Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » SPR Sabah keluarkan 621 borang pencalonan

SPR Sabah keluarkan 621 borang pencalonan

Penulis : Unknown on Thursday 11 April 2013 | 19:42

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) Sabah setakat 10 April kelmarin sudah mengeluarkan 621 borang pencalonan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengarah (Operasi) Pilihan Raya negeri Abdul Manap Ali Omar berkata daripada jumlah itu, 188 borang dikeluarkan untuk Parlimen dan 433 borang untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).
  
"Wakil setiap parti yang ingin bertanding pada pilihan raya umum di negeri ini mulai mengambil borang di pejabat kami sejak 4 April lalu iaitu sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan," katanya.
  
Abdul Manap berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan writ kepada 26 pegawai pengurus PRU13 Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Pejabat Pilihan Raya negeri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.
  
Semalam, SPR menetapkan hari penamaan calon bagi PRU13 pada 20 April ini, manakala pengundian pada 5 Mei depan.

Abdul Manap berkata 17,686 petugas telah dilantik untuk menjayakan proses pilihan raya di Sabah dan Labuan.
  
Beliau berkata sejumlah 1,006,288 penduduk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan layak mengundi di kesemua 26 kawasan Parlimen di negeri ini termasuk satu kerusi Parlimen di Labuan pada PRU13 - Bernama
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger