Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Watikah Dan Senarai Calon Sudah Ada...Pengumuman Bakal Tiba

Watikah Dan Senarai Calon Sudah Ada...Pengumuman Bakal Tiba

Penulis : Unknown on Monday, 15 April 2013 | 17:34

MENJELANG PRU-13 akan datang ini, BARISAN NASIONAL (BN) akan menampilkan 33% muka baru di kerusi Parlimen manakala 49% di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik mStar sebagai berkata calon yang tersenarai adalah mereka yang dapat memenuhi akujanji yang terdapat dalam manifesto BN.

"Senarai calon BN ini pada hemat saya adalah barisan terbaik yang mampu kita sediakan untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

"Pemilihan calon kali ini telah melalui proses yang panjang kerana banyak rundingan dengan parti kompenan dan pengerusi BN negeri," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen BN dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri di Menara Dato Onn di sini pada Isnin (15 April 2013).

Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman calon-calon itu sama ada pada Isnin atau Selasa ini.

Sementara itu, semua mata kini tertumpu kepada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan serentak di 14 negeri pada Selasa di mana perhatian lebih diberikan kepada calon di Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.
 
Menurut sumber, kira-kira 300 calon BN pada pilihan raya umum 2008 akan digugurkan kali ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menyerahkan surat tauliah calon parti itu kepada Pengarah Pilihan Raya BN negeri dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Pengarah setiap negeri kemudiannya akan menyerahkan surat tersebut kepada calon-calon untuk kerusi Parlimen dan DUN di negeri masing-masing. - sumber

Share this article :

+ comments + 1 comments

16 April 2013 at 19:28

mungkin BN patut juga letakkan kualifikasi (tahap apa, dari mana, tahun bila) setiap calon parlimen dan DUN untuk dinilai oleh rakyat dan dapat dibandingkan dengan calon2 pembangkang. kalau ada di antara mereka ada ijazah beli atau ijazah palsu boleh lah kita tafsirkan sendiri apa mereka boleh buat. tak guna @najibrazak gave us the percentage but in actuality those are bunch of rotten asses!!! or there may be wannabes with grand ulterior motives and vested interests instead of winnables. i personally do not want to be pecacai UMNO/BN no more. yup, SAYONARA.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger