Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » PRU-13 : Anwar Kibarkan Bendera Putih

PRU-13 : Anwar Kibarkan Bendera Putih

Penulis : Unknown on Wednesday 11 July 2012 | 13:15

WALAUPUN pilihanraya umum ke-13 belum berlangsung, Anwar Ibrahim sudah mengangkat bendera putih. Beliau menyatakan mahu bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU-13 kelak.

Melalui senario tersebut, penganalisis mengandaikan dua kemungkinan iaitu :
1. Anwar menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah
2. Kenyataannya itu berupa satu amaran agar Pakatan Rakyat bekerja lebih keras atau ia satu lagi taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Apapun, anak beliau, Nurul Izzah, seperti yang dijangka mendesak agar ayahnya meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Ini kerana tanpa Anwar, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PKR banyak bergantung kepada pengaruh ayah, bukan kebolehannya sebagai politikus.

Rakan kongsi PKR, PAS pula dilihat sebagai menangguk ikan di air keruh dengan membayangkan seolah-olah ia rela melepaskan Anwar daripada menerajui pakatan pembangkang dan menggantikan daripada kalangannya.

Bagi PAS (kecuali Nik Aziz), inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama Pakatan Rakyat setelah disisihkan oleh PKR dan DAP.

Parti rasis DAP pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka tahu beliau popular dengan pengundi Cina dan tanpanya parti itu akan kehilangan sokongan daripada kaum itu.

Jadi boleh disimpulkan, PAS dan DAP sebenarnya bukanlah rakan kongsi yang ikhlas menyokong Anwar kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersembunyi.

Sebenarnya, PAS dan DAP melihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.

Mereka hanya akan menyokong Anwar selagi beliau boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.

Jika Anwar dianggap memperkudakan PAS dan DAP, tetapi sebaliknya kedua-dua parti itulah yang mempergunakan ia selama ini.

Mungkin juga kenyataan persaraan Anwar adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.

Anwar menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.

Akhirnya tembelang Anwar pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.

Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' yang pandai memainkan emosi rakyat, menabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.

Jika diikutkan, bukan sahaja Anwar yang patut bersara, malah isterinya Wan Azizah, termasuk juga Azmin Ali, Nik Aziz, Abdul Hadi wajib bersara daripada pentas politik.

Ini kerana kehadiran mereka dalam arena siasah tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanay perpaduan bangsa di Malaysia ini.
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger