Tuesday, 31 January 2012
![]() |
Gambar : Saidil Simoi, Ketua Cabang PKR Kota Belud. |
Di sini kita ambilkan sebagai contoh di mana sebahagian penduduk Kg. Sayap, Kota Belud telah menyokong PKR padahal mereka sendiri pun tidak tahu apa hala tuju sebenar perjuangan mereka sendiri.
Dengan ada nya janji manis yang ditaburkan oleh Anwar Ibrahim, ada kah akan dapat mengubah kehidupan penduduk di Kg. Sayap, Kota Belud?
PKR ada rekod pemerintahan mereka sebagai sebuah kerajaan kah sebelum ini? Apa rekod pemerintahan yang dimiliki oleh PKR? Agak-agak terbelakah nasib penduduk dengan menyokong perjuangan PKR....yang pasti adalah penduduk kampung akan semakin mundur sebab agenda politik PKR sebenarnya untuk merampas kerajaan yang ada. Seterusnya pemimpin parti PKR di peringkat pusat akan mengambil kesempatan yang ada untuk memenuhi hasrat peribadi mereka.
![]() |
'Sokong PKR membawa kemunduran. Kembalilah ke jalan asal'. |
Wahai penduduk Kg. Sayap, Kota Belud dan semua penduduk kampung di negeri ini....kembalilah ke pangkal jalan. Jangan 'gara-gara marahkan nyamuk, kelambu di bakar'. Tindakan anda dengan menyertai PKR sebenarnya akan menyebabkan anda akan semakin ketinggalan. Ingatlah bahawa....JANJI POLITIK PKR membawa kepada perpecahan dan kemunduran.
: kitahuman