SEMPENA lawatan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak ke Pekan Kuala Penyu Parlimen Beaufort hari ini 23 April, khemah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai dan Gelombang Biru BN.
Kehadiran orang ramai yang dianggarkan sekitar 13 ribu orang itu menunjukkan bahawa rakyat TATAP sokong BN dan kepimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang ini. Rakyat di Parlimen Beaufort terutamanya tentulah amat gembira kerana menerima kunjungan YAB PM Malaysia itu.
Dalam ucapannya, PM banyak menyentuh berkaitan dengan usaha kerajaan persekutuan yang sentiasa mengambil perhatian dengan masalah yang berlaku di negeri Sabah. Dalam masa yang sama, menurut PM daerah Kuala Penyu juga tidak ketinggalan menerima arus pembangunan semasa.
Umpamanya....Kulala Penyu mempunyai jambatan sepanjang 1.2km merentasi sungai si tompok yang merupakan jambatan terpanjang di negeri Sabah dengan kos RM60juta. Di samping itu juga, Kuala Penyu mempunyai balai prasarana lain seperti balai bomba, sekolah dan hospital yang besar termasuk prasarana lain bagi keperluan penduduk di sana.
Menurut Perdana Menteri lagi, dengan adanya pembukaan projek minyak Petronas di Kimanis akan melipatkan-gandakan lagi ekonomi di negeri Sabah termasuk memberi peluang pekerjaan yang tinggi kepada rakyat negeri Sabah.
Dengan adanya projek minyak Petronas tersebut, sebenarnya ia akan memberikan pulangan royalti minyak yang tinggi kepada negeri Sabah melalui agihan semula. Ini sebenarnya dapat menangkis dakwaan pembangkang bahawa Sabah mendapat royalti minyak yang sedikit sahaja.
Kunjungan PM ke DUN N.26 Kuala Penyu amnya dan Parlimen Beaufort khasnya memberikan impak yang tinggi sokongan rakyat kepada BN. Ini ditambah lagi konflik yang berlaku dalam parti pembangkang di Parlimen Beaufort yang melibatkan Datuk Lajim dan penyokongnya yang sudah beralih arah kepada BN.
TATAP BN!!!!
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment