Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Dr. Jeffrey Tidak Ikhlas : Pairin

Dr. Jeffrey Tidak Ikhlas : Pairin

Penulis : Unknown on Wednesday 29 February 2012 | 20:22

PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seorang yang tenang, amat jarang sekali melihat atau mendengar beliau mengeluarkan kata-kata kasar kepada sesiapa sahaja termasuk lawan dan kawan.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa kesabarannya tetap mempunyai batasan. Buktinya apabila beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah membuat kejutan dengan melepaskan ledakan kemarahan secara terbuka terhadap adiknya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang berlainan fahaman politik.

Pairin menegaskan bahawa adiknya mempunyai hak sepenuhnya untuk berjuang dalam politik tetapi biarlah perjuangan itu berlandaskan kepentingan rakyat, bukannya atas dasar agenda peribadi.

“Saya amat kesal dengan tindakannya (Jeffrey) yang sanggup tidak mendengar nasihat abang kerana memperjuangkan kepentingan peribadi. Beliau lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abangnya sendiri."

“Jeffrey tidak ikhlas dalam perjuangannya, malah ia juga tidak konsisten yang berpunca kerana tidak mempunyai wadah perjuangan sebenar yang bertunjangkan kepada keikhlasan membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan baru-baru ini.

Tegas Pairin, kira-kira 30 tahun beliau terpaksa memendam rasa dengan seboleh-bolehnya enggan mengeruhkan suasana, tetapi akhirnya terpaksa meluahkan segalanya bagi membuka mata rakyat mengenai matlamat sebenar perjuangan adiknya itu.

Beliau berkata, adiknya itu semasa berada dalam BN pernah diberi peluang dengan dilantik sebagai senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi bertindak keluar parti dan melawan Datuk Dr. Maximus Ongkili di Kota Marudu.

“Pada waktu itu dia enggan mendengar nasihat abangnya, maka saya berkempen untuk Maximus dan dia (Jeffrey) tewas. Sekarang dia mahu lawan saya pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Parlimen Keningau. Dia benar-benar tidak menghormati saya kerana terlalu mengejar kepentingan peribadi."

Tambah Pairin, adiknya itu memang ‘pandai bercakap’ sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk menjadi pemimpin nombor satu.

“Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya.


Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
5 March 2012 at 23:48

KENAPA DAN MENGAPA SEDIKIT SAHAJA ORANG YANG HADIR PADA Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan?... CUBA TERANGKAN...
KALAU JKKK DAN KK TIDAK DIPAKSA DATANG... KEMUNGKINAN MAJLIS TERSEBUT HANYA DIHADIRI OLEH ORANG KENAMAAN UMNO/BN SHAJA... HUHUHUHU...
KESEDARAN PERLU ADA... PERUBAHAN SEDANG BERLAKU... JANGAN PAKSA DIRI... BERTAUBATLAH...

6 March 2012 at 14:44

Bkn tidak datang.....tidak datang tidak semestinya tidak sukung ging. Undi di tangan pengundi. Sakarang ni pn STAR bergerak d mana2 tidak semestinya dapat sokongan pn.....gimik jak tu seolah sokongan ramai....hahahaha....kesian.

*** Tidak lama lagi patahlah bintang tu. Hihihi.....

Anonymous
16 March 2012 at 08:40

No need to talk to Mr No Name - Anonymous. Who said sikit orang, the Chinese news stringer ( understand not local) send his news and photo taken after the end of the function just to spin his purpose.

Anonymous
16 March 2012 at 08:48

MOHON MAAF KERANA SAYA TUDUH TUDUH YANG TAK BETUL, TAN SRI PAIRIN MEMANG TETAP MENANG LAGI KERANA KDM DAN GOLONGAN KAUM TUA TIDAK BERGANJAK DARI MENYOKONGNYA.

19 March 2012 at 02:32

Pru13 mana tau ada kejutan..siapa tau..skarang ni kita letak 5050 saja...nampak ada peningkatan..

Anonymous
24 March 2012 at 20:54

Sebagai pengundi di KENINGAU kami memohon supaya Huguan Siou tidak bertanding lagi pada PRU13. Walaupun kami menghormati kedudukan beliau sebagai Huguan Siou tetapi kali ini kami terpaksa menolak beliau pada PRU 13 kerana memilih beliau dan PBS sama seperti menyokong tindakan UMNO dan BN mengubah komposisi penduduk Sabah melalui pemberian kewarganegaraan yang meragukan. Dulu kami menyokong dan mengundi beliau kerana kedudukan beliau sebagai Huguan Siou KDM. Sekali lagi kami memohon supaya beliau berundur secara terhormat.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger