Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » UBF Tidak Mampu Gugat SAPP : Naib Presiden SAPP

UBF Tidak Mampu Gugat SAPP : Naib Presiden SAPP

Penulis : Unknown on Thursday 8 March 2012 | 14:22

ALKISAH SUATU KETIKA DAHULU.......United Borneo Front (UBF) tidak mampu menggugat Parti Maju Sabah (SAPP), kata Naib  Presiden SAPP Jimmy Jawatah. 

“Ia tidak mengelirukan rakyat khususnya penyokong dan ahli ahli SAPP di pedalaman kerana mereka telah komited dengan misi dan visi perjuangan SAPP,” katanya mengulas penubuhan UBF oleh bekas Naib Presiden PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
 
Bagaimanapun, katanya,  terpulanglah kepada rakyat untuk memikirkan hala tuju penubuhan  UBF tersebut. UBF tidak menjadi parti politik sepertimana yang dijanjikan oleh Jeffrey sebelum ini semasa mengumumkan penubuhannya.

Pemimpin SAPP Kemabong, Saul Salleh bagaimanapun, berkata beliau tidak akan terpengaruh dengan penubuhan UBF walaupun mahu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum nanti.

Sebaliknya, beliau tetap komited dan yakin dengan hala tuju perjuangan SAPP yang berkonsepkan sebuah parti tempatan.
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger