Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » UMNO Lebih Terbuka Berbanding Parti Pembangkang : Shafie

UMNO Lebih Terbuka Berbanding Parti Pembangkang : Shafie

Penulis : Unknown on Friday 18 May 2012 | 12:07


KEPIMPINAN UMNO  lebih terbuka berbanding parti pembangkang yang langsung tidak memberi ruang untuk mendengar apa jua pandangan yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri bagaimana presiden UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan dengan cara yang teratur.

Beliau berkata ketika Najib mencetuskan idea-idea untuk membangunkan negara dan membantu segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum menerusi idea-idea transformasi, pembangkang pula dengan agenda demonstrasi yang merosakkan.

“Beliau (Najib) boleh bangun pukul 2 pagi tengok perlawanan bola sepak dengan belia, beliau boleh pantau Twitter, Facebook, berinterasi dengan semua,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebaliknya di pihak pembangkang, Shafie memberi contoh tindakan DAP yang enggan menyambung keanggotaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara DAP ekoran kritikannya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bulan lepas, yang membawa kepada peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP, dan tindakan PAS yang memecat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti awal tahun ini.

Mohd Shafie berkata saluran untuk menyuarakan pandangan pula perlu sesuai dan ia tidak seharusnya disuarakan dengan cara berdemonstrasi sehingga merosakkan harta benda dan menggugat keselamatan, atau dilakukan dengan cara yang tidak beradab.

“Kita ada struktur sesuai yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan, contohnya pandangan boleh disuarakan di Parlimen, atau persidangan Dewan Undangan Negeri, malahan menerusi media-media sosial, boleh lontar pandangan, bukan dengan cara mengganggu atau berdemonstrasi sehingga merosakkan,” katanya. — Bernama
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger