Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Tahniah : Pergolakan Dalam Pakatan Pembangkang Akan Hancurkan PAS

Tahniah : Pergolakan Dalam Pakatan Pembangkang Akan Hancurkan PAS

Penulis : Unknown on Thursday 26 January 2012 | 11:22


PAS kini diibaratkan seakan-akan terumbang-ambing dalam pakatan pembangkang berikutan kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali setelah digugurkan daripada jawatan itu sebelum ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu amat memalukan serta merugikan PAS kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai PAS.

Menurutnya, perkembangan terbaru di Selangor itu menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan PAS daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula memberitahu, beliau khuatir dengan perkembangan itu sekiranya Abdul Khalid tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam memperjuangkan isu sensitif berkaitan umat Islam seperti dalam hal menentang gerakan murtad.

Menurutnya, ini kerana sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid dilihat cenderung untuk 'menjaga hati' pelbagai pihak di negeri itu atas dasar perkongsian kuasa dengan DAP.

: kitahuman
Share this article :

+ comments + 1 comments

hassan
28 January 2013 at 22:22

undi pas sama undi untuk kehancuran negara

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger