Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Terkini : Perang Bakal Calon Parti Pembangkang Di Penampang Merunsingkan Pengundi

Penulis : Unknown on Wednesday 26 September 2012 | 14:08

Wednesday 26 September 2012


PERANG bagi merebut siapa bakal calon di kerusi Parlimen dan DUN Sabah yang melibatkan parti-parti pembangkang pada masa sekarang ini telah menimbulkan konflik sesama mereka sendiri dan merunsingkan pengundi.....bagus juga lah sebab awal-awal sudah gaduh. Hahaha....

Dalam artikel ini, penulis akan cuba membuat analisa bakal-bakal "Ayam Tambatan" parti-parti pembangkang dalam PRU-13 akan datang ini. Mereka ini disenaraikan dalam artikel ini kerana parti-parti pembangkang di kawasan berkenaan merasakan bahawa merekalah "SUPERMAN" untuk menjadi hero mereka kelak.

Untuk artikel yang pertama ini, penulis akan ketengahkan bagi kawasan Parlimen dan DUN Penampang terlebih dahulu sebab sia kebetulan singgah di Penampang. Untuk artikel akan datang, sia akan merantau ke Parlimen lain pulak membuat analisa yang sama.

“SUPERMAN” YANG PERTAMA

Nama Sebenar : Dr. Edwin Bosi
Planet/Parti Yang Diwakili :        DAP
Umur : 58 Tahun
Pekerjaan : Ahli Perniagaan a.k.a Booosinessman
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana Sahaja 
Personaliti : Sederhana
Keturunan : Kadazan Dusun 

Aktiviti Luar
Aktif dalam Pertubuhan NGO (Apa peranannya yang terselindung tidak tahulah..haha)
Pernah Berkhidmat di Jabatan Haiwan Daerah Penampang


Kekuatan: Bergiat Cergas dalam Pertubuhan NGO
                   (Setakat mana kekuatannya tidak tahu la....hihihi)
Kelemahan : SERING KE LUAR NEGARA.
              (Mungkin pergi Thailand rasanya...macam mana mahu jaga rakyat ni?)


 “SUPERMAN” YANG KEDUA

Nama : Darrel Leiking 
Planet/Parti Yang Diwakili : PKR (Ketua Cabang PKR Penampang)
Umur : 38 Tahun
Pekerjaan : Peguam 
                        (Menentukan siapa penjenayah atau tidak, mengalahkan kuasa Tuhan)
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana
Personaliti : Sederhana
Keturunan : Kadazan
Kekuatan :  Peramah dan mudah didekati
                             Menjadi tarikan kepada pengundi muda (Belia-belia) sahaja
                            (Entah-entah ramai sumandak ni....hahaha)
Kelemahan :  Terlalu muda
                        Kurang dikenali
 
Hahaha....adakah calon begini yang dikatakan boleh membela rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang? Kalau tidak sesuai, siapa lagi yang menonjol dan berada dalam ranking parti pembangkang? Adakah orang lain yang tidak tersenarai itu sehebat mereka? Atau mungkin ada yang hanya berlagak seolah-olah hebat daripada mereka berdua?

Apa yang peliknya di sini ialah mana perginya calon-calon dari Parti STAR, SAPP, dan PPS/APS (Belum diiktiraf parti) tu??? Adakah mereka takut untuk berhadapan dengan PKR dan DAP di kawasan Penampang tu? Ataupun masi main tapok-tapok dan ingin bermain dengan taktik kotor? Apa yang pasti ialah si Edwin sama si Darrel ini bukannya ngam sangat pun. Masing-masing mahu tersenarai jadi calon.

Parti pembangkang bilang mahu tawan Sabah. Kunun sangat kuat tetapi dengan rakan pembangkang depan mata pun  mereka tetap bergaduh. Kalau sudah begitu keadaannya, hancurlah rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang kerana calon yang tidak mantap dan sering bergaduh sesama sendiri.

Pikir-pikirkanlah!!! LAIN KALILAH!!!
 

comments (2) | | Read More...

Panas : Jeffery Ingin Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia Dan Membentuk North Borneo???

Penulis : Unknown on Monday 24 September 2012 | 13:38

Monday 24 September 2012

PADA 16 SEPTEMBER setiap tahun, Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-49 pada 16 September 2012 yang lepas di Sabah, Jeffery Kitingan dalam perutusan ucapannya seolah-olah ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia dan ingin membentuk Negara dan kerajaan yang baru yang dinamakan North Borneo. Berikut adalah perutusan ucapan beliau yang diedarkan oleh Parti STAR.


PERUTUSAN dari Datuk Dr. Jeffrey G Kitingan :

Mari Generasi Muda North Borneo (Sabah) undi Parti STAR!

Salam hormat, salam perpaduan dan salam Merdeka North Borneo (Sabah) yang ke-49 tahun. Disini, ingin saya serukan kepada anda semua yang cintakan negara ini (North Borneo-Sabah), yang mahu memperkasakan negara ini, kerajaan ini demi kepentingan bersama untuk bersama-sama memberi mandat dan kuasa kepada PARTI STAR dibawah pimpinan seorang "Pejuang Hak-Hak Negara North Borneo (Sabah)" iaitu Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Dr. Jeffrey G. Kitangan

Dibawah kepimpinan beliau, masa depan negara kita akan lebih dan sangat terjamin kerana mereka telah menyediakan dasar yang mantap untuk mentadbir kerajaan Negara kita. Dibawah pimpinan mereka, Hak-hak dan kepentingan Negara kita akan PASTI TERJAGA DAN TERJAMIN. Dibawah pemerintahan mereka, akan hilang isu-isu pendatang tanpa izin (pti). Dibawah pimpinan mereka juga, akan wujud 7 buah kerajaan dalaman (7 Internal Government) yang mana dengan wujudnya kerajaan dalaman ini akan membuka peluang pekerjaan kepada semua generasi muda North Borneo (Sabah).

North Borneo (Sabah) terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat. Labuan akan diambil semua oleh kerajaan North Borneo (Sabah) dan satu Wilayah Persekutuan akan diwujudkan yang mana jumlah keseluruhan kerajaan yang bakal diwujudkan ialah 7.


Dengan wujudnya 7 buah kerajaan dalaman ini, pecutan ekonomi akan menjadi pantas dan ini seterusnya memberi implikasi yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat akan membolehkan Kerajaan Baru Ini untuk membangunkan Negara ini dengan lebih lancar. Selain itu, 7 buah kerajaan yang bakal diwujudkan ini akan melancarkan lagi proses pentadbiran Negara Sabah yang mana ini akan meningkatkan kecekapan dan menjadikan North Borneo antara Negara di Asia Tenggara dan Dunia yang Terbaik!
 


Adakah persoalan ini betul??? Hanya Jeffery Kitingan yang tahu jawapannya.

Masih ingatkah suatu ketika dahulu, Jeffery Kitingan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai "komplot" untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia???.....Fikir-fikirkan lah!!! Silap perancangan, buruk padahnya.
comments (78) | | Read More...

Panas : Penyokong PKR Sabah Iktiraf Anwar Berjuang Seperti Rasulullah???

Penulis : Unknown on Friday 21 September 2012 | 13:48

Friday 21 September 2012

PENYOKONG-PENYOKONG PKR dan Anwar Ibrahim tidak kira yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di Sabah ini megah dan menyokong penuh misi Anwar mahu menawan Putrajaya. Malah terdapat penyokong kuat Anwar di Sabah ni menganggap perjuangan Anwar adalah seperti perjuangan Rasulullah semasa nak tawan kota Mekah.

Bagi yang waras, cuba fikir-fikirkan, Anwar yang pernah didakwa dengan tuduhan salahguna kuasa, meliwat sesama jenis dan juga melanggan pelacur dibandingkan dengan Nabi??

Agak-agak la sikit kalau nak ampu Anwar pun...Mana boleh perjuangan Anwar disamakan dengan perjuangan Rasulullah..Perjuangan Anwar ialah untuk mencapai cita-cita politiknya menjadi Perdana Menteri, menjatuhkan kerajaan Islam dan mengembangkan pengaruh Yahudi manakala perjuangan Rasulullah ialah untuk mengembangkan ajaran Islam...bagai langit dengan bumi tu...

Jadi..tak perlulah nak cemarkan perjuangan suci Rasulullah dengan imej kotor Anwar Ibrahim.
comments | | Read More...

" ANWAR ADALAH PENGANAS NEGARA "

Penulis : Unknown on Monday 10 September 2012 | 22:07

Monday 10 September 2012



ANWAR ADALAH PENGANAS NEGARA - Polis akan menyiasat lebih lanjut rakaman video yang tersebar di laman YouTube hari ini mengenai tindakan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacu pistol ke arah orang awam dalam kekecohan di satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim, Jasin di sini semalam. Ini adalah sikap pemimpin yang tidak sedar bahawa ia adalah alat boneka Barat yang cuba menggugat kestabilan dan keamanan Negara. Apa yang berlaku sikap seorang pemimpin yang mengajar pengikutnya untuk membunuh orang awam. sedangkan orang awam adalah pengundi untuk memilih seorang pemimpin.

Adakah ini digelar sebagai pemimpin yang sejati atau seorang penganas yang akan memusnahkan bangsa dan negara. Apakan lagi menghormati perlembagaan hinggakan Anwar yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat mengapakah masa hari kemerdekaan tidak jemput Sultan Selangor. Nyatalah bahwa Anwar adalah seorang penganas yang akan memusnahkan sistem beraja dan kedaulatan negara.
mengapakah kita memlih pemimpin sedemikian ??? adakah kita mahu musnah seperti negara -negara arab yang bergolak ???

ANWAR IS A NATIONAL " PENGANAS"  - Police will investigate more video footage YouTube page spread today on the action bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim refers gun at civilians in trouble at an event organized by the People's Justice Party (PKR) in Kampung Baru Rim, Jasin here. This is the attitude that leaders do not realize that it is a Western puppet trying to undermine the peace and stability of the country. What happens attitude of a leader who taught his followers to kill civilians. while the public is voting to elect a leader.

Is this known as a true leader or a "penganas" that will destroy the nation. What is the more respect the constitution so that Anwar invited as the guest of honor, independence day why not invited the Sultan of Selangor. It is clear that Anwar is a "penganas" that will destroy the monarchy and sovereignty.
why are we so choose their leaders??? do we want destroyed as Arab countries are volatile???

安瓦尔是一个国家PENGANAS - 警方会调查更多的视频片段的YouTube页面传播是指枪在平民中举办的活动,由人民公正党(PKR)在甘榜巴鲁环的麻烦,今天的行动保镖拿督斯里安瓦尔·易卜拉欣Jasin在这里。这种态度的领导人没有意识到,这是一个西方的傀儡,企图破坏国家的和平与稳定。会发生什么事的领导者是谁教他的追随者杀害平民的态度。而公众投票选出的领导者。

这是作为一个真正的的领导人或penganas会破坏国家。什么是尊重宪法,使安华邀请尊贵的客人,为什么不邀请独立日的雪兰莪州苏丹。很清楚,,安瓦尔是一个penganas会破坏君主制和主权。
我们为什么要这样选择自己的领导人?我们要摧毁阿拉伯国家是不稳定的?

அன்வர் ஒரு தேசிய PENGANAS IS - போலீஸ் Kampung பரூ ரிம் மக்கள் நீதி கட்சி (PKR) ஏற்பாடு ஒரு நிகழ்வில் பிரச்சனையில் மக்கள் மீது துப்பாக்கி குறிக்கிறது நடவடிக்கை மெய்க்காப்பாளர் Datuk சற்று சீரியஸானவரான வீரப்ப அன்வர் இப்ராகிம் மீது இன்று மேலும் வீடியோ YouTube பக்கம் பரவல் விசாரணை வேண்டும், இங்கே Jasin. இந்த தலைவர்கள் நாட்டின் அமைதி மற்றும் ஸ்திரத்தன்மை குறைமதிப்பிற்கு உட்படுத்தும் முயற்சி ஒரு மேற்கத்திய கைப்பாவை என்று தெரியவில்லை என்று அணுகுமுறை ஆகும். என்ன பொதுமக்களை கொன்று அவரது ஆதரவாளர்களையும் கற்று ஒரு தலைவர் மனப்பான்மை நடக்கிறது. பொது ஒரு தலைவர் தேர்ந்தெடுக்க வாக்கு போது.

இந்த உண்மையான தலைவர் அல்லது நாட்டின் அழித்து விடும் என்று ஒரு penganas அறியப்படுகிறது. என்று அன்வர் மரியாதை விருந்தினராக அழைக்கப்பட்டிருந்தார் மிக அதிக மரியாதை அரசியலமைப்பு என்ன, சுதந்திர நாள் ஏன் சிலாங்கூர் சுல்தான் அழைத்தார். அது அன்வர் முடியாட்சி மற்றும் இறைமையை அழிக்க வேண்டும் என்று ஒரு penganas என்று தெளிவாக உள்ளது.
ஏன் நாம் அவற்றின் தலைவர்கள் தேர்வு? அரபு நாடுகளில் நிலையற்று இருக்கும் என நாம் அழித்து?

Oleh itu renung-renunglah siapa sebenarnya " PENGANAS "





comments | | Read More...

Video Panas!!! Penyokong BN Ataupun Pembangkang Mesti Tengok...Read More

Penulis : Unknown on Tuesday 4 September 2012 | 15:13

Tuesday 4 September 2012

VIDEO yang dipaparkan ini membuktikan bagaimana sikap Anwar Ibrahim yang tidak cintakan Negara dengan tanpa segan dan silunya engan mengangkat tangan ketika ikrar taat setia kepada Negara melalui Rukun Negara yang di bacakan ketika Anwar menghadiri Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor yang di adakan  di Stadium Shah Alam 30 Ogos 2012 yang lepas.  
Malahan Majlis tersebut mendapat kritikan hebat dan di boikot rakyat Selangor kerana pemimpin Kerajaan Negeri tidak menjemput Sultan Selangor di majlis Kerajaan Negeri.
Di dalam majlis tersebut tetamu kehormat kepada Kerajaan Negeri adalah Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan bukannya Sultan Selangor yang di sayangi rakyat Selangor.  
Apakah orang macam Anwar Ibrahim yang hanya tamakan kepada jawatan sehinggakan sanggup mengheret sebahagian kecil rakyat Malaysia yang tak mampu berfikir waras sebagai mangsa untuk memperjuangkan ketamakan Anwar terhadap jawatan yang gagal dia miliki ketika berada di dalam UMNO dahulu, layak di jadikan sebagai pemimpin tertinggi di dalam pentadbiran Negara ?   
Rukun Negara ada 5 Perkara :
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
3. Keluruhan Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopananan Dan Kesusilaan.  
Seandainya Anwar Ibrahim tidak menghormati perkara 3-5 dalam Rukun Negara, mungkin ada yang akan memaafkan beliau.....TETAPI apabila tidak PERCAYA KEPADA TUHAN dan TIDAK SETIA KEPADA NEGARA, maksudnya ada sesuatu yang berlaku kepada beliau.
Adakah pemimpin begini yang diagungkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di Sabah???   
Jangan jadikan masa depan negeri Sabah ini hancur di sebabkan memilih orang yang tamakkan kepada jawatan dan tiada sifat seorang yang sayangkan kepada negaranya.
Renung-renungkan lah.....
comments (2) | | Read More...

Himpunan HIJAU Peringkat Negeri Sabah GAGAL!!! PAS dan Lajim Kena Kutuk

Penulis : Unknown on Monday 3 September 2012 | 11:19

Monday 3 September 2012

HIMPUNAN "Hijau" Ke Putrajaya anjuran PAS yang dibuat di kediaman Datuk Lajim Ukin di Beaufort pada 1 September 2012 yang lepas ternyata menemui KEGAGALAN. Usaha pihak PAS tersebut kononnya "Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Sabah" seolah-olah seperti program syok sendiri.

Sebelum program tersebut dijalankan, saya telah dimaklumkan oleh rakan di Beaufort bahawa pemimpin-pemimpin PAS dan pembangkang yang lain ramai akan datang. Jadi saya pun merancanglah perjalanan saya untuk turun ke Beaufort untuk meneliti apa sebenarnya Himpunan HIJAU tersebut. Saya pun 'excited' lah sebab di 'baner' banyak muka orang kuat pembangkang dimasukkan. Bila tiba saatnya...AIYAAA...rupa-rupanya indah khabar dari rupa sahaja Himpunan Hijau tersebut.....program syok sendiri....GAGAL.

Hasil daripada penelitian saya, banyak bukti yang menunjukkan bahawa Himpunan tersebut gagal. Antaranya ialah :

1. Kehadiran sekitar 1200 orang sahaja (Orang PAS isytiharkan 4-5 ribu orang : PENIPU).
2. Sambutan terhadap program hambar.
3. Masyarakat dan pengundi di Beaufort ramai yang tidak turun kerana aktiviti yang menyesatkan.
4. Kebanyakan yang datang adalah orang PAS luar dari Beaufort.
5. Penyokong PAS dari Semenanjung ramai yang datang untuk meramaikan program.
6. Orang non muslim tidak mahu datang dan tidak menyokong perjuangan PAS dan Lajim Ukin.
7. HUJAN RAHMAT berlaku menunjukkan perjuangan PAS dan Lajim Ukin tidak "direstui".
8. Pemimpin pembangkang yang lain dari kalangan SAPP, STAR dan PKR Sabah tidak menyertai.
9. Menyalah-gunakan agama untuk perjuangan politik parti.
10. Membuat "KUTIPAN JIHAD" untuk membiayai perjuangan parti.

Melalui program tersebut, kebanyakan penyokong kuat Lajim Ukin "TERPAKSA" mengikut rentak PAS dan berpura-pura menunjukkan sokongan yang kuat tetapi sebenarnya berkonflik dalam diri. Ramai masyarakat Beaufort yang mengetahui berkaitan pelaksanaan program tersebut menyatakan bahawa PAS dan Lajim Ukin ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pelopor kepada politik perubahan alaf baru di Sabah TETAPI sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Beaufort sendiri.

Apa yang melucukan berkaitan Himpunan tersebut ialah pemimpin yang berucap diberi masa 5 ke 7 minit satu orang. Macam mana mau menang pilihan raya??? Hahahahaha.....macam pertandingan pidato pulak. Malulah!!!!!

Apa pun, perjuangan PAS TIDAK diterima di Sabah kerana menyalah-gunakan agama untuk berpolitik. Keduanya ialah perjuangan Lajim Ukin sebenarnya tidak disokong oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain di Sabah ini kerana perjuangan Lajim adalah untuk menyesatkan rakyat dan mementingkan agenda politik peribadi.

P/S : ** Harap-harap Lajim Ukin bertaubat awal-awal dan bersara dari karier politik kerana beliau sudah tua dan boleh mengusahakan banyak tanah yang dimilikinya di Beaufort.

        ** Balik lah ke Kelantan PAS....perjuangan PAS tidak disokong oleh rakyat Sabah.
comments (2) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger