Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » PANAS & HANGIT: Pembangkang Diibarat ‘Ajar Itik Berenang Tetapi Tidak Tahu Berenang'

PANAS & HANGIT: Pembangkang Diibarat ‘Ajar Itik Berenang Tetapi Tidak Tahu Berenang'

Penulis : Tukang Carut on Monday, 21 May 2012 | 15:55

PEMBANGKANG terbukti gagal bela ramai rakyat Sabah di kawasan sendiri.

 Ketua Mentari Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata “Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan menunding jari kononnya BN gagal membela nasib rakyat negeri ini, diibaratkan seperti ‘mengajar itik berenang’ kerana terbukti ramai rakyat di negeri yang dikuasai oleh mereka tidak terbela”.

 Ketua Menteri, juga turut membidas dakyah pembangkang bahawa mereka mampu merancang perubahan jika berkuasa, berkata dakwaan kononnya BN gagal membawa pembangunan dan kemajuan di Sabah juga tuduhan tidak berasas. 

 Rakyat Sabah harus bersyukur dengan perubahan dan kemajuan yang semakin banyak dinikmati.  “Saya memberi amaran kepada pembangkang, jangan cuba ajar itik berenang.  Dakwaan kononnya mereka boleh membawa perubahan jika berkuasa tidak berasas kerana semuanya sudah dilaksanakan oleh BN”.

Malah kita lebih mampu melaksanakan program membela rakyat berbanding mereka.  “Lihat sahaja di negeri diperintah pembangkang, ramai rakyat menderita kerena tidak dibela.  Jadi apa guna sokong perjuangan mereka sedangkan apa yang didakwa jelas tidak dapat dilaksanakan,” katanya.  Musa yang juga Pengerusi BN Sabah, berkata “pembangkang harus ditolak  kerana sikap pemimpinnya yang suka menimbulkan kekacauan dengan mengadakan demonstrasi sehingga menjejaskan keamanan dan keselesaan hidup rakyat”.

“Kita tidak mahu kacau bilau kerana dalam keadaan itu, tiada pembangunan boleh dirancang atau dilaksanakan, sebaliknya tumpuan hanya keada usaha meredakan ketegangan.  Kita mahu keamanan dikekalkan di Sabah kerana banyak manfaat bila aman dan stabil. Ramai pelancong datang, pelabur juga lebih yakin menanam modal,” katanya.

Sumber - Berita Harian
Share this article :

+ comments + 1 comments

24 May 2012 at 11:09

banar awang ani ... sabah sudah maju kita liat pembangunan Airport Kota Kinabalu sudah jadi bertaraf antarabangsa. berbanding dgn yg lama. Jalan raya di Putatan/petagas dan jalan karamunsing/plaza wawasan sudah bertingkat.. ini dikatakan sabah sudah maju. jgnlah rosakan kemajuan yg sudah dicapai dan dirasai oleh bangsa kita. klau nak maju sokong pemenrintah skrg agar ia akan terus maju.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger