Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

PAS Sedang Di Landa Tsunami...Boleh Masuk Pawagam Ni!!!

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 21 December 2011 | 13:58

Wednesday, 21 December 2011

Hahahaha......bila kita tgok Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam pada 20 Disember 2011 yang lepas, macam budak2 pulak perangai kepimpinan PAS ni ye. Macam mana mau perintah negara kalau ahli-ahli parti PAS sesama sendiri bercakaran. Nak kata budak2, umur sudah tua......tapi boleh dikatakan tidak waras. Kcian delo......huhuhu......

Tapi seronok juga bila tgok mereka ni bercakaran sesama sendiri. Klu kita letak mereka dalam gelanggang boxing, sronok tgok ni. Klu tak pun, mgkin dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega......buat lawak politik. Hihihi........

Memang hangat la klu kita lihat sekarang ni....hangat....memang hangat...Ambil kira kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, nampaknya apa yang berlaku kepada Datuk Dr Hasan Ali dan kemudiannya Nasaruddin Mat Isa yang membelanya...jelas parti itu sudah hampir ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan mereka.

Ekoran daripada itu, ramai di kalangan ahli parti itu sendiri yang macam tidak percaya dengar kenyataan beliau hentam secara terbuka kedua-dua mereka termasuk dakwa terperangkap dalam agenda UMNO.
Ia dihangatkan lagi dengan pendedahan Mustapha bahawa Dr Hasan, bekas Persuruhjaya PAS Selangor dan Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden PAS jarang hadir mesyuarat parti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tumpang semangkuk macam tidak sabar-sabar mahu melihat Dr Hasan lenyap dengan kenyataan terbuka ‘mempersilakan' Exco Kerajaan Negeri Selangor itu keluar parti atas alasan hak negara demokrasi.
Rupanya kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang menyatakan ADUN Gombak Setia itu tidak cukup pencalonan dan tidak layak bertanding dalam PRU ke 13 telah membuka mata semua orang pada perang dingin yang serius PAS.
Apa lagi PAS.......BUBAR ja la.............jangan pasang angan2 mahu memerintah negara.
oleh :
kitahuman
comments (1) | | Read More...

PAS LANCAR DOKUMEN NEGARA BERKEBAJIKAN DI SABAH......KARUT LAH PAS NI

Umpama mimpi di siang hari la PAS ni. Mereka ingat negara kita ni tiada kebajikan ka? 10 agenda utama dalam buku PAS tu sdh lapok sebenarnya. 

Kalau lah kerajaan tidak jaga kebajikan rakyatnya dengan baik, kita jadikan contoh.....kita percaya Salahuddin Ayub sekarang ni mungkin menjadi "pencacai angkat najis". Kenapa? sebab kebajikannya suatu ketika dahulu tidak dijaga. Nahhhh.....apa jadi pada dia skrg ni? Hasil daripada bantuan kerajaan sjak dia dari kecil la dia hidup dengan aman dan mempunyai pelajaran sekarang ni.....bila dah besar, pandai menderhaka la pulak.....begitu juga ahli2 PAS yang lain. Macam tidak pandai bersyukur la mereka ni.....apa lagi ahli2 PAS yang lain.


PAS dh hbis modal rasanya tu.........

Buku PAS setebal 59 muka surat itu yang mengandungi tujuh bahagian sebenarnya nak mengaburi mata rakyat......dah la tau tau malu....mereka anggap agenda tu sebagai permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.....aiyaaaa.......kolot betul la PAS ni.



oleh :

kitahuman
comments | | Read More...

PKR Sabah Memang Lemah : Ismaily Bungsu

Penulis : Tukang Carut on Monday, 7 November 2011 | 09:49

Monday, 7 November 2011

"SAYA perhatikan PKR Sabah lemah. Lunglai dan tak bermaya. Ini harus diakui hakikat nyata. PKR Sabah tidak bersistematik dan cukup mengecewakan. Rebut2 mahu jadi calon dan ingat rezeki datang dari langit?

...Cabang di Sabah ini terlalu lemah dan lemah sangat....entah hidup entah mati."

Petikan dari komen :
ISMAILY BUNGSU

About Ismaily Bungsu :
Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah/Ketua Penerangan PKR Sabah


Terima kasih Tuan Ismaily Bungsu kerana dedahkan kelemahan PKR Sabah. Memang ramai orang tahu Tuan adalah orang kuat PKR di Sabah. Sumbangan tuan dalam memaklumkan kepada rakyat umum/pembaca dan menyatakan PKR Sabah adalah lemah memang sangat disukai. Kenapa? Sebab...rakyat tidak mahu sebenarnya mendengar pembohongan yang dibawa oleh PKR di Sabah.

PKR di Sabah ni bukannya kuat sangatpun. Mahu 'kacau daun' jak, mau pecah-belahkan rakyat Sabah. Bagus lah kalau PKR ni berambus dari tanah Sabah. 

Teruskan usaha anda Tuan Ismaily Bungsu. Baliklah ke jalan asal, jangan nak pengaruhi rakyat sendiri supaya menyokong PKR lagi. Kalau boleh, biarlah Tuan jadi "musuh dalam selimut" dalam PKR Sabah dan secara keseluruhannya dalam PKR Malaysia.


oleh :
kitahuman
comments (3) | | Read More...

Pakatan Rakyat : 1 Pakatan Menipu Rakyat

Penulis : Tukang Carut on Wednesday, 26 October 2011 | 12:54

Wednesday, 26 October 2011

SENANGNYA PAKATAN RAKYAT BERJANJI KEPADA RAKYAT.....Janji Gila!!!


Nak buat janji senang sahaja....siapa yang tidak kenal sama Pakatan Rakyat. Tukang putar belit, kaki kelentong....Habis rakyat disesatkan..... apatah lagi dengan penyokong fanatik PR yang walaupun PR tidak tunai janji, akan tetap sokong buta tuli.

Pada hakikatnya, tiada siapa yang akan tercabar dengan janji-janji tersebut malah hampir semua pemimpin dan penyokong BN yang membaca janji-janji PR akan mengeleng-geleng kepala apabila mendengarnya.....dan mungkin ada yang akan ketawa tidak kering gusi kerana malas mahu melayan orang-orang PKR yang membuat janji-janji gila. Hahaha.....

Antara beberapa janji PR sekiranya menjadi kerajaan pusat ialah :

• Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

• Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

• Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;

• Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

• Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;

Dan macam-macam lagi janji yang lain la......

Tidak perlulah kita ulas satu persatu janji-janji tersebut di sini kerana kebanyakannya telah pun dibincangkan dari segi logik dan praktikalnya oleh pemimpin BN di dalam media perdana.

Melihat dari gelagat pemimpin PR yang umpama beruk sarkas dengan mentaliti yang juga sama dengan binatang itu yang tidak mampu berfikir, sudah cukup untuk kita buat kesimpulan yang PR tidak berupaya langsung untuk menunaikan janji mereka.  Jangan pula kita terkejut jika mereka tidak berniat pun untuk menunaikan janji-janji tersebut.

Segala janji PR itu hanyalah janji politik, janji pilihan raya atau janji undi semata-mata.

Satu-satunya yang boleh dijanjikan akan berlaku dalam masa 100 hari pemerintahan PR, sekiranya mereka berjaya mendapat mandat menjadi kerajaan ialah HURU-HARA!!! 


: kitahuman


comments (1) | | Read More...

"Buku Jingga" : Satu Sandiwara Baru Pakatan Rakyat

Penulis : Tukang Carut on Friday, 14 October 2011 | 23:06

Friday, 14 October 2011



Aiyaaa.......macam-macam sandiwara Pakatan Rakyat untuk mengaburi mata dan pemikiran rakyat.


Pelan A gagal, muncul pulak dengan pelan B. Pelan B gagal, datang pembaharuan dengan pelan C. Pelan C kantoi, muncul pulak dengan pelan D. Begitulah seterusnya.....


Pelan-pelan yang lain gagal, muncul pulak dengan "Buku Jingga". 


Wahai Pakatan Rakyat, kamu semua sebenarnya bertujuan untuk memecah belahkan rakyat. Tuduhan kamu dalam "Buku Jingga" tu sebenarnya sengaja untuk menarik sokongan rakyat. Janganlah bermimpi untuk memerintah negara. Kamu tu dari 3 parti yang berlainan dan berbeza pegangan. Jangan anggap dengan penubuhan Pakatan Rakyat seolah-olah kekuatan kamu adalah "Perfect". Pakatan Rakyat sebenarnya satu pakatan yang rapuh.


Pakatan Rakyat.....lebih baik kamu lupakan hasrat untuk memerintah negara. Buang je "Buku Jingga" tu ke dalam sungai sebab itu adalah "dakyah jahat" dan sandiwara kamu untuk memecah-belahkan rakyat.




by : kitahuman
comments (4) | | Read More...

Penduduk Melalap Tenom...Jangan Terpedaya Dengan PKR

Ranting PKR di Tenom berkempen untuk mempengaruhi penduduk di kawasan Melalap supaya menyokong PKR dan membenci BN.


Apa macam tu???


Dengan mempengaruhi penduduk kampung di Melalap, Tenom supaya membenci BN dan mengundi PKR satu tindakan yang bijak???


Wahai penduduk di Melalap Tenom, jika anda keluar dari BN dan sudah mendaftar untuk menjadi ahli PKR, anda semua sebenarnya sudah mengambil langkah yang salah. PKR tu suka melaga-lagakan kamu semua supaya membenci BN. INGATLAH...anda semua tidak akan dapat kemana jika anda menyokong PKR. Adakah dengan undi anda semua yang menentang BN akan dapat mempengaruhi nasib penduduk kampung di sana? Jawapannya adalah TIDAK!!! Kamu semua sebenarnya dijadikan ALAT untuk menunaikan cita-cita PKR. PKR sebenarnya nak memecah-belahkan kamu semua. Akhirnya.....kamu semua akan ketinggalan dalam arus pembangunan yang di bawa oleh BN jika Melalap dikuasai oleh PKR.


PERSOALANNYA.....Adakah jika kawasan Melalap dimenangi oleh PKR dalam PRU ke-13 akan datang akan dapat menentukan pemerintahan negara? Jawapannya adalah TIDAK!!! Kemenangan tersebut sebenarnya akan membawa anda semua ke zaman kemunduran. Rakyat di tempat lain masih menyokong BN kerana inginkan pembangunan yang berterusan. Tetapi anda menyokong PKR yang sudah semestinya tidak akan dapat memberikan pembangunan kerana tiada sumber kewangan untuk membangunkan kawasan Melalap.


 Cita-cita PKR yang dipimpin ANWAR IBRAHIM sebenarnya "mimpi kosong" semata-mata. Kalaulah betul Anwar Ibrahim tu nak membela nasib rakyat, kenapa sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sewaktu ketika dahulu tidak menunaikan janjinya??? KENAPA baru sekarang dia nak membela nasib rakyat??? PKR sebenarnya menggunakan penduduk Melalap sebagai alat untuk menunaikan cita-cita peribadi Anwar Ibrahim.


INGATLAH wahai penduduk Melalap......tersilap langkah buruk padahnya. Bangsa kamu akan terus mundur jika menyokong PKR.


Jika anda sudah keluar dari BN dan telah mengisi borang untuk menyertai PKR, adalah lebih baik anda berfikir dengan semasak-masaknya. Tarik balik tindakan anda supaya anda semua tidak dijadikan sebagai alat oleh PKR.






by : kitahuman
comments (1) | | Read More...

KONSEP 1MALAYSIA

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 13 October 2011 | 09:26

Thursday, 13 October 2011



Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan
berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan
kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama”.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan
kesimpulan berikut :

• Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara
dan pemimpin memainkan peranan masingmasing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat
daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir
melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka
juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi
tembok kepentingan etnik dan kaum.

 
• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak
wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya
sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya
membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara
yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka
perlu melakukan perkara yang sama.

 
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan
berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus
dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.
Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak
rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.

 • Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep
1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak
kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam
bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan
negara melayani kehendak dan keperluan setiap
etnik melalui wakil kaum masing-masing.

 
• Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri
mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
comments (1) | | Read More...

BELANJAWAN 2012


 
PECAHAN BAJET 2012 

Perbelanjaan Operasi

1. RM52 bilion untuk Emolumen.
2. RM30.5 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
3. RM96.5 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
4. RM1.1 bilion untuk Pembelian Aset.
5. RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
Jumlah perbelanjaan operasi: RM181.6 bilion.

Perbelanjaan Pembangunan

1. RM29.8 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
2. RM13.6 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
3. RM4.4 bilion bagi sektor keselamatan.
4. RM1.4 bilion bagi pentadbiran am.
5. RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.
Jumlah perbelanjaan pembangunan RM51.2 bilion.
JUMLAH KESELURUHAN BAJET 2012 : RM232.8 bilion.

Intipati Bajet 2012

1. Peruntukan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan; lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2. Pengecualian 100% duti import dan duti eksais untuk kereta hybrid.
3. RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah; RM500 juta sekolah kebangsaan dan masing-masing RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
4. “Durian Runtuh” untuk peneroka Felda (jumlah akan diumumkan kemudian).
5. Peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
6. Memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan, termasuk bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.
7. Umur bersara wajib penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun bagi pesara.
9. Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.
10. Peruntukan RM200 juta untuk perbelanjaan pembangunan polis.
11. Pemberian RM3,000 secara “one off” kepada keluarga, duda dan balu anggota tentera.
12. Memberi subsidi RM0.60 untuk setiap kilogram beras super tempatan, RM0.20 untuk setiap kilogram gula, RM2.25 untuk setiap kilogram minyak masak dan RM0.55 untuk setiap kilogram tepung.
13. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
14. Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
15. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
16. Bagi pemandu teksi; pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik, cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian dimansuhkan dan pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun manakala RM1,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 10 tahun.
17. Menyediakan pusat khidmat sosial sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
18. Menaikkan caruman KWSP majikan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
19. Peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda, dari RM120 juta kepada RM300 juta.
20. Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, dengan bayaran minimum RM 500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
21. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
22. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (sehingga tingkatan lima).
23. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA/IPTS tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
24. Melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor.
comments (2) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger