MANIFESTO SAPP bagi menghadapi PRU-13 akan datang ini yang diperjuangkan oleh Yong Teck Lee (YTL) dan penyokong-penyokongnya diumpamakan sebagai "kulat yang sudah lapuk"...."bangas" orang bilang. Manifesto tersebut yang bertujuan untuk mendapat sokongan rakyat ternyata menciplak daripada dasar yang dibuat oleh kerajaan pada masa sekarang ini.
Bagi YTL melalui manifesto tersebut, beliau akan melaksanakan kesemua perancangan untuk rakyat Sabah tanpa beliau mengetahui bahawa apa yang dirancang beliau sebenarnya sudah ada di depan matanya pada masa sekarang ini. Berikut adalah beberapa contoh Manifesto SAPP yang diperjuangkan oleh YTL yang boleh dikatakan sebagai "lapuk".
1. PEMBANGUNAN SOSIAL
i. Perpaduan dan keadilan sosial
SAPP berikrar untuk membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang
bersatu padu, hidup dalam aman dan harmoni, menjunjung toleransi dan
kebebasan beragama dengan berlandaskan Perlembagaan Negeri dan
Persekutuan.
SAPP berikrar :
• menolak politik perkauman dan ekstrimis agama.
• membasmikan amalan politik dan diskriminasi
perkauman.
• membina masyarakat madani yang bermaruah.
• membasmi rasuah dan ketidakadilan sosial.
ii. Masyarakat Penyayang
Setiap rakyat Malaysia di Sabah yang memiliki Sabah IC akan berhak
menerima
bantuan dan kebajikan sosial tanpa mengira latar belakang etnik dan
agama.
SAPP berikrar kepada Rakyat Sabah yang memegang IC Sabah:
• memberi bantuan terus kepada kumpulan sasar untuk membasmi kemiskinan
tegar.
• memberi bantuan kepada OKU, warga emas, ibu/bapa tunggal dan
anak-anak yatim.
• Rumah Sabah di Kuala Lumpur akan mengambil tanggungjawab tambahan
dalam memberi bantuan dan kaunseling kepada rakyat Sabah yang bekerja
atau belajar atau tinggal di Semenanjung Malaysia.
iii. RM 300 Juta Untuk Pembeli Rumah Pertama
Perumahan adalah keperluan asas manusia. Ramai orang sekarang ini tidak
mampu membeli dan memiliki rumah terutama sekali kumpulan yang
berpendapatan rendah kerana harga rumah sudah melambung tinggi.
SAPP berikrar kepada pemilik Sabah IC:
- untuk memenuhi matlamat satu keluarga satu rumah
• menubuhkan tabung pusingan berjumlah RM 300 juta untuk pembeli rumah
pertama.
• mengadakan kempen rumah setinggan sifar .
• mengadakan perumahan percuma untuk miskin tegar.
• menawarkan premium yang lebih rendah untuk pemaju perumahan kos
rendah.
iv. Pembelajaran
Pelajaran adalah satu-satunya keperluan penting untuk kemajuan sesebuah
masyarakat dan pembentukkan insan yang seimbang dari segi kerohanian,
fizikal dan minda.
Dibawah "SATU NEGERI DUA SYSTEM",
Kerajaan SAPP berikrar :
• Sabah akan membenarkan sekolah di Sabah untuk memilih amalan PPSMI (pengajian
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris)
• Untuk menyelesaikan masalah bersabit dengan perkhidmatan guru
sandaran dan kekurangan guru disekolah-sekolah vanikular akan diatasi.
• Yayasan Sabah akan mempertingkatkan usahanya ke arah merapatkan jurang
perbezaan sosial dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk pembinaan
asrama diluar bandar terutama sekali di kampung-kampung terpencil.
• Untuk memberikan biasiswa, busari dan bantuan kewangan sebagai
pendahuluan oleh kerajaan negeri dan juga Yayasan Sabah akan diagihkan
secara adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia yang memegang IC
Sabah berdasarkan kelayakan.
• Membantu penuntut-penuntut miskin dan memerlukan terutama dari
kampung terpencil akan diberi bantuan kewangan oleh Yayasan Sabah.
• Komited dalam pembangunan pembelajaran Negeri dan akan memperuntukkan
dana setiap tahun untuk semua sekolah-sekolah vanikular dan mission di
Sabah.
• Sabah adalah sebuah negeri yang tinggi tahap "keciciran pelajar" di
Malaysia. Dalam usaha untuk memberi peluang kedua kepada anak-anak muda
ini, SAPP akan mengadakan program kelas malam dewasa yang komprehensif
di seluruh negeri. Elaun akan diperkenalkan untuk menggalakkan
pengajian sepanjang hayat untuk mengelakkan kaum belia terjebak dalam
kancah yang tidak menguntungkan dan menggelakkan gejala buta huruf dan
lingkungan kemiskinan.
v. Warisan Sabah
SAPP komited untuk menjaga dan mempertahankan kebudayaan semua kaum di
Sabah berdasarkan keadilan dan kesaksamaan, di samping menghormati
kebudayaan semua rakyat Malaysia.
Memandangkan kedudukan dan pengalaman istimewa Sabah, Kerajaan SAPP
akan menubuhkan sebuah panel yang akan memastikan sejarah Sabah berada
dalam perspektif yang betul.
2. AMANAH PROGRESIF KESEJAHTERAAN RAKYAT
SABAH
SAPP bercadang untuk menubuhkan amanah kebajikan rakyat dinamakan
AMANAH PROGRESIF RAKYAT SABAH (APRS). Sumber dana untuk tabung amanah
ini akan disalurkan dari hasil minyak dan gas dan sumber-sumber lain.
Rakyat Malaysia yang sudah berumur 21 tahun, yang telah berdaftar
sebagai pengundi dan bermastautin di Sabah serta memegang "IC Sabah"
akan layak untuk menerima pembahagian wang tunai yang jumlahnya akan
diputuskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
3. PERSEKITARAN MAMPAN
Secara Global Sabah terkenal dengan alam semulajadinya. Adalah amat
penting kita menguruskan khazanah dan warisan semulajadi ini dengan
secara mampan.
SAPP berikrar:
• Memastikan semua aktiviti pembalakan dan penanaman semula dijalankan
dengan cara terkawal menurut kaedah antarabangsa berdasarkan
International Tropical Timber Organisation ( ITTO)
• Mewujudkan satu sistem yang memberi penekanan terhadap sumber
pengaliran tenaga.
• Menggalakkan budaya kitar semula dengan mengadakan sistem
infrastuktur yang komprehensif dengan bantuan sistem operasi mesra
penguna.
• Menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.
4. MEMPERKASAKAN KAUM BELIA
SAPP berazam untuk memperkasakan kedudukan kaum belia Malaysia di Sabah.
Harapan dan inspirasi belia seharusnya didengar oleh pihak penggubal
dasar hari ini. Dengan itu SAPP komited terhadap perkara perkara
berikut:
i. Program Motivasi dan Dayausaha Belia (PMDB)
Program proaktif ini akan menjadi sebahagian dari keutamaan usaha
membasmi pengangguran dikalangan belia di Sabah demi memupuk disiplin,
belia pelbagai kemahiran dan satu kuasa yang produktif.
ii. Sabah Youth Assembly (SYA)
Bermodalkan parlimen Belia United Kingdom, landasan ini menggalakkan
orang-orang muda berusia antara 15-25 untuk memilih "Yang Berhormat
Muda" (YBM) mereka. Kawasan yang diwakili adalah dalam struktur kawasan
pilihanraya yang ada sekarang. Satu mekanisma akan diwujudkan untuk
menggunakan keperluan modal insan yang terdapat dalam organisasi belia
yang lain.
iii. Perkembangan Sukan
SAPP mengambil berat tentang pentingnya sukan dalam pembangunan Negara.
Hingga kini SAPP akan menyokong perkembangan sukan dengan memberi
perhatian terhadap dana tabung dan infrastuktur kesukanan dan
memastikan semua kemudahan ini akan disalurkan kepada semua peringkat.
iv. Seni dan Kebudayaan Untuk Belia
Menyedari kemunculan generasi berbakat kreatif diSabah, Kerajaan SAPP
akan memberi sokongan dan menyediakan dana yang secukupnya untuk
perkembangan seni, kebudayaan dan sektor pembuatan perfileman yang
begitu giat sekali di Sabah.
5. MEMPERKASAKAN KAUM WANITA
SAPP menyedari pentingnya kaum wanita sebagai satu sumber dan
memperakui hak asasi wanita terhadap pelbagai peluang, keterbukaan
kepada pelbagai sumber, penyertaan dalam proses membuat keputusan dan
pendedahan terhadap kuasa. Sokongan padu diberikan kepada kaum wanita
dalam apa juga bidang kemajuan masyarakat.
SAPP berikrar:
- akan berusaha untuk mempertingkatkan penyertaan kaum wanita
dalam bidang utama pembentukan dasar baik dalam kerajaan
atau pun dalam bidang politik.
- menggalakkan kaum wanita dalam penampilan dibidang
ekonomi di Luar Bandar dengan memfokuskan kepada apa
juga sumber yang ditawarkan.
- memastikan wanita sebagai ketua keluarga akan diberi
peluang mendapatkan bantuan perumahan dan kewangan.
6. PEMBANGUNAN ICT
Kerajaan SAPP akan melaksanakan satu program berdasarkan bidang kuasa
kerajaan negeri dalam perkara penambahbaikan infrastuktur ICT dengan
mengambil tindakan berikut:-
- menubuhkan infrastruktur informasi Pan Borneo.
- memberikan perkhidmatan internet percuma untuk semua
sekolah di Sabah.
- membina "Pusat E-Tuisyen" yang akan memberi perkhidmatan
tuisyen percuma untuk semua sekolah melalui perkhidmatan
internet.
7. PENUBUHAN SURUHANJAYA AKTIVITI
PERJUDIAN
Rakyat Sabah membelanjakan RM 700 juta setiap tahun terhadap aktiviti
perjudian berlesen. Ini telah mengakibatkan gejala sosial dan
penjejasan ekonomi Sabah yang begitu serius.
SAPP berikrar untuk menubuhkan "SURUHANJAYA AKTIVITI PERJUDIAN"
bertujuan untuk membasmi dan memantau aktiviti perjudian yang begitu
rancak di Sabah.
Suruhanjaya aktiviti perjudian ini akan membuat kajian pemantauan dan
mencadangkan kepada kerajaan Negeri dan Pusat tentang dasar dan
penguatkuasaan yang diperlukan untuk melindungi ekonomi rakyat dari
gejala kotor perjudian. Khidmat kaunseling akan ditawarkan dengan
kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu penagih judi
membuang tabiat buruk ini. Usaha khusus akan dilaksanakan bersama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam mengenalpasti dan
menghalang aktiviti perjudian internet.
8. KEPERLUAN TENAGA KERJA DAN
PENDAPATAN SARA HIDUP
Pengeluaran produktif tenagakerja tempatan telah ketinggalan begitu
jauh dibelakang dibandingkan dengan negeri dan kawasan lain. Ini
disebabkan oleh kegagalan sistem pembelajaran, dasar tenagakerja dan
struktur sosio-ekonomi kita sejak berdekad yang lalu.
SAPP percaya gaji minima untuk tenagakerja tempatan akan berhubungkait
dengan pengeluaran produktiviti dan di atas tahap kemiskinan. Dengan
itu, SAPP mempertahankan dasar pendapatan sarahidup. Kita juga
memerlukan pekerja asing untuk memenuhi perkembangan ekonomi Sabah,
akan tetapi ianya harus diberi perhatian dan pemantauan yang teliti.
Untuk mencapai perseimbangan ini, perundingan secara rapi dan ikhlas
harus diadakan antara kerajaan, pertubuhan pekerja, persatuan majikan,
konsultan bebas dan pakar perunding. Tujuannya adalah untuk mewujudkan
suasana cerah, mesra dagang ekonomi dimana tenagakerja akan dibayar
secara adil disekitar suasana kerja yang lebih kondusif.
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
+ comments + 8 comments
Thаnk you for the auspicious writеup. It in fact ωas a аmuѕemеnt account іt.
Looκ advancеd to more aԁded agreeаble from yоu!
Hoωever, hοw could wе communіcate?
My web-site ... iphone repair
Ηowdy! I сould havе ѕworn
Ι've been to this site before but after looking at many of the posts I realized it's
nеw to me. Nonеtheless, I'm definitely pleased I stumbled upon it and I'll be bοokmaгking it аnd cheсking bаck гegularly!
Also visit mу web-sіte; Ipadrepairbangsar.Blog.fc2.com
Just desіre to saу your aгtіcle is as surprising.
The clаrity in yοur рost iѕ just сοol and i cοuld assume yοu're an expert on this subject. Fine with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the rewarding work.
Feel free to surf to my web-site :: iphone repair malaysia
Νice рost. I learn something new anԁ challenging on blogs Ι stumbleupοn everydаy.
It will always be helpful to rеad through aгtіcles from other wrіters and use
ѕomething frοm other websitеs.
My ωeb sіte: repair iphone petaling jaya
I think this is among the most vital info foг me. Anԁ i am glad rеading your aгticle.
But want to remaгk on few gеneral things, The ѕіte style iѕ wondеrful, thе articles is really excellent :
D. Gοοd job, cheers
Hеre is my wеbsite ... ipad repair cheras
Sωeet blog! I fоund it whіle browsing οn Υahoo News.
Do уou have аny suggeѕtiοns οn how to get listed in Yahoo News?
I've been trying for a while but I never seem to get there! Many thanks
Also visit my website ipad 2 screen repair bangsar
It's hard to find experienced people in this particular topic, but you sound like you know what you'ге talking аbout!
Thanks
Hеre is my websіte; ipadrepairpenang.My
At this timе ӏ am goіng to dο my breakfast,
afterwarԁ haνing my breаkfast сoming over again to read other news.
Feel free to visit my page ... iphone repair
Post a Comment