Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » »

Penulis : Tukang Carut on Thursday, 25 October 2012 | 14:39

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu bahawa kerajaan pusat akan menyediakan peruntukan RM650.19 juta bagi pelbagai program menambahbaik dan menaik taraf insftruktur jalan di luar bandar tahun depan. 

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, peruntukan sejumlah RM60.19 juta disediakan bagi program jalan luar bandar, bekalan elektrik(RM400 juta) dan bekalan air (RM190 juta). "Peruntukan bagi program itu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Namun demikian, agensi kerajaan negeri yang berkenaan terbabit dalam menyelaras dan memantau program berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Justin Guka (UPKO-Bingkor) semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah 23 Oktober 2012 lepas.
 
Sairin berkata, sebanyak RM501.96 juta dibelanjakan bagi program jalan luar bandar, RM380 juta bagi program bekalan elektrik dan RM633.62 juta untuk bekalan air sehingga 30 September lalu. 

Beliau berkata, kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan program luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM1,806.42 juta, program bekalan elektrik berjumlah RM1,338.5 juta dan program bekalan air berjumlah RM955.59 juta dari 2008 hingga tahun lalu. 

Sementara itu, menjawab soalan Melanie Chia Chui Ket (SAPP-Luyang) mengenai justifikasi jalan raya kedua yang menghubungkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Japlin Akim menegaskan bahawa pembinaan jalan dengan kos RM14.9 juta itu merupakan jalan tetap yang dirancang semasa pembinaan bangunan DUN. 

Japlin berkata, pelaksanaannya terpaksa ditangguh disebabkan faktor kewangan dan akses sementara dari Jalan Sulaman dibina. 
 
"Selepas mengambil kira faktor keselamatan, selain daripada mengelakkan trafik antara kedua-dua pusat pentadbiran ini menggunakan jalan arteri yang sibuk, maka kerajaan memutuskan untuk membina satu jalan akses kekal menghubungkan kedua-dua pusat pentadbiran ini," katanya. -BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger