Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Cerita Lawak PKR Cabang Kinabatangan : Syok Sendiri

Penulis : Unknown on Tuesday 28 August 2012 | 12:56

Tuesday 28 August 2012

BARU- BARU ini di Kg. Jaya Baru di rumah kediaman Ketua Cawangan  PKR Abdul Asar Othman , Parti Keadilan yang diketuai oleh En. Mustapa Tambuyung telah mengadakan sesi pendaftaran ahli baru parti keadilan ( PKR).

Majlis yang dibuat seawal pagi bertukar angin apabila sehingga pukul 5 petang tiada seorang penduduk kampung pun yang hadir untuk mendaftar kecuali hanya mereka yang menunggu macam tunggul kayu. Apa yang amat melucukan ialah makanan yang begitu banyak disediakan tiada siapa yang memakannya dan terpaksa dibuang begitu saja. Hahaha..........memang lawak la.....
comments (1) | | Read More...

Lajim, Bumburing Dan Maijol : Benarkah Mereka Pejuang Rakyat Atau Pengecut?

Penulis : Unknown on Monday 13 August 2012 | 16:10

Monday 13 August 2012

"Sia rela elaun dan gaji sia tiada. Apa guna gaji puluhan ribu jika sia tidak dapat bantu rakyat Sabah"? Itulah antara ungkapan Lajim Ukin selepas meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

"Apabila Pakatan Rakyat ini menjadi kerajaan, Anwar berjanji akan bagi 20% (royalti minyak) kepada Sabah......Wilfred Bumburing.

Maijol Mahap???....Tidak tahu apa pula di cakapnya tu. Merapu agaknya....hahaha....

Inilah hero-hero yang menganggap mereka adalah perjuang negeri Sabah yang sebenar dalam menuntut hak-hak daripada daripada Barisan Nasional. Mereka telah bersekongkol dengan PR semata-mata kononnya untuk mencapai hasrat  tersebut. Tetapi yang peliknya, suatu ketika dahulu, bukan main lagi 'lancangnya' mulut mereka bertiga mengutuk kepimpinan PKR? Tak kah pelik?

Bagi mengetahui sama ada Lajim, Bumburing dan Maijol adalah betul-betul pejuang sebenar negeri Sabah, mari kita test mereka untuk membuat SATU PERKARA berikut :

Kita CABAR mereka sama ada mereka berani atau tidak minta ROYALTI MINYAK sebanyak 50% dan ke atas daripada Pakatan Rakyat dan terus dibuat perjanjian bertulis yang juga boleh dimasukkan dalam Buku Jingga Sabah. (P/S : Jangan dok setuju PR tawarkan 20%....hihi...)

Rakyat Sabah yang sudah termakan janji-jani Lajim, Bumburing dan mungkin Maijol sedang menunggu berita baik tersebut....

Kalaulah mereka tidak dapat melaksanakan tanggung-jawab tersebut, kita boleh labelkan mereka sebagai :

1. Pengecut
2. Gila kuasa
3. "Lembu" tunggangan Anwar Ibrahim
4. Mahu memecah-belahkan keharmonian Sabah
5. Mahu mencari publisiti murahan
6. Ingin menguasai kekayaan Sabah selaras dengan agenda politik peribadi mereka
7. Tamak.....

Silakan wahai pendekar bertiga.
comments (2) | | Read More...

RCI : Seluar Dalam Anwar Dan Penyokong PKR Di Sabah Bakal "Dibogelkan"

SUATU ketika dahulu, pemimpin-pemimpin parti pembangkang terutamanya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sibuk membuat provokasi dan cuba untuk mengapi-apikan rakyat Sabah supaya menyokong penubuhan RCI. Akhirnya kerajaan telah mengumumkan penubuhan RCI pada 11 Ogos yang lepas.

Apa yang menariknya ialah Anwar Ibrahim bakal terlibat sebagai salah seorang yang akan disiasat oleh Suruhanjaya tersebut.....Naaa...apa lagi....memang pekung di dadanya akan terdedah lah. Dengan istilah lain....seluar dalam Anwar Ibrahim juga bakal di bogelkan untuk mengenalpasti isi kandungan di bahagian yang tersembunyi dalam 'spendernya' itu. Ini termasuklah penyokong PKR Sabah yang terpaksa menerima tempiasnya.

Suatu ketika dahulu Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri yang banyak mengatur perkembangan serta hal-ehwal negeri Sabah termasuk meluluskan perjudian. Sekarang penyokong PKR bising pulak tentang apa yang berlaku di Sabah. Dari segi fakta, kebisingan penyokong PKR Sabah ketika ini adalah disebabkan juga oleh Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Melihat kepada keadaan sekarang ini, penyokong-penyokong Anwar menghalalkan pula apa yang dibuat oleh Anwar di Sabah ketika dahulu. Malah mereka 'bermati-matian' mengharapkan Anwar akan menjadi pemimpin negara dengan 'membutakan mata' terhadap apa yang di buat oleh Anwar Ibrahim dahulu termasuk di Sabah. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) iaitu Wan Saiful Wan Jan, beliau berkata pengumuman Suruhajaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu kewarganegaraan di Sabah mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut. Ini bermaksud bahawa Anwar Ibrahim juga mungkin akan menjadi sasaran.

Beliau yang dihubungi oleh Malaysiakini menegaskan lagi bahawa kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Tambahnya, Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara. Ini bermaksud ia juga akan menjejaskan pembangkang jika Anwar terlibat.
comments | | Read More...

Reformasi Berdarah Indonesia Yang Gagal : Sabah Pun Mahu Ikut Juga?

Penulis : Unknown on Friday 10 August 2012 | 15:20

Friday 10 August 2012


KAJI SELIDIK rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebih kurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.

Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.

Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.
comments (1) | | Read More...

PANAS : Lajim Sebenarnya Pemimpin Yang Gilakan Kuasa

Penulis : Unknown on Friday 3 August 2012 | 09:29

Friday 3 August 2012

TERSEBUTLAH kisah berkaitan Datuk Lajim Ukin yang terkenal sebagai "Raya Katak" yang pandai melompat. Pada masa sekarang terserlahlah sudah pendirian politik yang di bawanya. Suatu ketika dahulu rakyat Sabah dan seluruh Malaysia masih tertanya-tanya apa pendirian sebenar Lajim dalam soal politik.

Sebenarnya kegiatan bawah tanah Lajim sudah lama bermula iaitu sejak Oktober 2011 lagi. Pada ketika itu Lajim dikhabarkan akan memimpin Sabah People Front Party (SPFP). Walau bagaimanapun, rancang punya rancang, akhirnya dia beralih arah menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam jangka masa tersebut lah dia bermain dengan taktik kotornya itu. Ceramah sana-sini mengutuk kepimpinan dengan bahasa kiasan. Pada masa sekarang, apa yang ketara ialah Lajim telah memimpin gerakan baru yang dinamakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS).

Lajim sebenarnya bukan tidak berpuas dengan apa yang berlaku di Sabah ini. Lajim sebenarnya ada agenda peribadi yang perlu dipenuhi. Berikut adalah bukti agenda peribadi yang perlu dipenuhinya :

1. GILAKAN KUASA : Lajim mahu Datuk Musa Aman meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan sekaligus sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Lajim merancang mahu menjadi Ketua Menteri kerana beranggapan beliau adalah pemimpin yang paling berjasa di Sabah.

2. 'JEALOUS' DAN DENGKI : Lajim tidak mahu Datuk Hajah Azizah terus dikekalkan dalam politik Beaufort dan tidak mahu dicalonkan sebagai YB dalam PRU-13. Bagi Lajim, Azizah merupakan 'seteru' politiknya dan tidak mahu Azizah diagung-agungkan di Beaufort.

3. GILAKAN KEKAYAAN : Dalam ucapan Lajim "berbohong" pada pengundi di Beaufort dengan mengatakan bahawa dia tidak berbangga dengan gaji dan elaun puluhan ribu yang diterimanya sebulan dalam BN sedangkan pengundi dan rakyat Sabah 'kelaparan'. Sebenarnya, dia melepaskan elaun puluhan ribu yang dimilikinya itu kerana Lajim ingin mendapatkan kekayaan yang lagi berlipat ganda berjumlah JUTAAN Ringgit Malaysia apabila Lajim menjadi Ketua Menteri Sabah.

Nahhhh.....nampak kan??? Itulah tujuan sebenar Lajim tu. GILAKAN KUASA!!!!!

Sebagai rakyat Sabah, kita semua harus menilai perjuangannya itu. Lajim bukanlah ikhlas berjuang untuk negeri Sabah. Kalaulah Lajim ikhlas berjuang untuk negeri Sabah, kenapa Lajim tidak 'join' sahaja dengan Yong Teck Lee dan Dr. Jeffrey Kitingan???

Pikir-pikirkanlah......
comments | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger