RAMAI pemerhati
politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan
di Muktamar PAS Ke 58 baru-baru ini bersungguh-sungguh menyarankan supaya Abdul
Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan
pembangkang memenangi PRU 13.
Maka kembanglah
hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa
menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR
sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud
PAS.
Bagi yang celik
akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk
menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka
sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar
Ibrahim.
Namun bagi ahli dan
penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu
cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam
menempuh liku-liku PRU 13 kelak.
Selama ini umum
mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR
adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS
tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati
ramai.
Tambah menggelikan
hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di
Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP,
Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim
adalah calon muktamad PR sebagai PM.
"Anwar bakal
Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit
Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi
tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.
Tak perlu pemimpin
BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk
menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP
sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu
sendiri.
Hanya berselang
beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi
mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan
penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?
Betullah kata
beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK
Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi
sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.
Sebagaimana PAS tak
berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam
suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani
menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama
menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.
Akhirnya, PAS
sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat
layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah
nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.-pdtm
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment