Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Penganalisis : Pakatan Belum Mampu Tewaskan BN Sabah

Penganalisis : Pakatan Belum Mampu Tewaskan BN Sabah

Penulis : Unknown on Monday, 29 October 2012 | 12:31


PAKATAN Rakyat tidak cukup kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan pembangkang dari Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di Malaysia Timur itu, kata seorang penganalisis politik.

Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur yang diadakan pada 24 Oktober 2012 yang lepas, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.

"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.

"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ahli akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.

Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.

Bagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).

"Jeffrey kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis lagi.

Jika perancangan Jeffrey itu diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.

Katanya, Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.-MK
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
29 October 2012 at 20:56

Hahaha...syok sendiri kawan..

STAR PURUTAWOI
30 October 2012 at 16:11

kita jangan silap kawan..ramai penyokong BN telah berpaling tadah dan menyertai Pakatan atau Star.maka undi kali ini terbahagi tiga iaitu 2 untuk pembangkang dan 1 untuk BN.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger