Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

PAS Bersedia Perintah Negeri Sabah Tanpa Bantuan Sekutu PKR dan DAP

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 21 March 2013 | 11:53

Thursday, 21 March 2013

PAS Sabah bersedia memerintah negeri Sabah jika diberi peluang walaupun tanpa sokongan daripada sekutu PKR dan DAP. Bagi tujuan tersebut, PAS mempelawa semua bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) termasuk penyokong PKR, penyokong SAPP dan penyokong STAR untuk menyertai parti itu untuk merealisasikan sebuah 'perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat negeri itu'.

Pelawaan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah iaitu Hamzah Abdullah dan berkata parti itu telahpun menerima permohonan dari bekas ahli USNO, termasuk dari daerah Tawau, sandakan dan Kota Kinabalu.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, PAS Sabah telah menghantar surat dan borang permohonan kepada wakil-wakil parti USNO, PKR, SAPP dan STAR Sabah untuk menjadi ahli PAS Sabah dan seterusnya borang tersebut akan dihantar ke ibu pejabat PAS pusat.

Menurut PAS, dalam kemelut politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini ditambah lagi dengan konflik yang berlaku dalam PKR sendiri dan isu yang ditimbulkan oleh Tian Chua maka penyelesaiannya adalah dengan menyertai PAS.

Menurut sumber dalaman PAS Sabah, PAS bukan tidak percaya kepada PKR dan DAP tetapi kadang kala perbezaan pendapat yang berlaku di antara mereka sebenarnya yang menjurus mereka untuk berbuat demikian. Tambah mereka lagi, perjuangan adalah perjuangan dan kadang kala "kawan boleh makan makan".

Sehubungan itu, menurut Hamzah lagi, PAS bersedia mempertimbangkan cadangan bagi meletakkan beberapa bekas pemimpin USNO termasuk pemimpin PKR, STAR dan SAPP sebagai calon untuk pilihan raya umum ke-13 atas tiket PAS.

"PAS Sabah telahpun bermesyuarat sebelum ini dan bakal mengumumkan keputusannya pada masa yang sesuai," tambah Hamzah.

 *** Buli ka itu ging? Macam mimpi di siang hari saja tu......hihihi.....

comments (8) | | Read More...

Parlimen Bubar!!!..............Bersedia Untuk Kalah!!!

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 20 March 2013 | 14:28

Wednesday, 20 March 2013

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan. 



AIYAAAAA.....TIDAK SABAR mahu kalah dalam PRU-13, bermacam-macam taktik digunakan oleh penyokong pembangkang untuk kasi tau rakyat bahawa parlimen bubar hari ini 20.3.2013 padahal semuanya palsu. Mereka sanggup palsukan maklumat bahawa Parlimen Bubar. Petikan di atas adalah antara sms palsu tentang pembubaran Parlimen oleh PM yang disebarkan oleh pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Apa punya taktik la penyokong pembangkang buat ini.....hilang modal suda. Apa yang pasti, taktik yang dibuat oleh pembangkang untuk kasi takut pengundi tidak akan tercapai.
comments | | Read More...

Benigno : Pencerobohan Di Lahad Datu = Jabidah Massacre

PRESIDEN Filipina, Benigno Aquino melihat pencerobohan di Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Media Filipina melaporkan, Aquino menyamakan kedua-dua kejadian tersebut sebagai tindakan menggadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro untuk kepentingan diri pihak tertentu, ketika orang yang menjadi dalang hidup dengan selesa.

"Tidakkah kita melihat pengulangan sejarah dalam kejadian di Sabah yang berlaku beberapa minggu lalu. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu tragedi seperti mana yang berlaku di Jabidah.

"Namun, tragedi yang lebih besar adalah kita tidak belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang sebagai jalan terbaik menghadapi cabaran yang dihadapi," katanya ketika merasmikan ulang tahun Pembunuhan Jabidah ke-40 di sini, semalam.

Pembunuhan Jabidah yang juga dikenali sebagai Pembunuhan Corregidor berlaku selepas Marcos melancarkan rancangan rahsia untuk menceroboh Sabah.

Apabila pelatih beragama Islam yang ditempatkan di Corregidor pada 3 Januari 1968 enggan mengambil bahagian dalam misi itu selepas mengetahui rahsia berkenaan, mereka dibunuh oleh pegawai mereka pada 18 Mac 1968.

Aquino turut mengkritik dalang utama dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.

"Di sebalik memberitahu pengikut mereka supaya pulang kerana nyawa lebih penting, ketuanya (Jamalul Kiram III) terus mendesak dan membangkitkan kemarahan. Ini yang boleh saya katakan, jika orang lain menganggap nyawa penduduk Moro tidak penting, pandangan ini adalah salah.

"Atas alasan ini, saya meminta adik Jamalul Kiram, Azzumudie dan pengikutnya supaya berundur dan pulang kerana keganasan tidak membawa apa-apa hasil dan hanya perbincangan merupakan pendekatan lebih produktif," katanya. - sumberagensi

comments | | Read More...

Ebby Abadi Ketandusan "Nafsu"??? Siapa Mahu Layan?

Penulis : Tukang Carut on Monday, 18 March 2013 | 16:33

Monday, 18 March 2013

SEJAK KEBELAKANGAN ini, Abby Abadi seolah-olah ketandusan "nafsu" sehingga sanggup membuat apa sahaja bagi melayan "nafsunya" itu. Kalau Abby suru sia "melayan nafsunya" itu, sia mahu juga ni.......dari hujung rambut ke hujung kaki garenti "First Class". Mau ka Abby??? Hahaha.....
 
Dalam usaha melayan "nafsu" nya yang ingin mencari populariti murahan dalam bidang politik, Abby sentiasa mencuri tumpuan bahawa dia adalah orang yang hebat sehingga sanggup menipu, memfitnah dan akhirnya memalukan dirinya sendiri. Atas ranjang hebat ka juga si Abby ni ya?? Belum cuba belum tahu kan???? Sapa mau offer? Hahaha....

Kisah terbaru berkaitan dengan Abby Abadi beliau mempersoalkan kematian P Balasubramaniam serta cuba mengaitkan kematian penyiasat persendirian itu dengan DS Najib. "Ustazah" segera ini cuba mempertikaikan cara kematian PI Bala dengan meminta PM memberikan penjelasan bagaimana Bala boleh mati. Aiyaaa.....apa punya cewek ni...orang mati saki jantung pun PM nak kena jelas ka? "Nafsu" nak mengejar populariti la tu ye Abby?
Menurut Raja Pillay, rakan PI Bala, bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital mengesahkan bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Selepas bedah siasat di Hospital Sungai Buloh, mayatnya dibawa balik ke rumah keluarganya di Rawang tambah Raja Pillay. Katanya mayat bala akan dibakar di pusat pembakaran mayat di Cheras pada jam 2 petang ini.
comments | | Read More...

Kamurang Ceroboh Kamurang Matiiii...Sial Punya Penceroboh!!!

KAMURANG ceroboh kamurang matiiii!!! Mungkin itulah perkara yang terlintas dalam sesetengah daripada kita orang Sabah ini berikutan pencerobohan dan tindakan ganas pengikut "Kesultanan Sulu" sehingga mengorbankan beberapa orang anggota keselamatan Malaysia.

Lantaran daripada itu, PDRM telah bertegas bahawa operasi pasukan keselamatan negara bagi memburu saki-baki kumpulan pengganas Sulu akan tetap diteruskan meskipun selepas Parlimen dibubarkan.

Menurut Datuk Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, kesemua musuh akan diburu sehingga ke 'lubang cacing', selain setiap kawasan terbabit akan dipastikan bersih daripada sebarang jerangkap samar dan sisa bahan pertempuran.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Ops Daulat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tiada pertempuran hari ini, namun usaha menjejaki saki-baki kumpulan itu terus dilaksanakan di beberapa buah kawasan yang disyaki menjadi pusat persembunyian," katanya semasa dalam sesi sidang akhbar.

Menurut Hamza, pada masa sekarang pengganas Sulu semakin terdesak dan tertekan setelah ketua mereka, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina kini dikesan menukar strategi untuk melepaskan diri dengan memasuki kawasan-kawasan Felda Sahabat. Tambahnya, kesemua pengganas itu dianggarkan berjumlah kurang dari 50 orang dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Beliau memberitahu, pada masa ini seramai 104 individu disiasat di bawah SOSMA dan 232 lagi lain-lain kesalahan.
comments | | Read More...

Buduh Punya Manusia...Si Kiram Arahkan Pengikutnya Lancar Perang Gerila

BUDUH punya manusia yang bernama Jamalul Kiram III ini. Ada ka si budu itu mengarahkan pula pengikutnya di Sabah untuk menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia pula. Sumber dari laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” ke atas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.
Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.
Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.
Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media bahawa Agbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu untuk memberitahu mereka masih selamat. - sumber
comments | | Read More...

Pencerobohan Di Lahad Datu....Satu 'Hint' Awal Yang Mengejutkan

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 6 March 2013 | 12:09

Wednesday, 6 March 2013


PENCEROBOHAN bersenjata yang dilakukan oleh 'tentera kesultanan sulu' pada 12 Februari 2013 yang lepas di Lahad Datu Sabah sememangnya sudah mempunyai "hint" yang awal. Dalam setiap ceramah Anwar Ibrahim DI SEMENANJUNG sebelum kejadian pencerobohan bersenjata 'tentera sulu'  di Lahad Datu, Anwar Ibrahim asyik-asyik menyebut "SABAH NAK HILANG". Melalui ceramah tersebut, penyokong kuat PKR sudah pastilah bersorak kegembiraan.

Tetapi tiada siapa yang dapat meneka bagaimanakah caranya "SABAH NAK HILANG". Rupa-rupanya "SABAH NAK HILANG" itu adalah melalui pencerobohan yang akan dilakukan oleh 'tentera kesultanan sulu'. Mengikut perancangannya, pencerobohan tersebut akan menyebabkan rakyat Sabah akan mengutuk kerajaan. Dan yang paling penting sekali adalah sokongan rakyat Sabah akan meningkat terhadapnya. Apa yang paling buruk sekali ialah ancaman bersenjata akan sentiasa dibuat oleh kesultanan sulu bagi menuntuk Sabah sebagai miliknya.

Kita teliti video di bawah ini bagaimana "HINT" awal sebelum kejadian pencerobohan bersenjata di Lahad Datu :



Juga boleh dilihat dalam Youtube :

http://www.youtube.com/watch?v=D9esQPSR-u8&sns=em


comments (2) | | Read More...

Tragedi Di Lahad Datu : Tian Chua Dan PR Panas "Buntut"

 
TRAGEDI pencerobohan "Askar Kesultanan Sulu" di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang lepas telah meletakkan parti pembangkag berlagak sebagai "hero" untuk menyalahkan kerajaan. Pelbagai tuduhan melulu/negatif telah dilontarkan kepada kerajaan terutamanya oleh Tian Chua dan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh ia adalah konspirasi kerajaan.

Setelah tragedi di Lahad Datu dan Semporna yang telah meragut 8 nyawa anggota keselamatan Malaysia, Tian Chua dan PR seolah-olah ingin "bersilat" pula untuk menyelamatkan diri dengan menuduh kenyataannya diputar-belitkan. Dalam masa yang sama juga, pelbagai perkara cuba mereka buat bagi menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.

Ini adalah termasuk tindakan reaksi balas Tian Chua ingin menyaman blog pro BN kerana memutar-belitkan kenyataannya dan tindakan SAMM yang cuba mengaburi mata rakyat bahawa mereka prihatin dengan situasi yang berlaku.

Melihat kepada keadaan ini, ia adalah satu taktik untuk menutup tindakan Tian Chua/PR yang memperlekehkan anggota keselamatan Malaysia.

Mari kita lihat beberapa situasi gambar yang menunjukkan situasi sedemikian :





*****-----------------------------------------------------------------*****
 
 

*****------------------------------------------------------------------*****


 


 *****------------------------------------------------------*****







comments | | Read More...

Tawaran "Dokumen Merah" AMK Untuk Anak Muda Sangat Menarik???

Penulis : Tukang Carut on Friday, 1 March 2013 | 14:26

Friday, 1 March 2013

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) telah melancarkan "Dokumen Merah" pada 17 Februari 2013 lalu, yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13). Menarikah??? Mari kita lihat sama-sama.


Berikut adalah senarai lima tawaran tersebut seperti berikut:

1. Pemerdayaan Pendidikan
- Pendidikan percuma ke universiti
- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda
- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000
- Mansuh Auku & autonomi universiti
- Penubuhan universiti & peluang kerjaya
 
2. Kualiti Hidup
- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda
- Tabung Masa Depan Anak Muda
- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu
- Program ‘Teksi Motor Pelancongan’ untuk anak muda menganggur

3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi
- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun

4. Perumahan Strategik
- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun
- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah
- 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga)
- Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun

5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan
- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia

Melalui 5 tawaran tersebut, kita akan bincangkan semua kepincangan yang berlaku dalam tawaran tersebut berdasarkan beberapa penumpuan yang ketara :

1. Pemerdayaan Pendidikan
 - Pendidikan percuma ke universiti (Janji PKR)
** Kerajaan yang ada sekarang sentiasa berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.

- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda (Janji PKR)
** Anggaran RM6,500 x 3 tahun x 500,000 anak muda =RM9.75 Billion terpaksa di tanggung oleh PKR. Sediakah? Mampu kah?
** Banyak lagi ka duit untuk meneruskan janji-janji dalam Buku Jingga dan Manifesto Rakyat yang menampung semua negeri nanti tu???

- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000 (Janji PKR)
** RM500 x 9 bulan (2 sem 1 thn - cuti) x 21,000 org pelajar anggaran x 20 IPTA=RM1.89 Billion setahun
** 21,000 baru anggaran kasar. Tahun 2006 USM sahaja mempunyai pelajar seramai 29 ribu
** Belum lagi termasuk pelajar di IPTS.

- Mansuh Auku & autonomi universiti (Janji PKR)
** Universiti bukan tempat untuk berpolitik - Boleh kenakan batang hidung sendiri.
** Tiada isu lain sudah PKR ni.

- Penubuhan universiti & peluang kerjaya (Janji PKR)
** 20 buah IPTA sudah ada
** 53 buah IPTS yang diiktiraf JPA 
** Apa lagi mahu??? Berapa banyak lagi Universiti yang mahu dibuat? 1 Daerah 1 Universiti?
** Peluang kerja ada di mana-mana. Kerajaan sentiasa sediakan peluang pekerjaan

2. Kualiti Hidup
- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda (Janji PKR)
** Bagi yang bekerja dia akn carum sendiri dlm 10% - 15% sebln cthnya drp RM3,000=RM300.
** Bagi PKR pula : Anggaran Caruman sebln RM10 x 6.5j anak muda=RM65,000,000j sethn
** Wahhhh....hebat. Banyak duit??? Bagi wanita ada ka? Bagi warga tua pulak??? Warga pencen??? Ibu tunggal??? Nasib golongan ini akan terjaga sepenuhnya ka?

 - Tabung Masa Depan Anak Muda (Janji PKR)
** Terlalu umum, tidak mempunyai definisi yang tepat???

- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu (Janji PKR)
** Terlalu umum maksudnya. Bagi anak muda yang bekerja di kedai kopi dengan gaji  RM 400 sebulan pun sanggup di buang kerja untuk mendapat elaun RM500 sebulan. Habis tempoh, cari kerja baru, minta kena buang dan dapat lagi elaun. Betul tak???

- Program ‘Teksi Motor Pelancongan’ untuk anak muda menganggur (Janji PKR)
** Kita andaikan anggaran :  350,000 orang x RM12,000 1 teksi pelancongan = RM4,200,000,000J
 ** Boleh buat kah? Impak kewangan? Apa pulak kata lelaki yang sudah berkeluarga  nanti??...Mereka ada tanggungan takkan tidak dibantu??? Anak muda sahaja ka???

3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi
- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun (Janji PKR)
** SPR lebih arif dengan apa yang mereka buat sekarang iaitu dengan pendaftaran 21 tahun 
     ke atas.

 4. Perumahan Strategik
- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun (Janji PKR)
** Melalui SPNB, semua peringkat umur boleh memiliki rumah.

- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah (Janji PKR)
** Wow....mahalnya????
** Kita buat perbandingan dengan harga rumah yang ditawarkan oleh kerajaan melalui SPNB

No.
Type of House
Built-up Area*
Price
(Peninsular)**
Price
(Sabah & S'wak)**
1.
Low cost
700 sqft
From RM 35,000
From RM 50,000
2.
Medium low cost
750 sqft
From RM 50,000
From RM 50,000
3.
Medium cost
800 sqft and above
From RM 80,000
From RM 100,000


5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan
- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia (Janji PKR)

** Lecehlah......sekarang sudah ada pun program kebudayaan dan sukan untuk anak muda yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui KBS.


JADI???? Apa macam daripada segi realitinya??? Mahu buat janji memang senang. Sekali anak muda menuntut semua perkara yang dijanjikan tu baru tahu. Penumpuan pun tidak menyeluruh. Aiyaaa........Inilah yang dikatakan janji yang tidak masuk akal dan outdated!!!


comments | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger