Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Himpunan HIJAU Peringkat Negeri Sabah GAGAL!!! PAS dan Lajim Kena Kutuk

Himpunan HIJAU Peringkat Negeri Sabah GAGAL!!! PAS dan Lajim Kena Kutuk

Penulis : Unknown on Monday 3 September 2012 | 11:19

HIMPUNAN "Hijau" Ke Putrajaya anjuran PAS yang dibuat di kediaman Datuk Lajim Ukin di Beaufort pada 1 September 2012 yang lepas ternyata menemui KEGAGALAN. Usaha pihak PAS tersebut kononnya "Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Sabah" seolah-olah seperti program syok sendiri.

Sebelum program tersebut dijalankan, saya telah dimaklumkan oleh rakan di Beaufort bahawa pemimpin-pemimpin PAS dan pembangkang yang lain ramai akan datang. Jadi saya pun merancanglah perjalanan saya untuk turun ke Beaufort untuk meneliti apa sebenarnya Himpunan HIJAU tersebut. Saya pun 'excited' lah sebab di 'baner' banyak muka orang kuat pembangkang dimasukkan. Bila tiba saatnya...AIYAAA...rupa-rupanya indah khabar dari rupa sahaja Himpunan Hijau tersebut.....program syok sendiri....GAGAL.

Hasil daripada penelitian saya, banyak bukti yang menunjukkan bahawa Himpunan tersebut gagal. Antaranya ialah :

1. Kehadiran sekitar 1200 orang sahaja (Orang PAS isytiharkan 4-5 ribu orang : PENIPU).
2. Sambutan terhadap program hambar.
3. Masyarakat dan pengundi di Beaufort ramai yang tidak turun kerana aktiviti yang menyesatkan.
4. Kebanyakan yang datang adalah orang PAS luar dari Beaufort.
5. Penyokong PAS dari Semenanjung ramai yang datang untuk meramaikan program.
6. Orang non muslim tidak mahu datang dan tidak menyokong perjuangan PAS dan Lajim Ukin.
7. HUJAN RAHMAT berlaku menunjukkan perjuangan PAS dan Lajim Ukin tidak "direstui".
8. Pemimpin pembangkang yang lain dari kalangan SAPP, STAR dan PKR Sabah tidak menyertai.
9. Menyalah-gunakan agama untuk perjuangan politik parti.
10. Membuat "KUTIPAN JIHAD" untuk membiayai perjuangan parti.

Melalui program tersebut, kebanyakan penyokong kuat Lajim Ukin "TERPAKSA" mengikut rentak PAS dan berpura-pura menunjukkan sokongan yang kuat tetapi sebenarnya berkonflik dalam diri. Ramai masyarakat Beaufort yang mengetahui berkaitan pelaksanaan program tersebut menyatakan bahawa PAS dan Lajim Ukin ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pelopor kepada politik perubahan alaf baru di Sabah TETAPI sebenarnya tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Beaufort sendiri.

Apa yang melucukan berkaitan Himpunan tersebut ialah pemimpin yang berucap diberi masa 5 ke 7 minit satu orang. Macam mana mau menang pilihan raya??? Hahahahaha.....macam pertandingan pidato pulak. Malulah!!!!!

Apa pun, perjuangan PAS TIDAK diterima di Sabah kerana menyalah-gunakan agama untuk berpolitik. Keduanya ialah perjuangan Lajim Ukin sebenarnya tidak disokong oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain di Sabah ini kerana perjuangan Lajim adalah untuk menyesatkan rakyat dan mementingkan agenda politik peribadi.

P/S : ** Harap-harap Lajim Ukin bertaubat awal-awal dan bersara dari karier politik kerana beliau sudah tua dan boleh mengusahakan banyak tanah yang dimilikinya di Beaufort.

        ** Balik lah ke Kelantan PAS....perjuangan PAS tidak disokong oleh rakyat Sabah.
Share this article :

+ comments + 2 comments

3 September 2012 at 21:55

saya ke lapangan terbang air asia ptg tu,ramai org semenanjung dtg bagi support,nampak mcm ustaz2 malaya jak .

ABE
21 September 2012 at 15:07

Semua pejuang BN-UMNO....

mohon kerjasama untuk sentiasa upload maklumat berkaitan perjuangan parti di dalam Fb..jangan jadi penakut. terlalu banyak info berkaitan kelemahan PR yang perlu anda hebahkan...melalui pemerhatian saya, penganut PR sekarang ni banyak yang menghebahkan propoganda untuk melemahkan BN-UMNO melalui media Fb...robohkan niat jahat mereka..Malaysia akan hancur jika ianya berterusan....TAK GUNA SEKADAR BERTEKAK MELALUI BLOG..yang melawat blog hanyalah penyokong parti sahaja...tagkan semua kenalan dalam Fb agar dapat sebarkan maklumat kemusnahan yang dibawa oleh PR..HIDUP BN..

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger