Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

HOT! BEKAS KETUA POLIS NEGARA DEDAHKAN PEMBOHONGAN KES LIWAT ANWAR!!

Penulis : Tukang Carut on Friday, 7 December 2012 | 13:43

Friday, 7 December 2012

SEBELUM ini nama TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sering dikaitkan dengan kenyataan kontroversi yang seolah-olah berbau parti pembangkang.

Dek kerana itu, pemimpin pembangkang dan media pro-pembangkang memberikan ruang yang sangat luas kepada sebarang kenyataan beliau yang dilihat 'menghentam' kerajaan hari ini.

MiM dan beberapa rakan bloggers telah berkesempatan bertemu beliau awal bulan November yang lepas. Kami makan sarapan pagi bersama dan pelbagai soalan dikemukakan kepada beliau. Di antaranya ialah keputusan beliau menarik balik saman terhadap Anwar Ibrahim.

Dan seperti yang kami jangkakan, keputusan Musa Hassan itu telah diputarbelitkan oleh pemimpin pembangkang, kononnya keputusan Musa Hassan itu 'mengesahkan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim hanyalah fabrikasi kerajaan'.

Padahal, kenyataan mereka itu adalah bohong belaka!

Malah, pemimpin pembangkang telah berbohong apabila mengatakan bahawa Musa Hassan yang mahukan kes saman beliau diselesaikan di luar mahkamah. Tetapi hakikatnya, Anwar sendiri yang mahu menyelesaikannya di luar mahkamah!

Lihatlah putar belit dan pembohongan kepimpinan pakatan pembangkang itu! Sanggup mereka menipu rakyat terang-terangan!

Kita tentu bertambah musykhil dan ragu-ragu apabila kepimpinan pembangkang sanggup membohongi rakyat sama seperti isu medical report doktor yang memeriksa Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi.

Pemimpin pembangkang mendakwa bahwa doktor itu mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat padahal doktor itu menulis 'TRO sodomy' atau pun 'to rule out sodomy' . 'To rule out' dan 'confirmed diagnosis' adalah dua perkara yang jauh berbeza tetapi diputarbelit oleh mereka.

Bagi memudahkan anda untuk mengetahui penjelasan bekas Ketua Polis Negara itu, sila baca laporan FMT di bawah :
PETALING JAYA: Former inspector-general of police Musa Hassan has reiterated that the Sodomy I and II cases were not part of a political conspiracy to bring down Opposition Leader Anwar Ibrahim.

Musa who was the investigating officer of the 1998 case and was serving as the IGP when the more recent 2008 allegation by Mohd Saiful Bukhari Azlan surfaced, told FMT that both were “straight forward cases.

"Responding to claims that he was a party to fabrication of evidence in the first sodomy case, Musa stressed:”There was no fabrication of evidence. He [Anwar] was charged in court".

"And then I sued Anwar in court [on his allegation of fabrication] and he wanted me to settle with him. So what fabrication was there? The case was dropped because he wanted us to settle it out of court. So there is nothing more.

Asked why he agreed to a settlement when he claims to be right, Musa replied: “Because to me [if] that person feels that there is no point to [continue with it] then [it shows] that I am not involved. Perhaps he has realised that I am not involved that’s why he wants so settle [out of court].”

Musa was referring to his recent decision to drop a defamation suit against Anwar, who lodged a report against Musa in 2008 accusing him and Attorney-General Abdul Gani Pattail of fabricating evidence in the 1998 ‘black eye’ incident and the Sodomy I trial.

PKR, who had since then insisted that there was no out-of-court settlement and that it was Musa who initiated a withdrawal, had said that Musa’s action was “proof” that there was a government plot to fabricate evidence over the Sodomy I charges.

Musa's lawyers had cited a “misunderstanding” over the ex-IGP’s role in the 1998 “black eye” incident where Anwar was assaulted by the then IGP Abdul Rahim Noor while in police custody.

On his role in Sodomy II, Musa also rubbished claims that he was a “main actor in the script”.

"Why do they say I am doing the script when it is Saiful who lodged the report, not me. I didn’t want to see Saiful even then. He [Saiful] even said in court that I scolded him [when he tried to contact me], that [I told him] if you have a problem, you lodge a police report. So I’m not involved in any conspiracy here. What are they talking about?” he said.

FMT : Do you know any of any of these ‘script writers’ who were involved in the Sodomy II then.

Musa : It is a straight up case. [A police report was] lodged by the complainant.Wouldn’t you say there were political reasons behind it? That you have to ask them because I don’t know the facts about who he [Saiful] saw.I’m sure you would have certain information from your SBs at the time.To me if it is very material that he met someone, then that someone must go to court and give evidence, that’s all. So if a person doesn’t give evidence in court, then is it my conspiracy? Come on.

FMT : Are you referring to Anwar’s position to actually not give evidence in the witness statement but to give a statement at the dock?

Musa : No, not Anwar. There was an allegation to say that they met the prime minister right? Then the prime minister will have to go to court if it is deemed that his evidence is important. Of course as the prime minister anybody can see him to complain, because he is the PM, but what I feel is that he should [have] advised him [Saiful] to lodge a police report, that’s all. FMT-mim
comments | | Read More...

ADUHAI PAS.......

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 21 November 2012 | 14:21

Wednesday, 21 November 2012

Ini lah PAS bila dah mendapat boarding pass " Masuk Syurga " boleh kah mendoakan orang seislam mendoakan kemusnahan sesama umat. Sedangkan Baginda Junjungan Nabi Muhammad saw tidak pernah mendoakan umatnya untuk dibinasakan.!! apa dah jadi dengan PAS kini yang boleh menghukum manusia??? adakah mereka ini " BERSIFAT MA'SUM atau sudah bergelar Ulul Azmi... adakah mereka ini utusan Tuhan yang boleh mengampunkan umat manusia dan boleh memberikan syurga kepada pengikut PAS..... Adakah UMNO Islam itu berlainan Kalimah Syahadah ????

Boleh lah kalau PAS berdakwa dan memperjuangkan Islam dengan memasukkan Islam kepada kedua-dua pemimpin DAP ( Lim Guan Hing dan Karpal Singh )  kan mendapat pahala dan boleh menjadikan ianya satu perjuangan.

" Hidup adalah tidur sejenak, dan maut adalah kesadaran: dan manusia di antara keduanya adalah bayang-bayang yang berjalan "

Bila PRU ke 13 semuanya manis semua boleh jadi madu yang ditabur kepada rakyat... ini lah sikap PAKATAN janji sana sini tapi hingga kini belum menunaikan janji adakah orang-orang PAS sudah menunai janji. Kerana Janji dalam islam hendaklah ditunaikan dengan serta merta  kerana PAS sudah jadi Ulul Azmi ada kah benar ?????.

marilah kita lihat firman Allah dalam Al-Quran.

" Apakah ada kemungkinan jika kamu telah berkuasa, bahwa kamu akan merosak di muka bumi dan kamu putuskan kekeluargaan kamu ? ( Surah Muhammad (Ayat 22)) "

" Itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, maka dituliskanlah mereka, dan dibutakan penglihatan-penglihatan mereka .  ( Surah Muhammad ( Ayat 23 )) "

" Apakah mereka itu tidak merenung al-quran? Atau adakah dalam hati mereka terdapat kunci-kunci ? ( Surah Muhammad ( Ayat 24))"

" Sesungguhnya orang-orang yang berkisar ke belakang mereka sesudah jelas bagi mereka jalan petunjuk, maka syaitanlah yang telah menipu mereka dan merayu mereka . ( Surah Muhammad (Ayat 25))."

" Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah " 

 PAS when've拿到登机牌去天堂LA祈祷的人祈祷破坏伊斯兰的兄弟情谊虽然他的主穆罕默德穆斯林祈祷永远不被破坏。发生了什么PAS现在可以惩罚的人无论他们是自然万无一失一个ULUL阿兹米......无论他们上帝的使者可以原谅人类,并能提供一个信徒伊斯兰教PAS巫统天堂.....不同的Word信条吗?

PAS可以berdakwa坚持伊斯兰教与伊斯兰插入DAP(Karpal辛格奖励可以把它的斗争

“人生是一张床时候和死亡的意识在它们之间一个行走的影子

GE至13都可以甜蜜蜜洒在...这是在这里和那里的态度民联的承诺但是现在为止没有答应PAS承诺迪伦承诺伊斯兰教排出立即这样迪伦PAS阿兹米ULUL是否真正吗?

让我们来看看神的话语“可兰经”

有一种可能性,如果你有权力,你将毁灭地球,你决定你的家人(古兰经穆罕默德(22节)


这些都是被诅咒的人谁真主,他们蒙蔽他们的梦想(古兰经穆罕默德(23节)


他们并没有反映”古兰经“或者在他们的心中钥匙呢?(古兰经穆罕默德(24节)


围绕他们回来后,他们明确指导,魔鬼欺骗了他们呼吁他们(古兰经穆罕默德(25节)的路径

支柱wasatiyyah联盟乌玛

 இந்த PAS when've போர்டிங் பாஸ் மக்கள் இஸ்லாமியம் உள்ள சகோதர அழிவு பிரார்த்தனை லா ஜெபிக்க முடியும் "சொர்க்கம் செல்ல" தான் உள்ளது. அவரது இறைவன் முஹம்மது முஸ்லிம்கள் பிரார்த்தனை போது அழிக்கப்பட்டன வேண்டும் என்றும்.! என்ன மக்கள் தண்டிக்க முடியாது என்று இப்போது PAS நடக்கும்? அவர்கள் "இயற்கை தப்பில் விழாத அல்லது அவர் ஒரு Ulul ஆஸ்மி இல்லை ... அவர்கள் மனித மன்னிக்க மற்றும் இஸ்லாமியம் PAS அம்னோ தனது ஆதரவாளர்கள் ஒரு புகலிடமாக வழங்க முடியும் கடவுளின் தூதுவர்களாக இருக்கின்றனர் என்பது ..... வேறுபட்ட வார்த்தை க்ரீட் இருக்கிறீர்களா?

PAS berdakwa மற்றும் இரண்டு DAP (லிம் Guan ஹிங் மற்றும் கர்பல் சிங்) சரியான பரிசு இஸ்லாமிய நுழைவு கொண்ட இஸ்லாமியம் நிலைநிறுத்த அது ஒரு போராட்டம் செய்ய முடியும்.

": அவர்கள் இடையில் மனிதன் ஒரு நடைபயிற்சி நிழல் வாழ்க்கை ஒரு கணம் ஒரு படுக்கை, மற்றும் இறப்பு உணர்வு இருக்கிறது"

13 GE அனைத்து முடியும் போது அனைத்து இனிப்பு தேன் மக்கள் தெளிக்கப்படும் ... இந்த இங்கே மற்றும் அங்கே அணுகுமுறை PAKATAN சத்தியம் ஆனால் இப்போது வரை PAS அதன் சத்தியம் என்று மக்கள் உறுதியாக இல்லை. DUREN என்பதை உண்மை இல்லை ஆஸ்மி Ulul Pas மிகவும் இஸ்லாமியம் பற்றிய DUREN வாக்குறுதி forthwith டிஸ்சார்ஜ் வேண்டும்??.

எங்களுக்கு குர்ஆன் இறைவனின் வார்த்தை பார்த்து விட்டு.

"நீங்கள் பூமியில் அழிக்க நீங்கள் உங்கள் குடும்பத்தை முடிவு என்று நீங்கள் சக்தி இருந்தால் ஒரு வாய்ப்பு, உள்ளதா? (சுரா முஹம்மது (வசனம் 22))"


"இந்த அல்லாஹ், அவர்கள் dituliskanlah மூலம் சபித்து, அவர்களது தரிசனங்கள் கண்மூடித்தனமாக இருந்தது யார் மக்கள். (சுரா முஹம்மது (வசனம் 23))"


"அவர்கள் குர்ஆன் மீது பிரதிபலிக்க, அல்லது அவர்களின் இதயங்களில் இல்லை என்ன சாவி? (சுரா முஹம்மது (வசனம் 24))"


"அவர்கள் வழிகாட்டல் பாதை, அவர்களை ஏமாற்றி அவர்கள் வேண்டுகோள் விடுத்தார். (சுரா முஹம்மது (வசனம் 25)) என்று பிசாசு அழிக்க பின்னர் அவர்கள் திரும்பி வருவது யார் அந்த."

"தூண்கள் wasatiyyah ஒன்றியம் Ummah"








comments (2) | | Read More...

Perang Angan-Angan Siapa Bakal PM Hangatkan Pergolakan PR

Penulis : Tukang Carut on Tuesday, 20 November 2012 | 16:23

Tuesday, 20 November 2012

RAMAI pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 baru-baru ini bersungguh-sungguh menyarankan supaya Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.

Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak. 

Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.

Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.

Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.

Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?

Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.

Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.-pdtm
comments (1) | | Read More...

Panas : Nik Aziz Pemimpin Sekutu Pakatan Rakyat Mahu Saman Utusan Malaysia


APAKAH sebenarnya cerita yang berlaku ekoran tindakan Nik Aziz ni yang mendakwa UMNO Murtad? Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19.11.2012 mengeluarkan kenyataan Nik Aziz berkaitan perkara berkenaan. Betul kah Nik Aziz keluarkan kenyataan tersebut?

TETAPI!!!.....Nik Aziz telah menafikan melalui laman Facebook nya menafikan dakwaan tersebut dan menuduh akhbar Utusan Malaysia menabur FITNAH.


TETAPI!!!....Apa pula cerita Nik Aziz semasa temuramah yang dibuat ke atasnya berkaitan isu murtad dalam video di Youtube ini??? Tepuk dada, tanya selera. Ikuti Video berikut :




comments (1) | | Read More...

Teks Ucapan Doa Melampau PAS Yang Memalukan Umat Islam

DALAM mengharungi PRU-13 akan datang ini, gelagat sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS semakin melampau sejak akhir-akhir ini. Mereka menanam kebencian yang melampau sesama saudara Islam di negara ini.

PAS meminta doa  agar Allah  SWT menjahanamkan UMNO dan BN  sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun,  Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat,  sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan  Muhamad IV, Kota Bharu baru-baru ini.


Doa itu yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu  adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abdul  Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah  bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta  negeri Kelantan padahal kenyataan itu satu pembohongan yang nyata dan tidak berasas.


Berikut adalah di antara teks doa tersebut;

Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya  Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya  (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan  Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman  UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,  hamba Mu dan kepada negeri kami ini.

Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami.  Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di  mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan  dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam  yang berkat.

Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu  bapa kami (diulang empat kali) melalui  perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu  mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu  Tuhan maha pengampun lagi maha kasih  sayang.

Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah  rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri  dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak  kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada  Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan  akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk  menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah...  Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN  Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam  PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam  perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu  sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di  dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan  Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan  begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah  untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam  suasana yang tidak selamat di dalam dan luar  rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar,  cincang manusia dan begitu juga dengan  bermacam-macam jenayah dan begitu juga  dengan bermacam-macam rasuah.

Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh  UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu  Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan  UMNO tumbangkan BN

Rasulullah wa’alaa saidina muhammad wa’alaa  alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil  aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).

 

comments | | Read More...

PR Masih Gagal Senaraikan Kabinet Bayangan : Adakah Lajim Dan Wilfred Bumburing Tersenarai?

Penulis : Tukang Carut on Monday, 5 November 2012 | 13:45

Monday, 5 November 2012

KEGAGALAN Ketua Parti Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan persetujuan sekutunya iaitu DAP dan PAS menyebabkan mereka sehingga kini gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan itu membuktikan pakatan pembangkang yang wujud tanpa sebarang perjanjian rasmi dan bertulis tidak akan mampu mentadbir negara dengan berkesan.

Katanya, ketidakmampuan pembangkang yang diketuai Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS itu disebabkan para pemimpin setiap parti berkenaan bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang portfolio penting dalam kerajaan.

"Kita harus ingat, pakatan pembangkang bukan 'coalition', tapi perjanjian secara tak bertulis untuk lawan Barisan Nasional (BN), mereka tiada perancangan masa depan, sebab itu sukar untuk pilih pemimpin kerana masing-masing mahu jadi pemimpin.

"Anwar ingat beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar, DAP pun teringin juga," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan bertajuk Cerminan Pengalaman Pembangunan Malaysia pada 3 November 2012 yang lepas di Sudan.

Beliau yang berada selama tiga hari di Sudan sejak 2 November 2012 dijemput khas kerajaan Sudan bagi menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) yang julung kali dianjurkan serta menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat dari kedua-dua negara ditandatangani.

Dr Mahathir mengulas keengganan Anwar mengumumkan senarai Kabinet bayangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun berjanji berbuat demikian sejak 2008.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga mencabar Anwar menyenaraikan senarai Kabinet bayangan tersebut dan kegagalan berbuat demikian membuktikan mereka tidak mampu mentadbir negara.

Dr Mahathir menambah, rakyat perlu memandang serius kegagalan pembangkang tersebut kerana pembangkang jelas tidak mempunyai perancangan membangunkan negara. Menurut beliau, pembangkang juga gagal menjaga kepentingan rakyat dan keadaan itu berbeza dengan kemantapan kerjasama dalam BN yang telah memerintah selama 55 tahun.

Menyentuh berkaitan kegagalan tersebut juga, persoalannya adalah adakah Lajim Ukin Dan Wilfred Bumburing bakal tersenarai dalam Kabinet Bayangan PR? Tepuk dada, tanya selera. - drmim
comments | | Read More...

Pakatan Rakyat Di Sabah Semakin Gagal Untuk Yakinkan Rakyat

Penulis : Tukang Carut on Friday, 2 November 2012 | 14:25

Friday, 2 November 2012

DISAAT bakal mengharungi PRU-13 yang akan datang ini, parti-parti pembangkang di Sabah ini dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) adalah kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional. Kelemahan parti pembangkang yang berlaku di semenanjung setiap hari yang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet telah memberi kesan kepada kebolehpercayaan rakyat Sabah ini kepada PR.

Kenapa terjadi kepada kegagalan tersebut?? Ini adalah kerana PR di Sabah ini mencedok bulat-bulat acuan yang dibawa dari semenanjung. Hasil daripada cedokan yang bulat-bulat itu, kesannya ialah semua perancangan yang dibuat di semenanjung menjadi buntu untuk dilaksanakan di Sabah ini apabila pendedahan berkaitan PR diketahui umum.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung di semenanjung. Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan. Kalau diperhatikan juga, pembangkang tidak banyak menyebut dan tidak 'concern' berkaitan dengan perkara yang melibatkan Sabah. Ini bermaksud bahawa PR tidak mengendahkan suara pembangkang dari Sabah.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Anwar bertindak demikian kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif. Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.
Walau bagaimanapun, Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Apa yang pasti ialah tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi sama ada dari dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata. Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat. Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Menyentuh berkaitan percaturan PR di Sabah ini. Mereka hanyalah menggunakan rakyat Sabah dan penyokong PR di Sabah ini untuk mencapai hasrat PR dan memenuhi agenda politik mereka yang kotor itu. Rakyat Sabah yang senang dibuli oleh PR ini tanpa berfikir panjang sedangkan bahawa janji manis yang ditawarkan oleh PR kepada negeri Sabah ini adalah bertujuan untuk dijadikan "gula-gula" kepada rakyat Sabah. AKhirnya rakyat di Sabah ini akan merana akibat daripada percaturan tersebut.
comments | | Read More...

Penganalisis : Pakatan Belum Mampu Tewaskan BN Sabah

Penulis : Tukang Carut on Monday, 29 October 2012 | 12:31

Monday, 29 October 2012


PAKATAN Rakyat tidak cukup kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan pembangkang dari Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di Malaysia Timur itu, kata seorang penganalisis politik.

Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur yang diadakan pada 24 Oktober 2012 yang lepas, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.

"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.

"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ahli akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.

Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.

Bagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).

"Jeffrey kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis lagi.

Jika perancangan Jeffrey itu diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.

Katanya, Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.-MK
comments (2) | | Read More...

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 25 October 2012 | 14:39

Thursday, 25 October 2012

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu bahawa kerajaan pusat akan menyediakan peruntukan RM650.19 juta bagi pelbagai program menambahbaik dan menaik taraf insftruktur jalan di luar bandar tahun depan. 

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, peruntukan sejumlah RM60.19 juta disediakan bagi program jalan luar bandar, bekalan elektrik(RM400 juta) dan bekalan air (RM190 juta). "Peruntukan bagi program itu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Namun demikian, agensi kerajaan negeri yang berkenaan terbabit dalam menyelaras dan memantau program berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Justin Guka (UPKO-Bingkor) semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah 23 Oktober 2012 lepas.
 
Sairin berkata, sebanyak RM501.96 juta dibelanjakan bagi program jalan luar bandar, RM380 juta bagi program bekalan elektrik dan RM633.62 juta untuk bekalan air sehingga 30 September lalu. 

Beliau berkata, kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan program luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM1,806.42 juta, program bekalan elektrik berjumlah RM1,338.5 juta dan program bekalan air berjumlah RM955.59 juta dari 2008 hingga tahun lalu. 

Sementara itu, menjawab soalan Melanie Chia Chui Ket (SAPP-Luyang) mengenai justifikasi jalan raya kedua yang menghubungkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Japlin Akim menegaskan bahawa pembinaan jalan dengan kos RM14.9 juta itu merupakan jalan tetap yang dirancang semasa pembinaan bangunan DUN. 

Japlin berkata, pelaksanaannya terpaksa ditangguh disebabkan faktor kewangan dan akses sementara dari Jalan Sulaman dibina. 
 
"Selepas mengambil kira faktor keselamatan, selain daripada mengelakkan trafik antara kedua-dua pusat pentadbiran ini menggunakan jalan arteri yang sibuk, maka kerajaan memutuskan untuk membina satu jalan akses kekal menghubungkan kedua-dua pusat pentadbiran ini," katanya. -BERNAMA
comments | | Read More...

PR Terpaku : Prestasi Malaysia Berada Di Tangga 12 Dunia Paling Berdaya Saing


MALAYSIA adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013.
Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).
Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.
Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.
Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.
Katanya, Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). - BERNAMA
comments | | Read More...

Pensiangan nikmati 1Malaysia

Penulis : Tukang Carut on Monday, 22 October 2012 | 20:38

Monday, 22 October 2012


Penduduk Pensiangan Nikmati Manfaat Gagasan 1Malaysia
Pensiangan, sebuan pekan kecil di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 120 kilometer dari Keningau, kini mengalami pembangunan rancak berikutan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Kawasan pedalaman seluas lebih 6,000 km persegi dengan penduduk lebih 20,000 orang itu menerima hasil pembangunan yang sangat ketara sekali berbanding beberapa dekad yang lalu.
Semasa membandingkan kawasan itu yang sebelum ini berhutan tebal dan kini berubah wajah, Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha menangani masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.
“..kini projek pembinaan jalan raya, pembangunan desa, kemudahan asas seperti loji air, bekalan elektrik, bantuan projek perumahan rakyat dan sebagainya sedang dijalankan dan ada yang telahpun siap sepenuhnya.
“Tidak dinafikan dari segi geografinya, kita agak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan. Tetapi, kerajaan tidak akan melupakan kita walau diceruk manapun kita berada untuk mengeluarkan rakyat di kawasan ini dari belenggu kemiskinan dengan pelbagai pendekatan dan program pembangunan,” katanya  ketika meninjau loji air daerah Nabawan bersama 20 peserta Kembara Media 1Malaysia dalam satu program anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah di sini, semalam.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pembinaan tiga loji utama yang telah dan sedang dilaksanakan itu mampu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar terutama di daerah Sook, Nabawan dan Pegalungan.
Katanya, kerajaan membelanjakan RM96 juta bagi membina loji air di Pegalungan yang dijangka siap Mei tahun depan.
Beliau berkata RM98 juta pula diperuntukkan bagi pembinaan loji air Pinipi di Tulid, Sook yang kini 80 peratus siap untuk beroperasi pada Mac tahun depan.
“Antara tumpuan utama lain adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat melibatkan cadangan pembinaan jalan raya dari Sepulot hingga ke Kalabakan dan pembinaan dua sekolah menengah baharu di Dalit,” katanya.
Menurutnya, pada masa kini, Loji Air Daerah Nabawan yang beroperasi pada 2009 membekalkan lapan juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di 10 buah kampung di sekitarnya.
Kurup turut berharap penduduk kawasan Pensiangan akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, kesihatan serta bantuan dan insentif rakyat.
“Pada zaman dahulu, kita dapat lihat jalan kayu balak yang berlubang-lubang dan mengambil masa berjam-jam untuk pergi dari Sook ke Sinua serta dari Keningau mengambil masa 12 jam untuk ke Sinua, jalan raya tidak baik, penduduk daif, tahap kesihatan tidak seperti kini dan sekolah pun terhad,” katanya berkongsi pengalamannya pada majlis makan malam media sempena program Kembara Media selama dua hari itu.
Kurup juga memberi jaminan projek pembinaan Hospital Daerah Nabawan yang bernilai RM28 juta akan tetap dilaksanakan bagi memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan berkenaan.
“Kita akan berusaha membina hospital itu dalam tempoh 15 bulan selepas menjangkakan untuk mengeluarkan tender sekurang-kurangnya pada tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Sabah Ellron Alfred yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sook yang turut meninjau beberapa projek di sekitar kawasannya itu berkata kerajaan membelanjakan hampir RM600 juta bagi pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan perkhidmatan dan infrastruktur di Sook sejak tahun 2008.
Beliau berkata RM143.5 juta diperuntukkan bagi menaik taraf jalan raya dari pekan Sook ke Kampung Tulid sejauh 34 km yang dijangka siap Jun 2014 dan RM148.9 juta bagi menurap jalan sepanjang 30km dari Batu Lunguyan ke Sinua dan RM9 juta pula diperuntukkan bagi membina jalan Minawo sejauh 9km.


comments | | Read More...

Panas : Pengundi di Sook Sudah Tidak Yakin Dengan Parti SAPP

Penulis : Tukang Carut on Tuesday, 16 October 2012 | 09:12

Tuesday, 16 October 2012

SEJAK KEBELAKANGAN INI, penulis sangat minat menulis artikel berkaitan dengan perjuangan parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee (YTL) di Sabah ini. Entah kenapa? Mungkin saya sudah kana "pugai" oleh parti SAPP sehinggakan saya sudah "jatuh cinta" sama SAPP? Jatuh cinta? Puiiii.....kalau sudah jatuh cinta, kenapa artikel yang saya tulis ini balik-balik "menghentam" YTL dan SAPP jak? Hihihi.....apa boleh buatlah.....kalau sudah begitu keadaannya berkaitan dengan SAPP, terima ja lah ya wahai orang SAPP.

Berita terbaru yang menunjukkan bahawa SAPP bakal "gulung tikar" ialah apabila seramai 553 orang ahli parti SAPP dari 8 cawangan di Sook Parlimen Pensiangan telah keluar meninggalkan parti dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS-BN).

Kesemua 553 orang bekas ahli parti SAPP tersebut telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa Mesyuarat Bahagian PBS Kawasan Sook pada 11 Oktober 2012 yang lepas di Sook. Tindakan beramai-ramai ahli meninggalkan parti SAPP sudah semestinya memberikan tamparan yang hebat kepada kepimpinan YTL dan SAPP Sabah. Apa yang menyedihkan lagi ialah Timbalan Ketua Bahagian SAPP Sook iaitu Jake Jikah Sintah juga turut meninggalkan parti SAPP.

Apa lagi SAPP??? Tidak mendapat sokongan sudah  SAPP di Sabah ini. Keahlian pun macam "ciput".....sikit dan tidak ramai.....macam mana mahu menang dalam PRU-13 akan datang ini???
comments | | Read More...

Jualan Lelong : Manifesto Parti SAPP "Lapuk" Dan Meniru BN

Penulis : Tukang Carut on Monday, 15 October 2012 | 15:13

Monday, 15 October 2012

MANIFESTO SAPP bagi menghadapi PRU-13 akan datang ini yang diperjuangkan oleh Yong Teck Lee (YTL) dan penyokong-penyokongnya diumpamakan sebagai "kulat yang sudah lapuk"...."bangas" orang bilang. Manifesto tersebut yang bertujuan untuk mendapat sokongan rakyat ternyata menciplak daripada dasar yang dibuat oleh kerajaan pada masa sekarang ini.

Bagi YTL melalui manifesto tersebut, beliau akan melaksanakan kesemua perancangan untuk rakyat Sabah tanpa beliau mengetahui bahawa apa yang dirancang beliau sebenarnya sudah ada di depan matanya pada masa sekarang ini. Berikut adalah beberapa contoh Manifesto SAPP yang diperjuangkan oleh YTL yang boleh dikatakan sebagai "lapuk".


1. PEMBANGUNAN SOSIAL
i. Perpaduan dan keadilan sosial
SAPP berikrar untuk membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu, hidup dalam aman dan harmoni, menjunjung toleransi dan kebebasan beragama dengan berlandaskan Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.

SAPP berikrar :
• menolak politik perkauman dan ekstrimis agama.
• membasmikan amalan politik dan diskriminasi
perkauman.
• membina masyarakat madani yang bermaruah.
• membasmi rasuah dan ketidakadilan sosial.

ii. Masyarakat Penyayang
Setiap rakyat Malaysia di Sabah yang memiliki Sabah IC akan berhak menerima
bantuan dan kebajikan sosial tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.

SAPP berikrar kepada Rakyat Sabah yang memegang IC Sabah:
• memberi bantuan terus kepada kumpulan sasar untuk membasmi kemiskinan tegar.
• memberi bantuan kepada OKU, warga emas, ibu/bapa tunggal dan anak-anak yatim.
• Rumah Sabah di Kuala Lumpur akan mengambil tanggungjawab tambahan dalam memberi bantuan dan kaunseling kepada rakyat Sabah yang bekerja atau belajar atau tinggal di Semenanjung Malaysia.

iii. RM 300 Juta Untuk Pembeli Rumah Pertama
Perumahan adalah keperluan asas manusia. Ramai orang sekarang ini tidak mampu membeli dan memiliki rumah terutama sekali kumpulan yang berpendapatan rendah kerana harga rumah sudah melambung tinggi.

SAPP berikrar kepada pemilik Sabah IC:
- untuk memenuhi matlamat satu keluarga satu rumah
• menubuhkan tabung pusingan berjumlah RM 300 juta untuk pembeli rumah pertama.
• mengadakan kempen rumah setinggan sifar .
• mengadakan perumahan percuma untuk miskin tegar.
• menawarkan premium yang lebih rendah untuk pemaju perumahan kos rendah.

iv. Pembelajaran
Pelajaran adalah satu-satunya keperluan penting untuk kemajuan sesebuah masyarakat dan pembentukkan insan yang seimbang dari segi kerohanian, fizikal dan minda.

Dibawah "SATU NEGERI DUA SYSTEM",
Kerajaan SAPP berikrar :
• Sabah akan membenarkan sekolah di Sabah untuk memilih amalan PPSMI (pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris)
• Untuk menyelesaikan masalah bersabit dengan perkhidmatan guru sandaran dan kekurangan guru disekolah-sekolah vanikular akan diatasi.
• Yayasan Sabah akan mempertingkatkan usahanya ke arah merapatkan jurang perbezaan sosial dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk pembinaan asrama diluar bandar terutama sekali di kampung-kampung terpencil.
• Untuk memberikan biasiswa, busari dan bantuan kewangan sebagai pendahuluan oleh kerajaan negeri dan juga Yayasan Sabah akan diagihkan secara adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia yang memegang IC Sabah berdasarkan kelayakan.
• Membantu penuntut-penuntut miskin dan memerlukan terutama dari kampung terpencil akan diberi bantuan kewangan oleh Yayasan Sabah.
• Komited dalam pembangunan pembelajaran Negeri dan akan memperuntukkan dana setiap tahun untuk semua sekolah-sekolah vanikular dan mission di Sabah.
• Sabah adalah sebuah negeri yang tinggi tahap "keciciran pelajar" di Malaysia. Dalam usaha untuk memberi peluang kedua kepada anak-anak muda ini, SAPP akan mengadakan program kelas malam dewasa yang komprehensif di seluruh negeri. Elaun akan diperkenalkan untuk menggalakkan pengajian sepanjang hayat untuk mengelakkan kaum belia terjebak dalam kancah yang tidak menguntungkan dan menggelakkan gejala buta huruf dan lingkungan kemiskinan.

v. Warisan Sabah
SAPP komited untuk menjaga dan mempertahankan kebudayaan semua kaum di Sabah berdasarkan keadilan dan kesaksamaan, di samping menghormati kebudayaan semua rakyat Malaysia.

Memandangkan kedudukan dan pengalaman istimewa Sabah, Kerajaan SAPP akan menubuhkan sebuah panel yang akan memastikan sejarah Sabah berada dalam perspektif yang betul.

2. AMANAH PROGRESIF KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH
SAPP bercadang untuk menubuhkan amanah kebajikan rakyat dinamakan AMANAH PROGRESIF RAKYAT SABAH (APRS). Sumber dana untuk tabung amanah ini akan disalurkan dari hasil minyak dan gas dan sumber-sumber lain.

Rakyat Malaysia yang sudah berumur 21 tahun, yang telah berdaftar sebagai pengundi dan bermastautin di Sabah serta memegang "IC Sabah" akan layak untuk menerima pembahagian wang tunai yang jumlahnya akan diputuskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

3. PERSEKITARAN MAMPAN
Secara Global Sabah terkenal dengan alam semulajadinya. Adalah amat penting kita menguruskan khazanah dan warisan semulajadi ini dengan secara mampan.

SAPP berikrar:
• Memastikan semua aktiviti pembalakan dan penanaman semula dijalankan dengan cara terkawal menurut kaedah antarabangsa berdasarkan International Tropical Timber Organisation ( ITTO)
• Mewujudkan satu sistem yang memberi penekanan terhadap sumber pengaliran tenaga.
• Menggalakkan budaya kitar semula dengan mengadakan sistem infrastuktur yang komprehensif dengan bantuan sistem operasi mesra penguna.
• Menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.




4. MEMPERKASAKAN KAUM BELIA
SAPP berazam untuk memperkasakan kedudukan kaum belia Malaysia di Sabah. Harapan dan inspirasi belia seharusnya didengar oleh pihak penggubal dasar hari ini. Dengan itu SAPP komited terhadap perkara perkara berikut:

  i. Program Motivasi dan Dayausaha Belia (PMDB)
Program proaktif ini akan menjadi sebahagian dari keutamaan usaha membasmi pengangguran dikalangan belia di Sabah demi memupuk disiplin, belia pelbagai kemahiran dan satu kuasa yang produktif.

ii. Sabah Youth Assembly (SYA)
Bermodalkan parlimen Belia United Kingdom, landasan ini menggalakkan orang-orang muda berusia antara 15-25 untuk memilih "Yang Berhormat Muda" (YBM) mereka. Kawasan yang diwakili adalah dalam struktur kawasan pilihanraya yang ada sekarang. Satu mekanisma akan diwujudkan untuk menggunakan keperluan modal insan yang terdapat dalam organisasi belia yang lain.
iii. Perkembangan Sukan
SAPP mengambil berat tentang pentingnya sukan dalam pembangunan Negara. Hingga kini SAPP akan menyokong perkembangan sukan dengan memberi perhatian terhadap dana tabung dan infrastuktur kesukanan dan memastikan semua kemudahan ini akan disalurkan kepada semua peringkat.

iv. Seni dan Kebudayaan Untuk Belia
Menyedari kemunculan generasi berbakat kreatif diSabah, Kerajaan SAPP akan memberi sokongan dan menyediakan dana yang secukupnya untuk perkembangan seni, kebudayaan dan sektor pembuatan perfileman yang begitu giat sekali di Sabah.

5. MEMPERKASAKAN KAUM WANITA
SAPP menyedari pentingnya kaum wanita sebagai satu sumber dan memperakui hak asasi wanita terhadap pelbagai peluang, keterbukaan kepada pelbagai sumber, penyertaan dalam proses membuat keputusan dan pendedahan terhadap kuasa. Sokongan padu diberikan kepada kaum wanita dalam apa juga bidang kemajuan masyarakat.

SAPP berikrar:
- akan berusaha untuk mempertingkatkan penyertaan kaum wanita
dalam bidang utama pembentukan dasar baik dalam kerajaan
atau pun dalam bidang politik.

- menggalakkan kaum wanita dalam penampilan dibidang
ekonomi di Luar Bandar dengan memfokuskan kepada apa
juga sumber yang ditawarkan.

- memastikan wanita sebagai ketua keluarga akan diberi
peluang mendapatkan bantuan perumahan dan kewangan.


6. PEMBANGUNAN ICT
Kerajaan SAPP akan melaksanakan satu program berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri dalam perkara penambahbaikan infrastuktur ICT dengan mengambil tindakan berikut:-

- menubuhkan infrastruktur informasi Pan Borneo.

- memberikan perkhidmatan internet percuma untuk semua
sekolah di Sabah.

- membina "Pusat E-Tuisyen" yang akan memberi perkhidmatan
tuisyen percuma untuk semua sekolah melalui perkhidmatan
internet.



7. PENUBUHAN SURUHANJAYA AKTIVITI PERJUDIAN
Rakyat Sabah membelanjakan RM 700 juta setiap tahun terhadap aktiviti perjudian berlesen. Ini telah mengakibatkan gejala sosial dan penjejasan ekonomi Sabah yang begitu serius.

SAPP berikrar untuk menubuhkan "SURUHANJAYA AKTIVITI PERJUDIAN" bertujuan untuk membasmi dan memantau aktiviti perjudian yang begitu rancak di Sabah.

Suruhanjaya aktiviti perjudian ini akan membuat kajian pemantauan dan mencadangkan kepada kerajaan Negeri dan Pusat tentang dasar dan penguatkuasaan yang diperlukan untuk melindungi ekonomi rakyat dari gejala kotor perjudian. Khidmat kaunseling akan ditawarkan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu penagih judi membuang tabiat buruk ini. Usaha khusus akan dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam mengenalpasti dan menghalang aktiviti perjudian internet.


8. KEPERLUAN TENAGA KERJA DAN PENDAPATAN SARA HIDUP
Pengeluaran produktif tenagakerja tempatan telah ketinggalan begitu jauh dibelakang dibandingkan dengan negeri dan kawasan lain. Ini disebabkan oleh kegagalan sistem pembelajaran, dasar tenagakerja dan struktur sosio-ekonomi kita sejak berdekad yang lalu.

SAPP percaya gaji minima untuk tenagakerja tempatan akan berhubungkait dengan pengeluaran produktiviti dan di atas tahap kemiskinan. Dengan itu, SAPP mempertahankan dasar pendapatan sarahidup. Kita juga memerlukan pekerja asing untuk memenuhi perkembangan ekonomi Sabah, akan tetapi ianya harus diberi perhatian dan pemantauan yang teliti.

Untuk mencapai perseimbangan ini, perundingan secara rapi dan ikhlas harus diadakan antara kerajaan, pertubuhan pekerja, persatuan majikan, konsultan bebas dan pakar perunding. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana cerah, mesra dagang ekonomi dimana tenagakerja akan dibayar secara adil disekitar suasana kerja yang lebih kondusif.
comments (8) | | Read More...

PANAS : Bajet Alternatif PR Bercanggah Dengan Buku Jingga...Penyokong PR Sabah Tatap Sukung???

Penulis : Tukang Carut on Friday, 12 October 2012 | 14:00

Friday, 12 October 2012

MEMANG SUDAH menjadi lumrah apabila pembangkang sentiasa mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan kepada Bajet yang dibentangkan. PR perlu mempertikai Bajet kerajaan pemerintah bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Perbezaan utama kedua-dua Bajet adalah:

Pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya, perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera. Kesan segera yang nyatakan sekali adalah untuk meraih undi dan membiarkan akibatnya kepada negara bagi kemudian hari menjadi barah.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Buku Jingga Bercanggah?

Percanggahan itu dipercayai melibatkan penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Laman suara PR memperakui percanggahan ini dan memberi alasan bahawa insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Akhirnya mereka akui pelbagaian langkah tidak akan laku segera tapi mengambil masa.


Percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan mereka berniat untuk membohongi dan mengelirukan rakyat. 

PR mewar-warkan Bajet mereka membolehkan rakyat mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM930 setiap bulan dari penjimatan-penjimatan harga kereta sebanyak RM70, penghapusan tol (RM50), peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Masalah dengan pemikiran pengurus ekonomi yang berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan adalah bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, bekerja sebagai guru yang mendapat elaun RM500 sebulan serta melalui jalan bertol. Majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.

Penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Katakanlah kerajaan PR mampu menunaikan semua janji ini, langkah ini semua akan meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.

Manakala perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan akan mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.-theunspinners.
comments | | Read More...

Kewangan Tidak Kukuh : SAPP Dan STAR Akan Minta Derma Dan Penderma Boleh Ramas Buah Dada??? Batul Ka itu?

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 11 October 2012 | 12:14

Thursday, 11 October 2012

DALAM MENGHARUNGI PRU-13 akan datang ini, parti  SAPP dan STAR sudah semestinya akan memerlukan modal yang besar untuk membiayai kempen politiknya itu. Persoalannya....adakah parti-parti berkenaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai kegiatan politiknya terutamanya merangkumi kesemua 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN di Sabah ini?

Kalau sudah begitu keadaannya, mungkin macam-macam taktik boleh dilakukan oleh SAPP dan STAR untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti politiknya itu. Apa yang lucunya ialah adakah SAPP dan STAR akan tergamak dengan meminta derma daripada orang ramai dan kemudian menawarkan penderma meramas buah dada ("siapa") sebagai tanda terima kasih? Kalau nak pegang buah dada banyak kali, kena menderma banyak kali.....batul ka itu? Hahaha.....peliklah kalau sudah tergamak begitu. Tapi tidak mustahil.

Perkara berkaitan dengan mengutip derma ini memang berlaku di negara Asia yang lain iaitu Jepun. Sebuah saluran televisyen porno di Jepun telah mengerahkan artis-artisnya membantu kempen anti AIDS. Dalam acara itu, artis-artis wanita menyediakan ruang dadanya untuk dipegang, diraba dan diramas oleh lelaki bermur 18 tahun ke atas dengan syarat mesti menderma.

Saluran televisyen berkenaan iaitu Paradise TV, telah membuat satu rancangan iaitu "Erotica Will Save the World", yang berlangsung pada 25-26 Ogos 2012 lalu di Tokyo bagi tujuan mengutip derma bagi membantu kempen AIDS. Peserta dikehendaki menderma wang, kemudian disuruh basuh tangan, baru diizinkan pegang sekitar kawasan dada salah seorang dari 10 artis yang disediakan itu, demikian menurut laman The Huffington Post. Masing-masing peserta berhak memegang dua kali apabila sudah menderma.

Jika mereka masih merasa tidak puas, nak ramas lagi, kenalah derma  semula. Seluruh dana yang dikumpulkan dalam acara itu diserahkan kepada STOP!AIDS, sebuah organisasi yang berfokus kepada cara pencegahan dan anti AIDS.

Melihat kepada keadaan ini, adakah SAPP dan STAR sanggup berbuat demikian? Kalau time pilihanraya disuruh buat begini, gerenti menang besar parti pembangkang di Sabah ni. Berebut-rebut pengundi lelaki mengundi parti pembangkang kemudian dapat memegang buah dada. Batul ka itu??? Hahahaha......jangan jak buah dada pondan la. LAIN KALILAH........!!!
comments (1) | | Read More...

Yong Teck Lee "Budak Hingusan" Suka Buat Kacau?

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 10 October 2012 | 13:25

Wednesday, 10 October 2012

SUATU KETIKA dahulu semasa Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010, kelibat Yong Teck Lee (YTL) telah menonjol apabila menjadi calon pembangkang mewakili parti SAPP menentang calon BN dan PKR. Apa yang menariknya di sini ialah YTL yang pada masa itu "bersahabat" dengan PKR telah berubah fikiran dan menentang "perjanjian" yang dibuat sesama mereka. Sesetengah pemimpin parti pembangkang melabelkan tindakan YTL adalah sebagai 'budak hingusan' yang tidak pandai berpolitik dan suka buat kacau.

Kesan daripada tindakan YTL, Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim melenting dan menghina serta menuduh YTL sebagai pengacau (spoiler) kepada perancangan yang mereka buat. Adakah YTL tiada maruah hingga sanggup diperlekeh-lekehkan oleh Wan Azizah seperti budak hingusan? Nahhhh.....INI KALILAH!!!

Jika kita teliti berkaitan dengan perkembangan Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin oleh YTL, SAPP adalah seperti parti 'pengacau' yang tidak mempunyai kawan dalam perjuangan pembangkang. SAPP diisytiharkan sebagai salah satu parti yang menganggotai United Borneo Front (UBF) tetapi apa yang ada pada UBF? Persoalan yang timbul juga adalah macam mana pula kerjasamanya dengan parti STAR? Ngam ka mereka itu?

Apa yang paling malang sekali bagi YTL dan SAPP ini ialah parti tersebut diperkecil-kecilkan dan dihina oleh Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu. Bagi DAP, SAPP adalah sebuah 'parti nyamuk', parti yang kerdil dan 'nonsense' termasuk presidennya sekali YTL. Menurut Hiew King Cheu lagi, Pakatan Rakyat dan DAP adalah parti Nasional yang handal berbanding SAPP. Wahhh....tajam sindiran itu dan amat memalukan YTL dan seluruh penyokong kuat SAPP di Sabah ini.....manala YTL mahu letak muka kalau begini. Buat "plastic surgery" ka? Hahaha....

Dalam mengharungi PRU-13 akan datang ini, ramai yang melihat YTL sebagai 'budak hingusan' darjah 1 kerana masih dalam dilema meraba-raba bagi mengukuhkan kekuatan parti SAPP. Walaupun YTL sudah lama berkecimpung dalam bidang politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, perjuangannya tidak menentu dan terumbang-ambing. Apa yang paling menarik sekali ialah YTL dan SAPP "DITINDAS" dan diperlekehkan oleh PKR dan DAP.....mungkin juga oleh STAR, Lajim dan Bumburing.

Melihat kepada keadaan ini, peluang YTL adalah amat tipis sekali dalam PRU-13 akan datang ini. Ada yang menjangkakan, kekalahan teruk YTL dalam PRU-13 akan datang ini akan menyebabkan SAPP akan terus terkubur dan mungkin akan dibubarkan. Naaaa......habislah YTL ini.
comments | | Read More...

Syok Sendiri : Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah Oleh Wilfred Bumburing Hambar

Penulis : Tukang Carut on Monday, 8 October 2012 | 11:17

Monday, 8 October 2012

MALANGNYA NASIB Datuk Wilfred Bumburing apabila pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di PAPAR pada 06 Oktober 2012 yang lepas di kg. Limputung, Papar hambar dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Walaupun 'promosi' telah dibuat awal berkaitan dengan perjumpaan tersebut tetapi masyarakat di sekitar Papar tidak mengendahkannya kerana masyarakat tidak menerima kehadiran Wilfred Bumburing dan APS di Papar.

Pihak penganjur perhimpunan tersebut mengatakan bahawa kehadiran masyarakat dalam perhimpunan tersebut adalah seramai 300 orang tetapi sebenarnya tidak sampai 300 orang. Kehadiran hanyalah sekitar 120 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar di Papar.

Apa yang menariknya semasa pelancaran APS di Papar pada 06 Oktober 2012 yang lepas ialah parti STAR pun membuat perjumpaan politik di tempat lain? Apa sudah jadi ini. Naaaa....tinguuu....macam tidak ngam STAR dengan APS kan??? Perang sesama sendiri tu....bertembung membuat acara politik untuk mendapat sokongan pengundi.

Hasil daripada pemerhatian dan sumber-sumber yang ada, kehadiran dalam perhimpunan APS tersebut "diramaikan" oleh penganjur yang datang dari luar Papar. Kehadiran rombongan mereka iaitu dari Tuaran dan Kota Kinabalu menampakkan bahawa itu adalah cara mereka untuk menunjukkan bahawa kehadiran masyarakat adalah ramai dalam majlis tersebut TETAPI rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Hasil daripada tinjauan yang dibuat juga, masyarakat kampung dan kawasan sekitar terkejut dengan kehadiran penganjur di kawasan berkenaan. Mereka menganggap bahawa ia adalah satu mainan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

Respon daripada penduduk setempat mengatakan bahawa mereka yang hadir ke majlis tersebut hanya untuk mendengar sahaja apa yang "di bawa" oleh Wilfred Bumburing ke kampung mereka. Tambah mereka lagi, tetamu dari luar yang datang mereka sambut sajalah.....lagipun majlis tersebut diatur oleh  Herman Mianus dan memaksa penduduk kampung untuk hadir ke majlis berkenaan. Bagi mereka, kehadiran mereka ke majlis tersebut tidak semestinya menyokong perjuangan APS dan parti pembangkang.

Apa yang lucu nya semasa majlis tersebut ialah bekas MP Beaufort iaitu Datuk Cleopas Ondu Majakil yang berumur 82 tahun mereka "angkat" khas dari Beaufort untuk mengaburi pengundi di kawasan berkenaan bagi menunjukkan bahawa perjuangan APS mendapat rahmat dari pemimpin politik veteran.... 82 tahun???? Hahaha....sia punya beliau yang berumur 84 tahun pun tidak sibuk sudah pasal politik. Bagus duduk-duduk rumah makan kuaci kan???

Yang PALING LUCUNYA lagi ialah....mana perginya Datuk Lajim Ukin dalam majlis tersebut??? Pelancaran APS tetapi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) tidak hadir sekali. Apa macam ini??? Apa itu APS dan PPS? Lajim Ukin copkan dirinya sebagai "KETUA PEMBANGKANG" di Sabah yang nak sangat jadi Ketua Menteri tu tetapi batang hidungnya pula tidak nampak??? Aiyaaa.....tse-tse orang cina bilang!!

Hahaha....kalau diikutkan, APS telah menceroboh kawasan PPS.....tak gitu??? Papar tu sebelah Beaufort jak tetapi kenapa APS yang datang jauhnya dari Tuaran mau buat pelancaran di Papar pulak??? ATAUPUN....errrrr......mungkin juga si Lajim tidak dapat masuk ke kawasan Papar kerana takut dan tidak disokong oleh pengundi di Papar??? Errr.....macam betul jak tu ye? Pasang angan-angan mahu jadi Ketua Menteri Sabah tetapi kawasan Parlimen Papar pun tidak boleh masuk....apa macam itu??? Lawak kan???

Kehadiran Wilfred Bumburing dalam majlis tersebut nampak sangat untuk memecah-belahkan sokongan dan perpaduan kaum di antara KDM serta  suku kaum yang lain di Papar. Beliau telah menekankan peranan kesatuan KDM dalam menumbangkan Barisan Nasional di PRU13 nanti. Persatuan KDM digunakan untuk menumbangkan kerajaan BN??? Aiyaaa taiko....apa macam itu??? Jangan gunakan persatuan la untuk tujuan politik. Kalau dah hebat sangat tu, sepatutnya lu boleh masuk semua kawasan tanpa menumpukan persatuan kaum untuk tujuan politik. Salah sudah itu taiko!!!

Kedatangan pemimpin pembangkang lain dalam majlis tersebut seperti Thamrin Hj. Jaini selaku Pengerusi PKR negeri, Datuk Kalakau Untol selaku Majlis Ahli Tertinggi PKR Pusat, Datuk Karim Ghani selaku Pengarah Strategik PKR Negeri, Datuk Hj. Yahya Lampong, Datuk Monggoh Orow dan Pengarah APS Datuk Herman Tiongsoh belum meyakinkan lagi masyarakat di Papar tentang perjuangan parti pembangkang. Bagi mereka, parti pembangkang hanya menabur janji-janji kosong sahaja tetapidan tidak boleh dipercayai.

Apapun....perjuangan APS atau PPS dan perjuangan parti pembangkang yang lain di Sabah ini lebih kepada untuk memenuhi agenda politik peribadi masing-masing. Pengundi yang bijak harus menilai tindakan mereka. Apa yang paling ketara sekali ialah parti pembangkang di Sabah ini nampak sangat berpecah-belah dan menjalankan aktiviti masing-masing untuk tujuan merebut monopili kuasa.

LAIN KALILAH!!!



comments (5) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger