Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Kemampuan Parti STAR Sabah Dipersenda : Perang Sesama Parti Pembangkang Bakal Berlaku

Kemampuan Parti STAR Sabah Dipersenda : Perang Sesama Parti Pembangkang Bakal Berlaku

Penulis : Unknown on Thursday, 19 April 2012 | 21:47

INI KALILAH!!! Ini lah yang dilontarkan oleh penyokong STAR apabila mendapati Parti STAR dipersendakan oleh Pakatan Rakyat termasuk SAPP (Pakatan UBF Kunu). Buktinya amat jelas sekali apabila baru-baru ini Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan antara PKR dan SAPP dalam pembahagian kerusi dalam PRU13 di mana SAPP dibagi 35 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen dan selebihnya diperuntukkan kepada PKR-DAP-PAS.

Mana perginya pembahagian kerusi untuk STAR ni??? Apa sudah jadi ni??? Ternyata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf STAR sebagai parti yang kuat. Yang lebih jelas lagi adalah tindakan Yong Teck Lee dan parti SAPP nya sudah membuka jalan rundingan yang awal dengan Pakatan Rakyat untuk menguasai Sabah kunu. Timbul juga persoalan di sini apa sudah jadi dengan agenda UBF ni yang kononnya penggabungan parti STAR, SAPP dan USNO? Hahaha….menuju ke arah perpecahan adalah…umpama kerjasama yang rapuh. Kenapa??? Sebab SAPP telah membelakangi STAR dan UBF dengan mengadakan rundingan sulit untuk menguasai Sabah.

Pakatan Rakyat meletakkan SAPP sebagai calon tunggal parti tempatan Sabah sebagai satu formula gandingan pakatan Rakyat berbanding dengan penguasaan 3 parti utama bukan dari Parti tempatan untuk mematahkan penguasaan BN di Malaysia Timur.

Di dalam kegairahan Pakatan Rakyat dan SAPP untuk membuat percaturan kerusi, dilihat seolah-olah kewujudan STAR yang sepatutnya amat bersinar di pandang sepi dan malap oleh Pakatan Rakyat dan dipersenda kemampuannya dalam usaha Pakatan Rakyat menawan negeri Sabah.

Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR negeri Sabah telah mengumumkan bahawa STAR dijangka akan bertanding di kesemua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Ahli Parlimen kerusi di Sabah. Persoalannya mampukah STAR menonjolkan bakal calonnya? Kalau ada calonpun, boleh menang kah? Tidak takutkah dengan persaingan yang bakal dihadapi yang besar kemungkinannya akan terpaksa juga berhadapan dengan PKR dan rakan UBF STAR iaitu SAPP?

Sumber dalaman Parti STAR dipetik menyatakan bahawa mereka akan membuat perang secara habis-habisan dengan Pakatan Rakyat kerana mereka mempunyai agenda yang buruk untuk menguasai Sabah. Sumber dalaman STAR juga menyatakan bahawa mereka akan cuba memecah-belahkan parti SAPP jika parti tersebut terus membelakangi STAR dan UBF.

Apa yang paling menarik sekali ialah apabila seorang Ketua Cabang PKR di satu Parlimen secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia Pakatan Rakyat untuk mengutamakan calon-calon PKR bagi bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Sabah. Menurutnya lagi, rundingan dengan SAPP adalah untuk mengaburi mata parti pembangkang tempatan di Sabah. Dalam masa yang sama juga Pakatan Rakyat tidak mahu undi mereka berpecah dengan kewujudan SAPP dan STAR. INI KALILAH!!!

By : karabautua
Share this article :

+ comments + 24 comments

Anonymous
20 April 2012 at 11:05

Apapun yang orang kata tentang STAR, itu hak mereka. Begitu juga, jika rakyat memilih STAR itu juga hak mereka. Perjuangan Star jelas, jika mana2 parti tergugat....itu juga hal dia. Yang penting Star akan terus mendekati rakyat & pemimpin2 pembangkang lain & kerajaan, jika mereka menghormati Star, bererti mereka menghormati perjuangan Star. PRU 13 bila mereka memilih Star, rakyat yang sedar mengucapkan TERIMA KASIH.

Anonymous
20 April 2012 at 15:05

Ada ramalan menyatakan bahawa Dr. Jeffry Kitingan memang akan kalah dalam PRU-13 kalau dia bertanding. Calon-calon parti STAR yang lain juga akan terkulai layu sebab tidak mendapat sokongan.

selipar jepun
23 April 2012 at 03:11

perjuangan jelas??? iya ka? kbnyakan pemimpin dlm star adalah pemimpin yg dulunya x puas hati dgn parti mereka dan ingin menjadi ketua.. yg itu jelas...

26 April 2012 at 22:29

kita harus pandang kedepan.apa cara sekali pun bn mesti d tumbangkan..banyak penguguman d buat,tpi isu rci masih membisu..ketahuan sangat penternak pti..mudah mudahan rkyt msia sedar bn harus d kalahkan kali ini..

Anonymous
16 June 2012 at 00:44

Dtk Dr Jef. pd hakikatnya bknla gila kuasa sepertimana yg pihak2 trntu sangkakn. phk yg bfikiran begitu adalah pihak yg sama sekali tdk fhm dgn pjuangn Dtk Dr. Dtk Dr myertai parti2 bbpa politik sbnrnya adalah dsbpkn dia mcari pihak yg shaluan dgnnya dlm mperjuangkn sst tutamanya hak2 rakyat Malaysia yg tgl d Sabah yg selama ini tidak pernah dpatuhi sejak dri mula. pjanjian/memorendom itu sbnrnya adalah mjaga hak rakyat sabah supaya tdk djajah selamanya slepas pjajahan colonial. tpi nampaknya hal itu(pjajahan) terus malah lebih teruk dari apa yg terjadi semasa pjajahan British. tiada siapa yg dpt dharapkn utk mengubah keadaan ini selain dri rakyat sabah sendiri. walaupn skrng ini telah banyak hal yg dlakukan oleh phk ttu supaya kaum majoriti d Sabah ini mjadi minoriti, ttpi klu bkn kita sdri siapa lagi yg dharapkan utk mubah situasi ini. tlngla wahai rakyat sabah, coba kita bfikirkn sejenak scara paling mdlm dri dlm hati dan otak kepala kita. coba fikirkn apa yg akan blaku tidak mlama lgi thdp org d sabah. spt mana yg saya nampak baru2 ini dmana, org yg pergi menerima BRIM1 adalah org Bugis penjual kuih pisang yg mmg baru sampai d Sabah ini. Oleh sebab org semananjung bertujuan tidak baik thdp negara Sabah, ayo la biarkan Negara Sabah kali ini durus oleh org Sabah sendiri. Saya rasa,kali ini adala kesempatan terakhir org sabah utk mubah situasi ini. marila kita org sabah, bsama2 bersungguh-sungguh bkerja utk mpertahankn hak kita yg sudah sangat hampir hilang ini

Anonymous
6 August 2012 at 00:21

Sampai bila kita mo jadi kuda tunggangan Malaya. Tidak mahu ka berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Malaya.Hasil bumi Sabah kaya tapi bukan kita yang menikmati, kita cuma dapat sisa/baki sja.Tgk la di luar2 bandar, begitu ka hasil kemerdekaan kita???

Mo sokong Anwar???lupa ka kita pada tahun 1994, orang itu la yang berkampung di Sabah mengumpan Lajim & Rubin lompat dari PBS. Baru2 ni masa Lajim keluar Umno konon kerana rakyat, keluar PBS juga kerana rakyat, dia tidak sedar ka rakyat undi dia atas tiket PBS dulu???

Kita jangan lupa bagaimana hasil minyak kita diambil oleh Malaya. Belum sampai sebulan Tun Fuad terkorban, Haris mcm kena cucuk hidung ja t/tangan setuju serah minyak kepada federal, macam saja minyak tu bapa dia punya. Patutnya perkara tersebut dibawa ke DUN kerana ianya milik rakyat Sabah bukan Haris. Penubuhan BERJAYA oleh Haris pun Malaya yang rancang, kemudian tawarkan Tun Fuad untuk menerajui. Memang tidak masuk akal tu kotak hitam tidak dijumpai, klu di Barat, kapal crash di lautan pun kotak hitam kena jumpa.

USNO dulupun Malaya yang kasi rosak, pemimpin UMNO hantar Syed kechik seorang peguam jadi penasihat USNO konon. Apa dia buat??mengaut keuntungan sampai keturunannya billionaire sampai sekarang. Sentimen Malaya ni klu bukan agama, ketuanan Melayu tidak relevan dgn keadaan di Sabah yang berbilang kaum/agama, rakyatnya saling menerima & bertoleransi sejak seblum Malaysia.

Jadi kita masih mo angkat ka ni parti yang berpaksikan kepada Malaya. Tidak boleh ka kita berdiri sendiri? Budu betul ka orang kita sampai tidak boleh tadbir negeri sendiri, mo juga telunjuk Malaya? Orang Sabah kena sedar, Pembentukan Malaysia ini adalah seperti United Kingdom (England, Scotland, Wales & Northern Ireland), masing2 mempunyai parliment sendiri. Sabah telah merdeka dahulu, baru bersama-sama dengan Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia. Apasal kedudukan kita seperi Perlis, kedah, selangor dll? Sudahla federal (Malaya) ambil hasil bumi kita, peruntukan dibagi kepada Sabah sama mcm peruntukan kepada negeri2 di Malaya. Klu begitu, sampai bila2 pun kita sentiasa terbelakang dari segi pembangunan/kemajuan kerana negeri kita luas, misalnya Negeri Perlis satu haripun boleh dikelilingi tapi berapa MP, ADUN, ada universiti, ada daerah ??
Pada saya selagi kita tidak dapat hak kemerdekaan kita sebagai sebuah rakan kongsi dalam Malaysia, selagi itula kita ketinggalan, ditindas sehingga la anak2 kita akan terpinggir kerana PATI akan jadi majoriti...Rakyat Sabah kena bersatu, halau dulu tu parti Malaya, bungkus parti yang ikut telunjuk Malaya dalam PRU13...pandai2 la kita pilih parti yang memperjuangkan hak negeri/rakyat Sabah demi anak2, cucu2 kita di masa hadapan.

2 September 2012 at 08:40

PR telah membuat satu perkiraan matematik mudah yang salah. Mereka lupa bahawa DJ ada lah adek kepada pemimpin tertinggi KDM diSabah dan sangat berpengaruh dikalangan masyarakat KDM. Mereka tidak 'campur' bahawa majoriti pengundi dikawasan luar bandar/pendalaman ada lah terdiri daripada masyarakat KDM.Mereka tidak 'campur' bahawa kebanyakan masyarakat KDM berada dalam BN kerana mereka terpaksa berada disitu untok survival.Mereka tidak 'campur' bahawa dalam realiti 'sebenar' masyarakat KDM ada lah merupakan penduduk majoriti diSabah dan sebahagian besar daripada mereka ini mempunyai rasa 'resentment, critical,semangat Sabah for Sabahan, anti Semananjung dan anti BN'. Mereka darab pula dengan keupayaan PAS, SAPP,kumpulan DS Lajim/Wilfred, DAP dan PKR sendiri dan merumuskan jawapan: Kemenangan Besar. Dalam keghairahan untok menakluk Putrajaya, ramai pemimpin PR yang sudah pasang angan angan sehingga PR terlupa satu lagi formula: Rupa rupa nya 'Kemenangan Besar' ini terpaksa di'bahagi' lagi dengan BN baru dapat jawapan yang betul.Jawapan? Hanya rakyat Sabah yang tahu.

Anonymous
18 September 2012 at 15:39

apa-apapun orang sabah patut undi star orang sendiri,apa apa hal senang mau jumpalah.yang penting tolak umno/bn juga...ok pakat pakatlah kita rakyat sabah

Anonymous
24 September 2012 at 16:53

Apa2 pun INI KALI LAH..kalau dulu UNDI BN..skg undi STAR.. sudah lama diperbodohkan.. Ini kali lah...STAR

orangkecil
3 January 2013 at 16:59

Pandangan saya.. Lebih baik undi STAR berbanding undi PR. Kemungkinan besar STAR agenda trsembunyi BN utk tdk mengundi PR. Kalau tiada STAR, psti PR akan mnang d Sabah.

18 March 2013 at 08:06

INI KALI LAH!!!! STAR PASTI MENANG

Anonymous
4 April 2013 at 12:10

sia kunci liriknya...parti star dapat tentelo kerusi..

Anonymous
8 April 2013 at 16:20

Dulu undi BN.. SKG STAR..STAR akan bersinar..:) Ini kali lah...

Anonymous
8 April 2013 at 21:44

TANYA JEFFERY,,,KALAU BUKAN KEPALA HOTAK DIA YANG BINGGUNG DENGAN PERANCANGAN KELUAR MALAYSIA...MASIH PBS YANG MEMERINTAH....KALAU DAH RASA JADI PAHLAWAN SABAH...KENAPA TIDAK PIGI GANTI SAHAJA ASKAR2 SEMENANJUNG ...YANGH SANGGUP MATI...AKIBAT PENCOROBOHAN SULU...WAHAI STAR...SILA LAWAT KUBURAN 13 ASKAR REJIMAN ASKAR MELAYU DIRAJA YANG GUGUR VS INDONESIA MASA KONFRANTASI DULU....ALALAHAI JEFFERY...BANYAK WANG KAOU BOLOT MASA DIYAYASAN SABAH DULU...HEHHHE

Anonymous
9 April 2013 at 22:04

Ini kali lah kita pasti menang.. STAR!!!!
Parti dari malaya Get Out from our land!

Anonymous
16 April 2013 at 17:20

dasar STAR tali barut UMNO....dari mana tu peruntukan ni parit SeTAR dapat utk agih2kan kepada cabang2 mereka diseluruh SABAH?bukan 10-20 juta mau pakai ni duit kalau mahu semua kerusi Adun ditandingi...ingat tu 1 markas peruntukan ner 10 ribu saja kah...mustahil pula dari c Jeffery tu peruntukan?kalau iya pun dari dia,sumber dan bisnis apa yang di buat ner?kelapa sawit?mustahil juga,lain lah kalau dia ada tanah mcm abg ner c Pairin,sampai ke paitan bah....ohh pairin jg lah kau malu mau akun,semua orang paitan sudah tahu bah ko ada ribu2 ekar tanah di paitan...tapi c jeperi adakah juga tanah sebegitu banyak?kalau ada mcm mana dia boleh dapat?kalau dari projek mega mustahil pula..kan dia pembangkang,mana c musa mau bagi projek mega...fikir2 punya fikir,ingat pula dulu c jeperi pernah kena tahan ISA,tapi tak lama coz c Tun M ada buat perjanjian kunu ngan c jeperi mau kacau mana2 parti pembangkang di sabah ini...jadi tak hairan lah dulu dia masuk PKR,bertanding tiket PKR pas tu keluar parti cakap itu ini ngan media sal PKR...mcm tu duit dari BN juga bah kan

Anonymous
16 April 2013 at 17:41

saya org KDM tulin, tapi tidak akan undi STAR, sbb STAR tiada pendirian, bilang mau tukar BN tapi parti yang lawan BN berabis dia antam hari-hari. Bye2 STAR. Ramalan saya STAR akan dapat "telur"

17 April 2013 at 19:58

Anonymous kau adalah org yg paling bodoh pernah sya jumpa kepala otak kau lah, kau keluar sabah pi semananjung Star bukan sokong umnok tpi kau yg sokong umnok star ini mau menjamin ryat sabah kau blng tdk keluar kau dari sabah bodoh punya Anonymous

17 April 2013 at 20:00

Anonymous kau adalah org yg paling bodoh pernah sya jumpa kepala otak kau lah, kau keluar sabah pi semananjung Star bukan sokong umnok tpi kau yg sokong umnok star ini mau menjamin ryat sabah kau blng tdk keluar kau dari sabah bodoh punya Anonymous

Anonymous
17 April 2013 at 21:40

Pemimpin-pemimpin politik Sabah semuanya tidak boleh diharap. Tubuhkan parti lepas tu masuk BN, keluar BN, masuk BN. Parti ini bolehlah dinamakan PKMBN(Parti Keluar Masuk Barisan Nasional). Jom kita hidupkan USNO dengan nama baru iaitu UNITED SABAH NATIVES ORGANIZATION. Keahlian terbuka kepada semua penduduk Bumiputera dan Sino yang memperjuangkan hak-hak bumiputera dan kedaulatan Sabah tanpa perlu masuk BN.

Anonymous
17 April 2013 at 22:30

Mana2 parti yg menang ni election kalau suda jadi CM sabah tatap juga makan rasuah and projek bagi sama family and kawan2 dulu bah....

BN kah..PKR kah ..STAR kah...asal menang di Sabah..tatap juga corruption... agenda autonomi..sabah for sabahan..buang paritlah..

Anonymous
17 April 2013 at 22:53

Politic is about how to get WHAT?,WHEN? and HOW? The moment they won the election, the first thing comes to their mind is WHAT they can get, WHEN to get it and HOW to get it.

Anonymous
18 April 2013 at 09:12

bah sudah jangan gadu gadu undi ja star sudah ABU.

Anonymous
23 April 2013 at 03:11

I LOVE PBS, SY UNDI PBS.

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger