Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Parti Pembangkang Sabah SAPP, STAR, PKR, DAP Dan PAS Kurang Menyengat

Parti Pembangkang Sabah SAPP, STAR, PKR, DAP Dan PAS Kurang Menyengat

Penulis : Unknown on Monday 19 March 2012 | 14:38


APABILA melihat kepada senario politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini, jelas menunjukkan parti pembangkang tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dengan kata lain kurang menyengat. Mungkin mereka kini ketandusan idea-idea atau strategi untuk mengenakan kerajaan BN sekarang.

Usaha murni Perdana Menteri Dato' Seri Najib memperkenalkan beberapa kaedah atau program untuk mengembalikan keyakinan rakyat untuk menyokong kerajaan pempinan beliau kini diterima dengan baik. Gagasan 1Malaysia, Program Tranformasi sama ada kerajaan dan ekonomi begitu juga model ekonomi baru, telah memperlihatkan satu lagi anjakan minda yang harus disokong oleh rakyat supaya negara kita boleh bersaing di peringkat global.

Impian pembangkang untuk merampas Sabah dari kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang semakin pudar. Secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa pakatan parti pembangkang di Sabah terlalu longgar. Ini disebabkan setiap parti pembangkang di Sabah cuba menonjolkan pengaruh mereka masing-masing tanpa mempunyai gabungan yang utuh untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Sebagai contoh pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi yang lepas, telah terbukti PKR dan SAPP tidak sehaluan sehingga kedua-dua calon yang mewakili parti masing-masing bercakaran atau tuduh menuduh di antara satu sama lain. Dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh BN untuk melaksanakan agenda mereka tanpa berkerja membanting tulang untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Alasan yang kedua adalah PKR di Sabah seolah-olah tidak mempunyai kapten untuk mengemudi parti tersebut untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri akan datang. Sejak DS Zaid Ibrahim mengumumkan beliau terpaksa meninggalkan PKR, disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti DS Anwar Ibrahim, telah memberi impak kepada Dtk Dr Jeffery Kitingan turut sama keluar dar PKR Sabah. Pada hakikatnya ketika itu, Dr Jeffery masih kurang senang terhadap tingkah laku DS Anwar yang kononnya banyak berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan permintaan Dr Jeffery termasuk DS Anwar enggan menandatangani Deklarasi Tambunan. Secara logiknya kalau belum berkuasa DS Anwar enggan memenuhi permintaan rakyat Sabah, apatah lagi beliau menjadi PM dan berkuasa!

Alasan ketiga, kewujudan parti baru yang berpengkalan di Sarawak iaitu STAR di bawah pimpinan Dr. Jeffry masih lagi terkial-kial mencari penyokongnya tetapi dalam masa yang sama DJK tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan (PKR dan SAPP) yang kebetulan dalam masa mencari penyokong masing-masing. Oleh yang demikian, akan berlaku perebutan untuk mencari penyokong masing-masing. Maka tidak hairanlah unsur sabotaj yang melibatkan parti SAPP, STAR dan PKR akan wujud yang boleh menimbulkan konflik.

Alasan keempat adalah, rekod buruk pemimpin parti di Sabah iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Dr. Jeffry Kitingan dari STAR tidak meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun pada masa sekarang mereka mengisytiharkan bahawa mereka sudah mempunyai ramai penyokong sehingga ratusan ribu, sebenarnya keupayaan mereka untuk memimpin negeri Sabah belum dipercayai sepenuhnya. Tengok sahaja la YTL sewaktu menjadi KM Sabah dahulu, tiada sumbangan yang dapat dibanggakan. Tengok lah juga DJK yang suka melompat2 parti yang juga tiada pengalaman mengemudi negeri Sabah. Seolah-olah mereka ini umpama "badut" yang ingin merosakkan pemikiran rakyat untuk menyokong agenda politik peribadi YTL dan DJK ini.

Alasan kelima, unsur sabotaj dan perebutan kerusi pasti akan berlaku di kalangan parti SAPP, STAR dan PKR.....tolak PAS la. Kesepakatan memang tidak akan berlaku. Pada masa sekarang kita lihat dengan adanya "penubuhan" United Borneo Front (UBF) oleh DJK yang merangkumi STAR, SAPP dan USNO yang dikatakan akan memperjuangkan borneo, pastinya ia akan hancur. SAPP ada "kerjasama" palsu dengan PKR untuk bergabung menguasai Sabah, tetapi kenapa PKR tidak dimasukkan terus dalam UBF??? Dalam masa yang sama kita telah lihat bahawa TYL sudah mempunyai "FIKIRAN SENDIRI" untuk memenuhi agenda partinya. DJK pula sanggup berjuang dengan parti STAR dalam memenuhi agenda politiknya sendiri dan dalam masa yang sama akan membelakangi SAPP. USNO pulak??? Parti yang tidak wujud tetapi orang-orang USNO pasti akan memperjuangkan hak-hak mereka yang mewakili keistimewaan dan bangsa mereka juga dan akan "demand" dari SAPP dan STAR kelak. DAP pulak? Pada hakikatnya DAP akan menggunakan senjata rahsia mereka untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah. Dalam masa yang sama mereka akan menjadi virus kepada parti-parti di Sabah.

Alasan keenam, PERANG sesama parti pembangkang pasti akan berlaku sebab kesefahaman tidak ada dan mereka akan bercakaran sesama sendiri bagi menjamin kepentingan dan agenda parti.

Alasan terakhir, pada masa sekarang kerajaan persekutuan telah memberikan banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak. Banyak projek kerajaan persekutuan yang terdiri daripada projek naik taraf jalan, loji air, bantuan rumah dan sebagainya telah dibuat di Sabah. Tetapi yang peliknya terdapat seolah-olah "orang buta" di Sabah terutamanya pembangkang menyatakan bahawa tiada projek persekutuan di buat di Sabah dan mereka mahukan permintaan setiap individu mesti ditunaikan....APA PUNYA pikiran "orang buta" ni.
Share this article :

+ comments + 16 comments

Anonymous
19 March 2012 at 15:54

fitnah barisan nasional...the real crooks, cheats are BN

Anonymous
19 March 2012 at 19:22

Penipu!!!! Boring baca tulisan ko ni!! Semua kau punya sangkaan kosong ja tu..tengok skg apa suda jadi pada UBF..semakin kuat mennnn...p laaaaaa...buang masa baca blog kosong ko..MEMFITNAH SAJA KERJA!!!

19 March 2012 at 23:14

Biar pn org kecewa cakap ianya kosong tp kenyataan psl ALASAN2 tu mmg ada kebenarannya. Tu la sbb nya org2 yg keciwa takut mau bhadapan dgn kenyataan dan realiti sebegitu, sanggup menidakkn nya.....takut...takut...

Anonymous
20 March 2012 at 12:56

fitnah...tiada kerja lain...sanggup cium buntut BN..kikikikii...fitnahhh

Anonymous
20 March 2012 at 15:26

Ini adalah kenyataan

Anonymous
20 March 2012 at 16:26

seperti kebiasaannya semua media dan penyokong/pengampu atau apa-apa dan siapa saja yang bersekutu dengan BN, tetap tidak asing sebagai pengumpat,pemitnah dan penipu. begitulah juga 3sudubesar.blogspot.com ini. mereka tidak akan tenteram bernafas kalau tdk memutar belit dan menipu. sebelum lelap mata mereka mesti memerah otak bagaimana cara dan siapa lagi yang harus ditipu. esoknya bangun terus melaksanakan penipuan. pokonya BN ini maharaja penipu. tiada yang tdk tipu malainkan termaharaja penipu....

Anonymous
21 March 2012 at 23:10

tontolou kamu la

Anonymous
30 March 2012 at 10:32

Siapa ba tu dr.jeffrey? tukang lumpat parti adala.. mana2 yg dia x buli jadi ketua dia lari la...

Anonymous
2 April 2012 at 10:12

sia sukung anonymous itu dr jeffrey sda hilang pegangan hidup asal ada offer ja dia masuk org begini x layak jd pemimpin kita rusak negeri nnati please la ya......

3 April 2012 at 10:37

Salam Perjuangan...mohon link blog sya...sya telahpun linkkan blog tuan..TK
www.melakapost.blogspot.com

26 April 2012 at 22:49

apa pun perjuangan star untuk sabahan lgi tulus dari parti lain yg ada msia.kita boleh nmpk agenda yg d perjuangkan oleh anggota parti star amat bertepatan untuk kepentingan sabahan..walaupun mulanya saya rasa hanya politik belaka..tpi skarang ini keyakinan saya bertambah..rkyt sabah harus bersama sama dgn parti ini untuk rkyt sabahan jua..

23 June 2012 at 08:17

semua parti baru yg wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan.....hanya bertaring bila mo pilihanraya..penuh madah dan janji2....begitu lantang menjaja itu dan ini...menabur harapan dan janji yg belum pasti....Tapi...selepas pilihanraya....habuk pun tarak....hanya berani masuk ke kampung2 mengaburi mata dan fikiran org2 kg yg masih bersih n suci...berikan harapan buat mereka2 yg dahagakan pembangunan dan kesenangan....CUBA BUKA MATA DAN MINDA...apa pembangunan yg dh mereka tunaikan pd PRU 12 yg lepas....Tengok jak SELANGOR N P.PINANG...Hasil kekayaan negeri dikaut serakusnya....dlm tempoh 5 tahun memerintah....negeri yg ditadbir menjadi kucar kacir...rakyat sengsara....Sedih melihat nasib sahabat2 yg lain...Semoga NEGERIKU tidak menjadi seperti itu...AMIN....Semoga TUHAN sentiasa berikan kemakmuran n keamanan pd semua...aminnnn...

23 June 2012 at 08:25

yg pasti....bukan sbgai kroni mana2 parti...kita diberikan akal fikiran yg mampu melihat sejauh mana ssbuah parti tu bergerak....ADA MATA PANDANG...ADA TELING DENGAR...Tula kelebihan yg TUHAN bagi pd kita...Tpulang pd diri masing2 mo guna mcmana...hehehehe peace.....

Anonymous
17 November 2012 at 12:46

Datuk Jeffrey lompat parti kerana perjuangan rakyat sabah tidak dihiraukan,baca bukunya baru faham jangan sembarang cakap..anjing!

Anonymous
10 April 2013 at 12:11

Diharapkan yg dipilih utk memerintah negeri ini, akan memperjuangkan hak2 sabah, itu bah yg kita harapkan

13 July 2015 at 22:05

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans.
*Personal Loans.
*Business Loans.
*Investments Loans.
*Development Loans.
*Acquisition Loans .
*Construction loans.
*Business Loans And many More:

LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....

Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger