Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » RCI : Seluar Dalam Anwar Dan Penyokong PKR Di Sabah Bakal "Dibogelkan"

RCI : Seluar Dalam Anwar Dan Penyokong PKR Di Sabah Bakal "Dibogelkan"

Penulis : Unknown on Monday 13 August 2012 | 09:37

SUATU ketika dahulu, pemimpin-pemimpin parti pembangkang terutamanya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sibuk membuat provokasi dan cuba untuk mengapi-apikan rakyat Sabah supaya menyokong penubuhan RCI. Akhirnya kerajaan telah mengumumkan penubuhan RCI pada 11 Ogos yang lepas.

Apa yang menariknya ialah Anwar Ibrahim bakal terlibat sebagai salah seorang yang akan disiasat oleh Suruhanjaya tersebut.....Naaa...apa lagi....memang pekung di dadanya akan terdedah lah. Dengan istilah lain....seluar dalam Anwar Ibrahim juga bakal di bogelkan untuk mengenalpasti isi kandungan di bahagian yang tersembunyi dalam 'spendernya' itu. Ini termasuklah penyokong PKR Sabah yang terpaksa menerima tempiasnya.

Suatu ketika dahulu Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri yang banyak mengatur perkembangan serta hal-ehwal negeri Sabah termasuk meluluskan perjudian. Sekarang penyokong PKR bising pulak tentang apa yang berlaku di Sabah. Dari segi fakta, kebisingan penyokong PKR Sabah ketika ini adalah disebabkan juga oleh Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Melihat kepada keadaan sekarang ini, penyokong-penyokong Anwar menghalalkan pula apa yang dibuat oleh Anwar di Sabah ketika dahulu. Malah mereka 'bermati-matian' mengharapkan Anwar akan menjadi pemimpin negara dengan 'membutakan mata' terhadap apa yang di buat oleh Anwar Ibrahim dahulu termasuk di Sabah. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) iaitu Wan Saiful Wan Jan, beliau berkata pengumuman Suruhajaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu kewarganegaraan di Sabah mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut. Ini bermaksud bahawa Anwar Ibrahim juga mungkin akan menjadi sasaran.

Beliau yang dihubungi oleh Malaysiakini menegaskan lagi bahawa kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Tambahnya, Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara. Ini bermaksud ia juga akan menjejaskan pembangkang jika Anwar terlibat.
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger