Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Ideologi Penjajahan Baru Pakatan Rakyat Bakal Hancurkan Sabah

Ideologi Penjajahan Baru Pakatan Rakyat Bakal Hancurkan Sabah

Penulis : Tukang Carut on Sunday, 10 June 2012 | 16:18

PAKATAN Rakyat yang hanya wujud pada nama ialah persepakatan tidak formal 3 parti, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti bersetuju untuk sepakat. Perbezaan idelogi dan budaya politik ketiga-tiga parti ini amat jelas sekali.

Bagaimana menyembunyikan perbezaan parti ini, "hanya Anwar Ibrahim" satu-satunya insan yang "benar-benar pakar". Manakala perbezaan dalam serba-serbi amat jelas dalam hampir seluruh rakyat biasa mengetahui dan melihatnya tanpa memerlukan "kepakaran". Bagaimana pembangkang menyatakan kesepakatan mereka sepakat? Analisa umum mengatakan bahawa mereka hanya sepakat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, selebihnya mereka belum sepakat malah saling bakal "membunuh atau dibunuh".

Bercakap berkaitan dengan PR ini dalam konteks Sabah, kenapa parti-parti pembangkang dari Sabah tidak dimasukkan sekali dalam pakatan tersebut? PR bercadang untuk menawan Sabah, tetapi parti-parti tempatan tidak dihiraukan. Nampak dengan jelas bahawa sayap PR dikembangkan ke Sabah kerana nak menggunakan orang-orang Sabah sebagai "kambing hitam", "hamba", "kuli" dan sebagai "lembu yang dicucuk hidung" semata-mata mahu mencapai matlamat perjuangan PR.

Apa yang diperjuangkan oleh PR disokong sepenuhnya oleh penyokong-penyokong PR di Sabah. Sokongan yang membuta tuli ini pasti akan menghancurkan masyarakat Sabah. KENAPA???

Lihat sahajalah janji-janji PR menerusi "Buku Jingga". Kebanyakan apa yang terkandung dalam "Buku Jingga" sebenarnya dirancangkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin PR yang terdiri daripada orang-orang semenanjung tanpa mengambil kira kehendak orang-orang Sabah. Tetapi yang buduhnya penyokong-penyokong PR ini di Sabah bulat-bulat menyokongnya.

Apa yang paling ketara sekali ialah dengan mengambil contoh dalam kandungan "Buku Jingga". Royalti minyak Sabah akan dinaikkan kepada 20% apabila PR memerintah kelak. Nahhhh.....semua penyokong-penyokong PR Sabah menyokong.

SEPATUTNYA penyokong-penyokong PR Sabah sendiri yang menentukan royalti minyak tersebut.....mintalah 60% atau 100%. Ini lain pulak....terus sokong. Kandungan-kandungan yang lain pun sepatutnya mereka boleh "demand" kepada PR. Hancur Sabah bila perancangan pemerintahan dibuat sepenuhnya oleh PR dari Semenanjung. Jangan menyesal.............


Share this article :

+ comments + 1 comments

10 June 2012 at 20:11

Sedarlah wahai org2 yg telah diperbodohkan

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger