MEMANG SUDAH menjadi lumrah apabila pembangkang sentiasa mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan
kepada Bajet yang dibentangkan. PR perlu mempertikai Bajet kerajaan pemerintah bagi mengalih
pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.
Perbezaan utama kedua-dua Bajet adalah:
Pertama,
ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana
Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat
tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.
Keduanya,
perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang
tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera. Kesan segera yang nyatakan
sekali adalah untuk meraih undi dan membiarkan akibatnya kepada negara
bagi kemudian hari menjadi barah.
Ketiganya, Bajet BN
adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi
PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa
memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.
Keempat, Bajet
BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri
negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR
kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak
begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.
Buku Jingga Bercanggah?
Percanggahan itu dipercayai melibatkan penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.
Laman
suara PR memperakui percanggahan ini dan memberi alasan bahawa insentif
tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100
hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.
Akhirnya mereka akui pelbagaian langkah tidak akan laku segera tapi mengambil masa.
Percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan mereka berniat untuk membohongi dan mengelirukan rakyat.
PR
mewar-warkan Bajet mereka membolehkan rakyat mendapat tambahan
pendapatan sebanyak RM930 setiap bulan dari penjimatan-penjimatan harga
kereta sebanyak RM70, penghapusan tol (RM50), peminjam PTPTN yang layak
(RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga
(RM500), sumbangan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan
penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan
pengangkutan (RM60).
Masalah dengan pemikiran pengurus ekonomi
yang berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan adalah
bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, bekerja sebagai guru
yang mendapat elaun RM500 sebulan serta melalui jalan bertol. Majoriti
rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.
Penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak
perbezaan. Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah
bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di
tangan kerajaan PR.
Katakanlah kerajaan PR mampu menunaikan
semua janji ini, langkah ini semua akan meletakkan negara dalam keadaan
krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.
Manakala
perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan akan
mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum
bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.-theunspinners.
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment