Ranting PKR di Tenom berkempen untuk mempengaruhi penduduk di kawasan Melalap supaya menyokong PKR dan membenci BN.
Apa macam tu???
Dengan mempengaruhi penduduk kampung di Melalap, Tenom supaya membenci BN dan mengundi PKR satu tindakan yang bijak???
Wahai penduduk di Melalap Tenom, jika anda keluar dari BN dan sudah mendaftar untuk menjadi ahli PKR, anda semua sebenarnya sudah mengambil langkah yang salah. PKR tu suka melaga-lagakan kamu semua supaya membenci BN. INGATLAH...anda semua tidak akan dapat kemana jika anda menyokong PKR. Adakah dengan undi anda semua yang menentang BN akan dapat mempengaruhi nasib penduduk kampung di sana? Jawapannya adalah TIDAK!!! Kamu semua sebenarnya dijadikan ALAT untuk menunaikan cita-cita PKR. PKR sebenarnya nak memecah-belahkan kamu semua. Akhirnya.....kamu semua akan ketinggalan dalam arus pembangunan yang di bawa oleh BN jika Melalap dikuasai oleh PKR.
PERSOALANNYA.....Adakah jika kawasan Melalap dimenangi oleh PKR dalam PRU ke-13 akan datang akan dapat menentukan pemerintahan negara? Jawapannya adalah TIDAK!!! Kemenangan tersebut sebenarnya akan membawa anda semua ke zaman kemunduran. Rakyat di tempat lain masih menyokong BN kerana inginkan pembangunan yang berterusan. Tetapi anda menyokong PKR yang sudah semestinya tidak akan dapat memberikan pembangunan kerana tiada sumber kewangan untuk membangunkan kawasan Melalap.
Cita-cita PKR yang dipimpin ANWAR IBRAHIM sebenarnya "mimpi kosong" semata-mata. Kalaulah betul Anwar Ibrahim tu nak membela nasib rakyat, kenapa sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sewaktu ketika dahulu tidak menunaikan janjinya??? KENAPA baru sekarang dia nak membela nasib rakyat??? PKR sebenarnya menggunakan penduduk Melalap sebagai alat untuk menunaikan cita-cita peribadi Anwar Ibrahim.
INGATLAH wahai penduduk Melalap......tersilap langkah buruk padahnya. Bangsa kamu akan terus mundur jika menyokong PKR.
Jika anda sudah keluar dari BN dan telah mengisi borang untuk menyertai PKR, adalah lebih baik anda berfikir dengan semasak-masaknya. Tarik balik tindakan anda supaya anda semua tidak dijadikan sebagai alat oleh PKR.
by : kitahuman
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
+ comments + 1 comments
Kadang kita trlalu ikut2an dgn perangai org sbelah sana, mana tidak anak didik nuar brahim ngan suku sakatnya. Org lain brsorak dia pun brsorak, tapi sbenarnya dia tidak tau apa yg dia sorakkan, dia toleh kiri kanan ada lagi tdk org mahu brsorak pasal dia tidak tahu bila sepatutnya dia nak brsorak
Post a Comment