Parti SAPP dan parti baru iaitu STAR yang berasal dari Sarawak telah mengadakan perundingan sulit bagi menjatuhkan kewujudan PKR di Sabah ini. Bagi mereka, selagi dengan adanya kehadiran PKR di Sabah ini, ia seolah-olah membayangi perjuangan mereka. Tindakan Dr. Jeffri Kitingan keluar dari PKR adalah salah satu tindakan drastik yang dibuat olehnya kerana tidak mahu menjadi seperti "lembu diikat hidungnya" dalam parti PKR.
Suatu ketika dahulu, Dr. Jeffri adalah orang kuat dalam PKR Sabah tetapi sekarang ini, beliau dan penyokong-penyokongnya sudah nampak pelan jahat PKR dalam agenda politik mereka ke atas negeri Sabah.
Bagi parti SAPP pula, mereka memutuskan untuk tidak bekerjasama lagi dengan PKR kerana mereka mempunyai agenda perjuangan mereka sendiri. SAPP telah bekerjasama dengan PKR sejak tahun 2008 lagi tetapi SAPP sering dibayangi oleh PKR dalam membuat keputusan terutamanya yang melibatkan Sabah.
Lantaran daripada itu, menurut sumber dalaman kedua-dua parti tersebut, SAPP dan STAR telah sebulat suara memutuskan bahawa misi pertama mereka dalam PRU-13 adalah untuk menjatuhkan PKR terlebih dahulu supaya tidak mengacau agenda politik kedua-dua parti tersebut. Kedua-dua parti tersebut tidak mahu dibayangi oleh Anwar Ibrahim yang sentiasa merencanakan perjuangan parti pembangkang di Sabah. Selagi PKR masih wujud di negeri Sabah, selagi itulah rakyat Sabah dipecah-belahkan.
P/S : Macam barita gembira jak ni. Tahniah lah kita ucapkan kepada SAPP dan STAR kerana ingin menjatuhkan PKR di Sabah. Tapi mau kena ingat juga, SAPP dan STAR jangan lah berangan-angan mau parintah Sabah. Kapimpinan kamurang tu "olok-olok" jak bagi mengaburi mata rakyat. Bgus lah usaha tu untuk menjatuhkan PKR dari bumi Sabah. Ini baru lah yang dikatakan "INI KALILAH". Hahahaha......
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
+ comments + 7 comments
http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=10333%3Ake-mana-halatuju-sapp&catid=37%3Apolitik&Itemid=41
Kamu orang BN apa yg kamu tahu selain projek, pangkat atau habuan... Kalau kau cakap SAPP & STAR ingin jatuhkan DAP lojik lagi. Batu api pun pakai lah batu sama api bukan kayu sama air.
Mau cover line la tu kan? Agak2 kmurang buli bekerjasama ka? Mulut cakap boleh. Perjanjian buli d buat tapi....."main belakang". Hihihi...
Puak2 kecewa ni khan mau jugak membikin plaining macam2...ini la itu la last2 BN jugak jadi pilihan...........tinguk la nanti....BN jugak dorg pangkah
urang2 Sabah.... siapa tidak kenal Anuar? Dialah yg bertanggungjawab;
1 membawa UNMO masuk sabah pada 1994
2 menjahanamkan PBS
3 memusnahkan urang2 sabah
4 berjanji akan menghancurkan kamu urang kristian (dalam ucapan di Dewan Tinangol, Kudat 1994)
5 sekali lagi mahu menipu rakyat sabah
6 lebih teruk daripada BNUMNO
7 sanggup berkerjasama dengan ZIONIS
8 perancang pengundi hantu (PRU 1994)
9 talam 2 muka
10 g**
undi sajalah Parti X yg mampu menyelamatkan urang sabah dan seterusnya proses Borneolisasi bersama Kelimantan terlaksana menjelang 2020. -BORNEOLISME-
sebenarnya sepa musuh utama STAR n SAPP?? PKR sabah atau BN?? klu musuh utama dorang adalah PKR sabah, memang sah lah dorang ni kuda tua BN yang blm tau lg blh belumba lg kah x. org bilang patah kaki sblm belumba.
Don't ever tune the fact sebab saya tahu apa yang sedang berlaku di pusat!
Post a Comment