Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Perang Perebutan Kerusi SAPP+STAR+PKR Kian Panas Di Sabah

Perang Perebutan Kerusi SAPP+STAR+PKR Kian Panas Di Sabah

Penulis : Unknown on Wednesday, 13 June 2012 | 13:42

PENGANALISIS politik di Sabah berpendapat bahawa, perang sesama Parti Pembangkang akan berterusan menjelang PRU-13 kelak. Ini adalah kerana ketiga-tiga parti tersebut  ingin mengekalkan kekuasaan parti masing-masing. Dalam masa yang sama juga wakil daripada parti mereka dapat bertanding dan dapat menguasai kerusi di kawasan berkenaan.

Walaupun Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-STAR untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri Sabah, namun kedua-dua parti itu jelas ingin juga menumbangkan rancangan Anwar Ibrahim.

Terbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.

Bukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.

Suatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar. Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' dana daripada sumber yang sudi membantunya.

Adalah sesuatu yang amat menarik jika STAR enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir sebab Dr. Jeffry dan Anwar Ibrahim sudah "tidak sebulu".

Pada PRU-12 yang lalu, Dr. Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah. Namun, percaturan beliau gagal dan akhirnya pakatan pembangkang di Sabah hancur.

Antara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.

Parti STAR berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah. Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.
Walaupun SAPP juga pernah menunjukkan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat. Contoh yang terbaik ialah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.

Malah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kempen PRK itu.

Dalam keadaan perang sesama sendiri SAPP+STAR+PKR, didapati DAP menggunakan pakatan sulit untuk mengkucar-kacirkan keadaan di negeri Sabah ini. Bila keadaan berlarutan, rakyat Sabah akan merana kerana percaturan sulit kesemua parti tersebut.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
18 September 2012 at 15:45

tolonglah kamu aturlah betul betul kawasan kamu semua mana boleh tumbang bn kalau macam itu kawan, diaorang kasi ketawa kita nanti

Anonymous
12 November 2012 at 21:08

Muafakat membawa berkat..saling berebut kerusi tetap korang garu kapala....maka kedengaran la katawa katawa sumbang nanti...ini la bukti manusia sukar diatur sbb terlalu pintar berakal piakal

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger