KEGAGALAN Ketua Parti Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan
persetujuan sekutunya iaitu DAP dan PAS menyebabkan mereka sehingga kini
gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan sejak
Pilihan Raya Umum 2008.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan itu
membuktikan pakatan pembangkang yang wujud tanpa sebarang perjanjian
rasmi dan bertulis tidak akan mampu mentadbir negara dengan berkesan.
Katanya, ketidakmampuan pembangkang yang diketuai Anwar daripada Parti
Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS itu disebabkan para pemimpin setiap
parti berkenaan bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri atau
sekurang-kurangnya memegang portfolio penting dalam kerajaan.
"Kita harus ingat, pakatan pembangkang bukan 'coalition', tapi perjanjian
secara tak bertulis untuk lawan Barisan Nasional (BN), mereka tiada
perancangan masa depan, sebab itu sukar untuk pilih pemimpin kerana
masing-masing mahu jadi pemimpin.
"Anwar ingat beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada
cita-cita besar, DAP pun teringin juga," katanya kepada wartawan
Malaysia selepas menyampaikan syarahan bertajuk Cerminan Pengalaman
Pembangunan Malaysia pada 3 November 2012 yang lepas di Sudan.
Beliau yang berada selama tiga hari di Sudan sejak 2 November 2012 dijemput khas
kerajaan Sudan bagi menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan
Malaysia-Sudan (Masutif) yang julung kali dianjurkan serta menyaksikan
beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat
dari kedua-dua negara ditandatangani.
Dr Mahathir mengulas keengganan Anwar mengumumkan senarai Kabinet
bayangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun berjanji
berbuat demikian sejak 2008.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga mencabar
Anwar menyenaraikan senarai Kabinet bayangan tersebut dan kegagalan
berbuat demikian membuktikan mereka tidak mampu mentadbir negara.
Dr Mahathir menambah, rakyat perlu memandang serius kegagalan
pembangkang tersebut kerana pembangkang jelas tidak mempunyai
perancangan membangunkan negara. Menurut beliau, pembangkang juga gagal menjaga kepentingan rakyat dan
keadaan itu berbeza dengan kemantapan kerjasama dalam BN yang telah
memerintah selama 55 tahun.
Menyentuh berkaitan kegagalan tersebut juga, persoalannya adalah adakah Lajim Ukin Dan Wilfred Bumburing bakal tersenarai dalam Kabinet Bayangan PR? Tepuk dada, tanya selera. - drmim
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment