Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Pelan Ekonomi SAPP : "Lain Daripada Yang Lain"

Pelan Ekonomi SAPP : "Lain Daripada Yang Lain"

Penulis : Unknown on Thursday 9 February 2012 | 16:32

PENGERUSI parti SAPP iaitu Yong Teck Lee memaklumkan bahawa mereka mempunyai Pelan Ekonomi mereka sendiri untuk memerintah negeri Sabah sekiranya menang dalam pilihanraya ke-13 kelak. Pelan Ekonomi tersebut adalah meliputi 16 perkara dan ia adalah lain daripada yang lain kerana tidak pernah dimiliki oleh mana-mana parti yang lain.

A. SISTEM PENGHANTARAN
SAPP berjanji akan menghantar dengan secara segera semua barang-barang  yang dikirim oleh pelanggan termasuklah 'Milo Ping" yang diorder dari Semenanjung.

B. SUMBER MANUSIA
SAPP berjanji akan memastikan bahawa sumber manusia yang sedia ada akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai "kambing hitam" dalam memenuhi cita-cita parti.

C. PERSEKITARAN DINAMIK UNTUK PELABURAN
SAPP berjanji akan memastikan persekitaran yang dinamik bagi orang ramai untuk membuat pelaburan di Sports Toto, Diriwan 88, STC kerana masalah yang ada sekarang adalah orang ramai bersesak-sesak beratur untuk membuat pelaburan.

D. USAHAWAN TEMPATAN
SAPP akan menggubal program khas untuk usahawan tempatan bagi memelihara burung layang-layang yang kini semakin banyak berterbangan di sana sini dan memastikan burung-burung tersebut dididik supaya tidak bertenggek di pokok-pokok di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

E. DASAR KABOTAJ
SAPP akan menjalankan kajian berkaitan dengan Dasar Kabotaj iaitu Dasar Pinjaman Wang dengan peminjam wang berlesen. SAPP akan memastikan supaya rakyat boleh meminjam terus wang dari peminjam wang berlesen tanpa perlu membayar bunga iaitu 0% interest.

F. INDUSTRI MINYAK DAN GAS
SAPP berjanji akan memastikan supaya setiap rumah yang ada di Sabah ini mempunyai industri minyak dan gas mereka sendiri supaya apabila mereka memasak di dapur, minyak dan gas tidak akan habis.

G. INDUSTRI MINYAK SAWIT
SAPP berjanji bahawa kerajaan tidak perlu lagi menanam kelapa sawit kerana setiap rumah akan dibekalkan 1 pokok bagi menampung keperluan minyak masak sawit yang ada di rumah supaya tidak akan habis iaitu dengan cara memetik sahaja buah kelapa sawit tersebut.

H. INDUSTRI PELANCONGAN
SAPP berjanji iaitu bagi menggalakkan industri pelancongan di Sabah, setiap ahli parti SAPP diberi kebebasan untuk melancong dahulu ke luar negara menggunakan duit kerajaan bagi menarik pelancong datang ke Sabah supaya kedatangan pelancong tidak akan terputus. Setiap ahli parti tidak mempunyai had untuk melancong.

I. INDUSTRI PEMBALAKAN
SAPP berjanji bahawa industri pembalakan di Sabah akan sentiasa berkembang supaya hasil-hasil tersebut boleh mereka gunakan sendiri untuk aktiviti peribadi setiap ahli parti.

J. WILAYAH BIMP - EAGA
SAPP berjanji akan mewujudkan wilayah BIMP-EAGA bagi memastikan ia sentiasa dikunjungi oleh ahli-ahli parti SAPP bercuti dan merehatkan minda.

K. TANAH SEBAGAI SUMBER EKONOMI
SAPP berjanji akan mengusahakan semua tanah yang ada di Sabah ini sebagai sumber ekonomi termasuk tanah milik individu supaya hasilnya boleh dimasukkan ke dalam tabung parti.

L. SABAH ELEKTRICITY SDN BHD (SESB)
SAPP akan mentadbir sendiri SESB supaya bekalan elektrik boleh mereka kawal bagi mengelakkan pembaziran penggunaan elektrik oleh rakyat.

M. KILANG GULA DAN GARAM
SAPP berjanji akan membina kilang gula dan garam di setiap tanah milik individu di Sabah ini supaya keperluan garam dan gula boleh diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Pemilik tanah individu tidak boleh mengenakan sewaan tetapi mereka akan diberi bekalan garam dan gula setiap bulan iaitu khas untuk kegunaan rumah sahaja tetapi tidak boleh dijual.

N. DASAR PENGURUSAN KEWANGAN
SAPP berjanji bahawa dasar pengurusan kewangan kerajaan akan digubal dan ditadbir sendiri oleh presiden parti SAPP supaya pengaliran kewangan boleh ditentukan sendiri oleh presiden.

O. BELANJAWAN NEGERI
SAPP berjanji akan melaksanakan belanjawan negeri sendiri yang melibatkan ahli-ahli parti yang rapat dengan presiden parti sahaja dan agihan belanjawan akan dikawal sepenuhnya supaya lebihan sumber kewangan akan dapat diagihkan kepada sesama mereka untuk tujuan peribadi.

P. PERTUMBUHAN EKONOMI - KELUARAN DALAM NEGERI KASAR DAN PENJANAAN KEKAYAAN
SAPP berjanji bahawa pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah akan berkembang iaitu dengan menggunakan kaedah mengeluarkan ekonomi yang kasar-kasar ke negara jiran melalui tapisan.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
12 February 2012 at 20:55

apa da

13 February 2012 at 12:09

Yong Teck Lee janji kosong jak tu. Dlu masa dia jd KM, apa yang dia buat....yg kita tau YTL "TIDAK PERFORMED" sbg KM. Cakap jak lbih skrg ni.

Anonymous
14 February 2012 at 10:20

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=10333%3Ake-mana-halatuju-sapp&catid=37%3Apolitik&Itemid=41

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger