DISAAT bakal mengharungi PRU-13 yang akan datang ini, parti-parti pembangkang di Sabah ini dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) adalah kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional. Kelemahan parti pembangkang yang berlaku di semenanjung setiap hari yang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet telah memberi kesan kepada kebolehpercayaan rakyat Sabah ini kepada PR.
Kenapa terjadi kepada kegagalan tersebut?? Ini adalah kerana PR di Sabah ini mencedok bulat-bulat acuan yang dibawa dari semenanjung. Hasil daripada cedokan yang bulat-bulat itu, kesannya ialah semua perancangan yang dibuat di semenanjung menjadi buntu untuk dilaksanakan di Sabah ini apabila pendedahan berkaitan PR diketahui umum.
Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung di semenanjung. Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam
lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan
mesyuarat dan perkara-perkara enteng.
Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan. Kalau diperhatikan juga, pembangkang tidak banyak menyebut dan tidak 'concern' berkaitan dengan perkara yang melibatkan Sabah. Ini bermaksud bahawa PR tidak mengendahkan suara pembangkang dari Sabah.
Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun
terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.
Anwar bertindak demikian kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif. Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.
Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.
Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah
dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal
dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.
Walau bagaimanapun, Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi
mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan
PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma,
mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Apa yang pasti ialah tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi sama ada dari dalam negara atau peringkat antarabangsa.
Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata. Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa
akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada
Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia
bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.
Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program
transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan
hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.
Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika
air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti
yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji
pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat. Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi
kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar
perjuangan dan ideologi.
Menyentuh berkaitan percaturan PR di Sabah ini. Mereka hanyalah menggunakan rakyat Sabah dan penyokong PR di Sabah ini untuk mencapai hasrat PR dan memenuhi agenda politik mereka yang kotor itu. Rakyat Sabah yang senang dibuli oleh PR ini tanpa berfikir panjang sedangkan bahawa janji manis yang ditawarkan oleh PR kepada negeri Sabah ini adalah bertujuan untuk dijadikan "gula-gula" kepada rakyat Sabah. AKhirnya rakyat di Sabah ini akan merana akibat daripada percaturan tersebut.
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment