TERSEBUTLAH kisah berkaitan Datuk Lajim Ukin yang terkenal sebagai "Raya Katak" yang pandai melompat. Pada masa sekarang terserlahlah sudah pendirian politik yang di bawanya. Suatu ketika dahulu rakyat Sabah dan seluruh Malaysia masih tertanya-tanya apa pendirian sebenar Lajim dalam soal politik.
Sebenarnya kegiatan bawah tanah Lajim sudah lama bermula iaitu sejak Oktober 2011 lagi. Pada ketika itu Lajim dikhabarkan akan memimpin Sabah People Front Party (SPFP). Walau bagaimanapun, rancang punya rancang, akhirnya dia beralih arah menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam jangka masa tersebut lah dia bermain dengan taktik kotornya itu. Ceramah sana-sini mengutuk kepimpinan dengan bahasa kiasan. Pada masa sekarang, apa yang ketara ialah Lajim telah memimpin gerakan baru yang dinamakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS).
Lajim sebenarnya bukan tidak berpuas dengan apa yang berlaku di Sabah ini. Lajim sebenarnya ada agenda peribadi yang perlu dipenuhi. Berikut adalah bukti agenda peribadi yang perlu dipenuhinya :
1. GILAKAN KUASA : Lajim mahu Datuk Musa Aman meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan sekaligus sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Lajim merancang mahu menjadi Ketua Menteri kerana beranggapan beliau adalah pemimpin yang paling berjasa di Sabah.
2. 'JEALOUS' DAN DENGKI : Lajim tidak mahu Datuk Hajah Azizah terus dikekalkan dalam politik Beaufort dan tidak mahu dicalonkan sebagai YB dalam PRU-13. Bagi Lajim, Azizah merupakan 'seteru' politiknya dan tidak mahu Azizah diagung-agungkan di Beaufort.
3. GILAKAN KEKAYAAN : Dalam ucapan Lajim "berbohong" pada pengundi di Beaufort dengan mengatakan bahawa dia tidak berbangga dengan gaji dan elaun puluhan ribu yang diterimanya sebulan dalam BN sedangkan pengundi dan rakyat Sabah 'kelaparan'. Sebenarnya, dia melepaskan elaun puluhan ribu yang dimilikinya itu kerana Lajim ingin mendapatkan kekayaan yang lagi berlipat ganda berjumlah JUTAAN Ringgit Malaysia apabila Lajim menjadi Ketua Menteri Sabah.
Nahhhh.....nampak kan??? Itulah tujuan sebenar Lajim tu. GILAKAN KUASA!!!!!
Sebagai rakyat Sabah, kita semua harus menilai perjuangannya itu. Lajim bukanlah ikhlas berjuang untuk negeri Sabah. Kalaulah Lajim ikhlas berjuang untuk negeri Sabah, kenapa Lajim tidak 'join' sahaja dengan Yong Teck Lee dan Dr. Jeffrey Kitingan???
Pikir-pikirkanlah......
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment