Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Syok Sendiri : Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah Oleh Wilfred Bumburing Hambar

Syok Sendiri : Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah Oleh Wilfred Bumburing Hambar

Penulis : Tukang Carut on Monday, 8 October 2012 | 11:17

MALANGNYA NASIB Datuk Wilfred Bumburing apabila pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di PAPAR pada 06 Oktober 2012 yang lepas di kg. Limputung, Papar hambar dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Walaupun 'promosi' telah dibuat awal berkaitan dengan perjumpaan tersebut tetapi masyarakat di sekitar Papar tidak mengendahkannya kerana masyarakat tidak menerima kehadiran Wilfred Bumburing dan APS di Papar.

Pihak penganjur perhimpunan tersebut mengatakan bahawa kehadiran masyarakat dalam perhimpunan tersebut adalah seramai 300 orang tetapi sebenarnya tidak sampai 300 orang. Kehadiran hanyalah sekitar 120 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar di Papar.

Apa yang menariknya semasa pelancaran APS di Papar pada 06 Oktober 2012 yang lepas ialah parti STAR pun membuat perjumpaan politik di tempat lain? Apa sudah jadi ini. Naaaa....tinguuu....macam tidak ngam STAR dengan APS kan??? Perang sesama sendiri tu....bertembung membuat acara politik untuk mendapat sokongan pengundi.

Hasil daripada pemerhatian dan sumber-sumber yang ada, kehadiran dalam perhimpunan APS tersebut "diramaikan" oleh penganjur yang datang dari luar Papar. Kehadiran rombongan mereka iaitu dari Tuaran dan Kota Kinabalu menampakkan bahawa itu adalah cara mereka untuk menunjukkan bahawa kehadiran masyarakat adalah ramai dalam majlis tersebut TETAPI rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Hasil daripada tinjauan yang dibuat juga, masyarakat kampung dan kawasan sekitar terkejut dengan kehadiran penganjur di kawasan berkenaan. Mereka menganggap bahawa ia adalah satu mainan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

Respon daripada penduduk setempat mengatakan bahawa mereka yang hadir ke majlis tersebut hanya untuk mendengar sahaja apa yang "di bawa" oleh Wilfred Bumburing ke kampung mereka. Tambah mereka lagi, tetamu dari luar yang datang mereka sambut sajalah.....lagipun majlis tersebut diatur oleh  Herman Mianus dan memaksa penduduk kampung untuk hadir ke majlis berkenaan. Bagi mereka, kehadiran mereka ke majlis tersebut tidak semestinya menyokong perjuangan APS dan parti pembangkang.

Apa yang lucu nya semasa majlis tersebut ialah bekas MP Beaufort iaitu Datuk Cleopas Ondu Majakil yang berumur 82 tahun mereka "angkat" khas dari Beaufort untuk mengaburi pengundi di kawasan berkenaan bagi menunjukkan bahawa perjuangan APS mendapat rahmat dari pemimpin politik veteran.... 82 tahun???? Hahaha....sia punya beliau yang berumur 84 tahun pun tidak sibuk sudah pasal politik. Bagus duduk-duduk rumah makan kuaci kan???

Yang PALING LUCUNYA lagi ialah....mana perginya Datuk Lajim Ukin dalam majlis tersebut??? Pelancaran APS tetapi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) tidak hadir sekali. Apa macam ini??? Apa itu APS dan PPS? Lajim Ukin copkan dirinya sebagai "KETUA PEMBANGKANG" di Sabah yang nak sangat jadi Ketua Menteri tu tetapi batang hidungnya pula tidak nampak??? Aiyaaa.....tse-tse orang cina bilang!!

Hahaha....kalau diikutkan, APS telah menceroboh kawasan PPS.....tak gitu??? Papar tu sebelah Beaufort jak tetapi kenapa APS yang datang jauhnya dari Tuaran mau buat pelancaran di Papar pulak??? ATAUPUN....errrrr......mungkin juga si Lajim tidak dapat masuk ke kawasan Papar kerana takut dan tidak disokong oleh pengundi di Papar??? Errr.....macam betul jak tu ye? Pasang angan-angan mahu jadi Ketua Menteri Sabah tetapi kawasan Parlimen Papar pun tidak boleh masuk....apa macam itu??? Lawak kan???

Kehadiran Wilfred Bumburing dalam majlis tersebut nampak sangat untuk memecah-belahkan sokongan dan perpaduan kaum di antara KDM serta  suku kaum yang lain di Papar. Beliau telah menekankan peranan kesatuan KDM dalam menumbangkan Barisan Nasional di PRU13 nanti. Persatuan KDM digunakan untuk menumbangkan kerajaan BN??? Aiyaaa taiko....apa macam itu??? Jangan gunakan persatuan la untuk tujuan politik. Kalau dah hebat sangat tu, sepatutnya lu boleh masuk semua kawasan tanpa menumpukan persatuan kaum untuk tujuan politik. Salah sudah itu taiko!!!

Kedatangan pemimpin pembangkang lain dalam majlis tersebut seperti Thamrin Hj. Jaini selaku Pengerusi PKR negeri, Datuk Kalakau Untol selaku Majlis Ahli Tertinggi PKR Pusat, Datuk Karim Ghani selaku Pengarah Strategik PKR Negeri, Datuk Hj. Yahya Lampong, Datuk Monggoh Orow dan Pengarah APS Datuk Herman Tiongsoh belum meyakinkan lagi masyarakat di Papar tentang perjuangan parti pembangkang. Bagi mereka, parti pembangkang hanya menabur janji-janji kosong sahaja tetapidan tidak boleh dipercayai.

Apapun....perjuangan APS atau PPS dan perjuangan parti pembangkang yang lain di Sabah ini lebih kepada untuk memenuhi agenda politik peribadi masing-masing. Pengundi yang bijak harus menilai tindakan mereka. Apa yang paling ketara sekali ialah parti pembangkang di Sabah ini nampak sangat berpecah-belah dan menjalankan aktiviti masing-masing untuk tujuan merebut monopili kuasa.

LAIN KALILAH!!!



Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
18 October 2012 at 13:59

sabar dulu belum mengundi belu tahu baaaa...suru si najib bubar cepat cepat,baru kita tahu pembankang di sabah macam mana.mana boleh ko cakap macam tu tunggu bubar ba kalah/menang puas hati sudah.aaah itu jawapan nya bussssss orang sabah ba ini suka tukar tukar ko lupakah sejarah sabah.

Anonymous
21 October 2012 at 00:18

orang yang bijak itu ialah menyokong bn tapi mengundi pembangkang.....faham


Anonymous
28 December 2012 at 01:09

Kalau rating blog begini murah saja bayaran dia nie... kasian.kalau PKR menang nanti dia lagi surung surung muka minta makan... hahahhahaha

Anonymous
31 January 2013 at 12:15


Kita suda sedar laa.. Umno tu kepala gabungan BN. semua komponennya tdk dpt cakap apa-apa. cakap ckt ja dah kena picit balabak. camna nak majukan org sabah. org umno ja yg kaya.. pa lagi TUKAR la broo...INI KALILAH..

Anonymous
31 January 2013 at 12:16


Jangan cakap sembarang laa.. tunggu PRU 13.. tetap tumbang punya..

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger