LAJIM UKIN telah "mengadaikan" maruahnya yang dianggap sebagai "ayam tua reject" dengan "mengemis" dan "melutut" di depan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Malaysia supaya datang ke kawasan Beaufort bagi memberikan ceramah untuk mendapatkan sokongan rakyat Beaufort.
Tindakan Lajim yang "mengemis" itu menunjukkan bahawa Lajim sememangnya seorang pemimpin yang sudah kehilangan "taji" dan penyertaannya dalam gelanggang sabung ayam sudah tidak lagi diminati ramai....."ayam tua reject" la katakan. Hihi....jangan marah ye Jim.
Dalam ceramah yang diadakan di perkarangan rumah Lajim Ukin pada 7 April 2013 bermula jam 7.00 malam itu, saya sempat meluangkan masa turun ke Beaufort untuk mendengar ceramah tersebut. Pada asalnya saya ingin ke Penampang untuk melihat kelibat Tian Chua dalam aktiviti ceramah yang diadakan di sana pada masa yang sama. Sebaik mengetahui bahawa Tian Chua tidak dibenarkan menjejakkan kakinya keluar dari lapangan terbang KKIA, maka saya dan rakan-rakan bergegas ke Beaufort.
Dalam ceramah yang diadakan itu, Lajim seolah-olah meludah ke langit terkena mukanya sendiri. Ada ka Lajim bilang Beaufort tiada pembangunan dan jauh ketinggalan??? Lantas dalam masa yang sama Lajim MENYALAHKAN PEMIMPIN TERDAHULU sehingga menyebabkan Beaufort tiada pembangunan. BATUL ka itu Lajim oiiii.....??? Sia nampak Beaufort suda maju, buah-buahan di roundabout pun sudah bertambah malah blok kedai-kedai baru pun akan bertambah. Kawasan perumahan pun juga bertambah.
SIAPA PEMIMPIN TERDAHULU itu Lajim oiii??? Budu juga pemimpin terdahulu itu kan JIM? Bagus Lajim kasi telanjangkan lah pemimpin terdahulu tu dapan orang ramai....memalukan orang-orang Beaufort Sahaja sebab tidak membawa pembangunan ke Beaufort.
Errrrrrrr.........PEMIMPIN TERDAHULU tu bukankah namanya Datuk Seri Panglima Lajim Bin Ukin ka??? Hihihi....tepuk dada tanya selera.
Inilah yang dikatakan seorang pemimpin "reject" yang tidak pakai otak bila bercakap. Tuduh orang lain sedangkan orang yang dituduh itu adalah dirinya sendiri. Memalukan rakyat jak!!!
Mengulas kehadiran Mat Sabu ke Beaufort, banyak janji-janji yang mereka taburkan. Di sini saya ringkaskan beberapa perkara :
1. PKR akan menurunkan harga motosikal kalau menang - Motosikal pulak dah???
2. Lajim akan menjadi Ketua Menteri Sabah kalau menang - Kaki 'jackpot' mau jadi CM???
3. PKR akan memberi RM2000 kepada bekas tentera setahun - Tambahan perkara dalam Manifesto kunu.
4. Akan membela kaum wanita yang tidak bekerja melalui bayaran caruman wanita Malaysia.
Apa macam pembaca???? Itulah antara janji-janji yang mereka taburkan. Selebihnya saya tidak muatkan kerana semuanya adalah janji-janji kosong yang selalu mereka taburkan dalam aktiviti ceramah yang lain.
Nasihat saya di sini, kalau dah "ayam tua reject" tu, biarlah berehat sahaja dari gelanggang politik Lajim oiii. Janganlah nak "mengemis" meminta bantuan pemimpin lain untuk mendapat sokongan rakyat. Janganlah nak berlagak sebagai hero. Ramai orang tahu ba niat mu itu......mahu kaut kekayaan sebanyak mungkin daripada ekonomi Sabah.....mahu dijadikan modal "jackpot"??? Hihihi.....jangan marah JIM ye.
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
+ comments + 5 comments
like like like
ini kali la
Undi lah star..INI KALI LAH...AMBIL BALIK
umno BN ingat Sabah ini dia punya negeri sampai ada hak menghalang kemasukan Tian Chua yg juga rakyat Malaysia.. Mana hilangnya DEMOKRASI?? hilang di tangan UMNO BN!!!!
TIAN CHUA TU PENGHASUT...PEROSAK KEAMANAN...DEMI MENJAGA AGAR DIA TIADA APA2 MASALAH MAKA LEBIH BAIK DIA TIDAK MASUK SABAH...TIAN CHUA AGEN ASING YANG MEROSAKAN NEGARA...DAN TIADA JASA KEPADA SABAH...PIGI BERAMBUS SAJALAH
Penulis cerita ne hya pandai memburukan org lain, membuka aib org itu kerja yg sngt jijik, umpama lalat yg selalu cari makan di tempat yg busuk, makan benda yg busuk ne nt hati jadi busuk, guna la bahasa yg sinis dan bertapis, fhm jg penulis ne cari makan, bijak2 la kalo mau sebar benda yg sensetif, amcm perasaan mu kalo lajim tu bapa mu, so, tentu marahkan, ini nasihat saja, agar tidak berterusan sifat mu tu, kita ne kubur pun kata mari jd, isikan la tulisan mu yg baik2 dan bla2..yg penting baik. Tq
Post a Comment