Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Ansari Diperbodohkan Macam "Anjing"...Ditolak Ke Dalam "Najis" PKR

Ansari Diperbodohkan Macam "Anjing"...Ditolak Ke Dalam "Najis" PKR

Penulis : Unknown on Monday 22 April 2013 | 16:39

ANSARI ABDULLAH seorang pemimpin PKR yang berpengaruh di Sabah telah diperbodohkan macam "anjing" oleh tuannya dan ditolak ke dalam "najis" seolah-olah beliau adalah pemimpin buangan PKR dan khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Rentetan daripada keputusan penamaan calon pada 20 April yang lepas yang mana memperlihatkan namanya tidak dicalonkan untuk bertanding bagi mana-mana kerusi DUN atau Parlimen di Sabah, ini jelas memperlihatkan bahawa perjuangannya bersama PKR sudah diketepikan.

Walau diperlakukan sebegitu, niat Ansari untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya agak berbaloi apabila anaknya iaitu Erveana Ansari turut sama bertanding merebut kerusi P.170 Tuaran sebagai calon BEBAS. Tindakan Erveana Ansari tersebut bukan hanya mewakili niat ayahnya Ansari Abdullah tetapi juga mewakili niatnya sendiri termasuk penyokong setia Ansari Abdullah.
 
Erveana Ansari, seorang peguam yang juga Ketua Pemuda PKR (AMK) turut marah dengan senario tersebut dan bertanding dalam usaha untuk mengajar "tuannya" yang memperlakukan ayahnya seperti "anjing yang dibuang ke dalam najis"
Ansari pula tidak mau bertanding atas tiket calon BEBAS sebab mahu menjaga hati pengikut PKR yang lain dan persetujuan meletakkan anaknya sebagai calon adalah tindakan protes Ansari sendiri.

Sebagai pemimpin PKR yang disegani di kalangan penyokong PKR di Sabah, penyokong Ansari turut menyuarakan protes. Maka oleh sebab itulah ramai dikalangan penyokong setia Ansari terutamanya di N.10 Sulaman telah keluar parti dan masuk BN.
 
Pada masa sekarang, perpecahan dalam parti PKR telah berlaku di setiap DUN dan Parlimen Tuaran akibat calon yang bertanding tidak disukai oleh ahli-ahli PKR sendiri. Ini telah menyebabkan penyokong PKR sendiri telah ramai menurunkan bendera PKR sebagai tanda protes.

Jika dilihat, walaupun Ansari tidak pernah menang dalam mana-mana PRU, pada PRU 2004 dahulu, Ansari telah memperoleh 8,555 undi walaupun tewas kepada pencabar beliau ketika itu, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu pula dalam PRU 2008, sokongan terhadap beliau semakin meningkat apabila berjaya mendapat undi sebanyak 11,023 walaupun tewas kepada Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang ketika itu merupakan calon BN. Persoalannya sekarang adakah DSP Wilfred Bumburing sebagai calon PKR akan mengekalkan kemenangannya seperti mana beliau menjadi calon BN dalam PRU 2008 yang lepas??? Jawapannya semuanya ada pada Ansari....hihihi.....

Dalam PRU-13 ini, DSP Wilfred Bumburing turut bertanding di kerusi DUN N.09 Tamparuli yang mana menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang tamak. Bagi Anwar DSP Wilfred Bumburing adalah "winnable candidate" tetapi tidak sebenarnya kerana ia telah menyebabkan perpecahan dalam PKR yang menyumbang kepada kekalahan PKR.


Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
23 April 2013 at 10:34

ansari boleh bertanding di sulaman dan kiulu kerana beliaulah yg menghantar dan menyokong calon terbabit tapi knapa beliau tidak mahu? kenapa harus bertanding di majoriti kdm,kenapa tidak letakkan nama di sulaman yg majoriti bajau

Anonymous
2 May 2013 at 01:34

Cian kuda tua ni...bangas sudah..tiada keperluan untuk bertanding!! Syabas kepimpinan PKR!! Tolak Ansari!!!

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger