia BUKANLAH SATU BENTUK PERJANJIAN BERTULIS YANG BOLEH DIGUNA PAKAI SEPERTI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
comments | | Read More...

Pengundi Di Sabah Masih "Buta" Politik?

ADA yang menganggap bahawa pengundi di Sabah masih "buta" politik?

Mari kita selidiki berdasarkan persoalan berikut.

Ada apa dengan PAKATAN RAKYAT?

Jika Anda dilontarkan dengan soalan :

Ada apa dengan Pakatan Rakyat?

Jawapan ringkas yang akan anda berikan ialah ialah Pakatan Rakyat ada PAS, PKR dan DAP. Paling ringkas jawapan anda ialah "PR ada Anwar Ibrahim". Sebenarnya apa yang sering kita lupa ialah Pakatan Rakyat sendiri itu hanya wujud pada nama sedangkan "rohnya", pada hakikat yang sebenarnya, tidak wujud walaupun ada "kesepakatan" yang belum pasti sepakat untuk mewujudkannya.

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat yang hanya wujud pada nama ialah persepakatan tidak formal 3 parti, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti bersetuju untuk sepakat. Perbezaan idelogi dan budaya politik ketiga-tiga parti ini amat jelas. Bagaimana menyembunyikan perbezaan parti ini, "hanya Anwar Ibrahim" satu-satunya insan yang "benar-benar pakar". Manakala perbezaan dalam serba-serbi amat jelas dalam hampir seluruh rakyat biasa mengetahui dan melihatnya tanpa memerlukan "kepakaran". Bagaimana pembangkang menyatakan kesepakatan mereka sepakat?. Analisa umum mengatakan bahawa mereka hanya sepakat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, selebihnya mereka belum sepakat malah saling bakal "membunuh atau dibunuh".

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat?

Ada apa dengan Pakatan Rakyat?. DSAI adalah individu yang berjaya menimang telur di hujung tanduk dan menatang minyak yang penuh akan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat hanya menjadi mimpi ngeri. Mudah saja orang politik menafikan tiada persengketaan demi "strategi peperangan". Tetapi menyembunyikan hanyirnya bau bangkai gajah tidak semudah menyembunyikan jerawat di pipi. DAP ada rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana hubungannya dengan PAS masa itu tidak menguntungkan DAP.

Hubungan DAP dan PAS pula di Bagan Pinang telah merugikan PAS. Dalam banyak perkara PAS dan DAP amat sukar berjalan seiring. Lakukanlah apa saja innovasi dalam PAS bagi keselesaan DAP atau Pakatan Rakyat namun hakikat perbezaan ideologi dan prinsip bukanlah satu perkara yang mudah dipandang remeh. Katakanlah apa saja, termasuk menuduh saya memperlaga PAS -DAP, namun hakikat tidak semudah ditolak. 

Berdasarkan persoalan di atas, memang tidak dapat dinafikan bahawa penyokong PKR Sabah masih buta dan dengan membuta-tuli terpengaruh dengan dakyah dan agenda PKR. Pergolakan dan kekalutan PR yang berlaku di  Semenanjung seakan-akan tidak dipedulikan oleh rakyat Sabah....malah sentiasa memberikan sokongan yang padu dengan tidak mengetahui bahawa negeri Sabah akan tergadai jika PR memerintah....disebabkan aksi dalang utamanya iaitu DAP yang bertindak sebagai watak utama mengawal pemerintahan kelak.
comments (3) | | Read More...

" 28/4/2012 BERSIH 3.0 ADALAH RACUN TAK BERADAP "

Penulis : Tukang Carut on Monday, 4 June 2012 | 23:50

Monday, 4 June 2012



4/6/12 Kuala Lumpur telah diuji dengan hasutan pembangkang yang tak faham dengan undang-undang Negara. Dimana sifat-sifat ketimuran... Dimana kah " RUKUN NEGARA " dimana Kah Ke DAULATAN UNDANG- UNDANG " Dimana kah ke Kesetiaan kepada " RAJA DAN NEGARA " Ini kah sifat RAKYAT MALAYSIA !!!!! ada kah SABAH ingin menjadi seperti mereka ??? oleh itu jangan lah memilih pemimpin yang ingin memusnahkan kemajuan dan kemakmuran NEGARA terutama SABAH DI BAWA BAYU. Kerajaan telah meletakkan Kain Rentang di tempat-tempat laluan Awam, sebelum berlakunya DEMONTRASI JALANAN pada 28/4/12. dimanakah Nilai-nilai murni rakyat MALAYSIA. BAHAGIAN 9 PERHAKIMAN Perlembagaan Persekutuan Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan. " Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi adalah berkuasa menghukum sesiapa yang melakukan apa-apa penghinaan terhadapnya." Sudah nyata pembangkang telah menghina Mahkamah kerana dalam Kain tersebut tertulis " TERIMA KASIH KERANA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG " TIADA PERHIMPUNAN DI DATARAN MERDEKA " pada 28/4/2012 tetapi apa yang nyata mereka ingkar dengan arahan tersebut. Oleh itu kerajaan Malaysia perlu menghukum Ketua Pembangkang dengan pengikut-pengikutnya samada ia melucutkan Kenegaraan mereka kerana menghina Perlembagaan atau dibuang negara sebagai rakyat yang lebih hina dina........
ada kah kita ingin ia berulang semula kerana pembangkang akan melaksanakan " BERSIH 4.0 " yang lebih ganas lagi... fikir-fikirkan lah wahai rakyat Malaysia... ada kah kita ingin merdeka dengan usaha kita atau kerjasama anasir-anasir luar yang ingin memusnahkan negara.. Jangan jadi seperti negara islam yang lain. Ingatlah firman Allah swt. dalam surat Al-Baraah ayat 74. " Mereka bersumpah dengan Allah. bahwa mereka tidak mengatakan itu, Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah memeluk Islam, dan mereka memutuskan apa yang tidak dapat mereka jalankan. Mereka mencela hanyalah kerana Allah dan Rasulnya mencukupkan mereka dengan kurnianya. Tetapi jika mereka tobat, itulah yang paling baik untuk mereka, dan jika mereka membelakang, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak mempunyai pelindung dan pembantu di muka bumi"

Ingatlah Kata-kata Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bekas perdana menteri Malaysia dalam Ucapannya " MELAYU BELUM SELAMAT " " .... Orang Melayu yang juga orang islam yang teramai sekali di Malaysia belum selamat. Orang Melayu masih menjadi kaum yang lemah, kaum yang termiskin di negara kita ini. Ya, Malaysia sudah banyak maju, tetapi orang Melayu masih kurang maju. Jika kita keluarkan orang Cina dengan segala-gala yang dibina dan dimiliki oleh mereka tidak akan ada bandar kecil atau besar di Malaysia, tidak akan ada perniagaan dan perusahaan, dan tidak akan ada dana daripada cukai pendapatan dan korporat untuk membiayai segala subsidi bantuan dan kemudahan untuk orang Melayu. Orang Melayu akan kembali ke zaman dijajah dulu, miskin berpelajaran dan dihina oleh sesiap sahaja.... "
comments | | Read More...

menang PRU 13 semua ganti - DAP

Penulis : Tukang Carut on Saturday, 2 June 2012 | 05:15

Saturday, 2 June 2012

Inilah cerita mereka sebagai pembangkang yg aggresif menang sahaja semua akan bertukar mengikut kehendak & kemahuan mereka. Tukar semua penjawat awam terutama orang melayu yang berjawatan tinggi kepada kaum lain seperti yang berlaku kepada negeri Sabah yangg pada masa lalu yang sentiasa bertukar kerajaan & bertukarlah kakitangan setiap kali perubahan politik berlaku, siapa yangg memerintah, maka kaum nya akan didahulukan .

tetapi adakah parti DAP pasti akan menang dengan sendiri tanpa bantuan kawan kawan dari parti lain seperti PAS & PKR. Mungkin inilah taktik kotor parti ini untuk memenangi PRU 13 kali ini. Manjanjikan sesuatau yang indah tetapi ianya indah khabar dari rupa mungkin. Maukah mereka memberikan potpolio penting kepada gabungan mereka. atau diberikan kedudukan besar tetapi sebagai boneka kepada rakyat sahaja.

rakyat mahukan pemimpin dari orang melayu terutamanya dan itu pasti akan kereka berikan tetapi dalam keadaan yang sebenar nati adalah kuasa ditangan mereka.

comments | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger