Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Pengundi Di Sabah Masih "Buta" Politik?

Pengundi Di Sabah Masih "Buta" Politik?

Penulis : Unknown on Tuesday 5 June 2012 | 17:06

ADA yang menganggap bahawa pengundi di Sabah masih "buta" politik?

Mari kita selidiki berdasarkan persoalan berikut.

Ada apa dengan PAKATAN RAKYAT?

Jika Anda dilontarkan dengan soalan :

Ada apa dengan Pakatan Rakyat?

Jawapan ringkas yang akan anda berikan ialah ialah Pakatan Rakyat ada PAS, PKR dan DAP. Paling ringkas jawapan anda ialah "PR ada Anwar Ibrahim". Sebenarnya apa yang sering kita lupa ialah Pakatan Rakyat sendiri itu hanya wujud pada nama sedangkan "rohnya", pada hakikat yang sebenarnya, tidak wujud walaupun ada "kesepakatan" yang belum pasti sepakat untuk mewujudkannya.

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat yang hanya wujud pada nama ialah persepakatan tidak formal 3 parti, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti bersetuju untuk sepakat. Perbezaan idelogi dan budaya politik ketiga-tiga parti ini amat jelas. Bagaimana menyembunyikan perbezaan parti ini, "hanya Anwar Ibrahim" satu-satunya insan yang "benar-benar pakar". Manakala perbezaan dalam serba-serbi amat jelas dalam hampir seluruh rakyat biasa mengetahui dan melihatnya tanpa memerlukan "kepakaran". Bagaimana pembangkang menyatakan kesepakatan mereka sepakat?. Analisa umum mengatakan bahawa mereka hanya sepakat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, selebihnya mereka belum sepakat malah saling bakal "membunuh atau dibunuh".

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat?

Ada apa dengan Pakatan Rakyat?. DSAI adalah individu yang berjaya menimang telur di hujung tanduk dan menatang minyak yang penuh akan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat hanya menjadi mimpi ngeri. Mudah saja orang politik menafikan tiada persengketaan demi "strategi peperangan". Tetapi menyembunyikan hanyirnya bau bangkai gajah tidak semudah menyembunyikan jerawat di pipi. DAP ada rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif kerana hubungannya dengan PAS masa itu tidak menguntungkan DAP.

Hubungan DAP dan PAS pula di Bagan Pinang telah merugikan PAS. Dalam banyak perkara PAS dan DAP amat sukar berjalan seiring. Lakukanlah apa saja innovasi dalam PAS bagi keselesaan DAP atau Pakatan Rakyat namun hakikat perbezaan ideologi dan prinsip bukanlah satu perkara yang mudah dipandang remeh. Katakanlah apa saja, termasuk menuduh saya memperlaga PAS -DAP, namun hakikat tidak semudah ditolak. 

Berdasarkan persoalan di atas, memang tidak dapat dinafikan bahawa penyokong PKR Sabah masih buta dan dengan membuta-tuli terpengaruh dengan dakyah dan agenda PKR. Pergolakan dan kekalutan PR yang berlaku di  Semenanjung seakan-akan tidak dipedulikan oleh rakyat Sabah....malah sentiasa memberikan sokongan yang padu dengan tidak mengetahui bahawa negeri Sabah akan tergadai jika PR memerintah....disebabkan aksi dalang utamanya iaitu DAP yang bertindak sebagai watak utama mengawal pemerintahan kelak.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
5 June 2012 at 22:23

Ini kali lah, tolak PR/BN...undi star/usno/sapp saja...begitu ka maksud tuan? he3..

6 June 2012 at 14:37

Parti SPF sdh tersungkur......STAR/USNO/SAPP pasti akan berpecah belah bertelagah sesama sendiri. Itulah maksudnya tompinai. Hihihi......

9 June 2012 at 09:57

terlalu banyak parti mau berebut kuasa.kekalkan ja bn. rakyat dapat banyak pembelan dah

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger