Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » DSP Pairin Kitingan Pemimpin Yang Berhati Mulia

DSP Pairin Kitingan Pemimpin Yang Berhati Mulia

Penulis : Unknown on Wednesday, 17 April 2013 | 09:53

DATUK SERI PANGLIMA (DSP) Pairin Kitingan merupakan Pemimpin Utama dan 'Huguan Siou' masyarakat KDM di Sabah, malah pernah memimpin Kerajaan Negeri Sabah bermula tahun 1985-1994.

Pada suatu ketika dahulu, satu kejutan politik yang berlaku di negeri Sabah yang tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini ialah semasa DSP Pairin membuat tindakan Drastik keluar dari BN beberapa hari sebelum hari pengundian pada tahun 1990.

Hasil daripada keputusan pilihanraya pada tahun tersebut menyaksikan PBS berjaya memenangi 14 Kerusi Parlimen dan baki 6 kerusi dimenangi oleh parti USNO. Kemenangan tersebut menyaksikan PBS telah menjadi parti pemerintah di negeri Sabah.
Berikutan daripada pergolakan politik semasa yang berlaku dalam arena politik negeri Sabah termasuk parti PBS, pada 23 Januari 2002, DSP Pairin telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan BN. Ramai yang tidak mengetahui bahawa DSP Pairin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia.
Walaupun DSP Pairin menikam BN dan Tun Dr. Mahathir dari belakang (1990), tetapi sepanjang pertemuan itu (2002), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi layanan 'First Class' yang menyentuh hati DSP Pairin.
Tun Dr. Mahathir tidak sekalipun mengungkit perbuatan DSP Pairin, malah sehabis pertemuan itu, Tun Dr. Mahathir mengiringi DSP Pairin sampai ke pintu luar pejabat Perdana Menteri.

Perkara tersebut menyebabkan DSP Pairin menitirkan air mata. DSP Pairin tidak menyangka betapa mulianya hati dan budi pekerti Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika dibandingkan dengan tindakannya yang terdahulu 'menikam' BN dari belakang.
Keputusan DSP Pairin yang keluar dari BN pada tahun 1990 itu bukanlah keputusan peribadi beliau. DSP Pairin tidak melakukan keputusan “one man gang” tetapi ianya adalah keputusan Ahli Majlis Tertinggi PBS pada malam itu di Seri Gaya, di mana sebagai Presiden, DSP Pairin memegang keputusan secara konsensus. Bukannya kuasa veto.
Hari ini, DSP Pairin menerima penghormatan yang tinggi di dalam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, juga sangat dihormati dalam Barisan Nasional dan di kawasan Parlimen.
Walaupun pada masa sekarang DSP Pairin hanya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sedangkan beliau pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, namun sifat “negarawan” beliau terserlah di peringkat negeri dan nasional.
"Apa yang menarik sekali berkaitan dengan DSP Pairin Kitingan ialah beliau dalam mana-mana ucapannya tidak akan cuba memalukan seteru politiknya, tidak akan menghina orang lain, tidak bersifat pendendam walaupun dikutuk habis-habisan".....

GO Datuk Pairin GO !!!! Kerusi P180 Keningau tatap dalam genggaman Datuk!!!

 - sumber
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger