Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Panas : Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa

Panas : Ketidaksepakatan Parti Pembangkang Di Sabah Jadi Bahan Ketawa

Penulis : Unknown on Monday, 9 April 2012 | 16:01

HAHAHAHA....Malang buat Parti Pembangkang yang ada di negeri Sabah ini. Ingatkan mereka menyengat, rupa-rupanya mereka tidak menyengat seperti yang di war-warkan.Parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini umpama "seperti melukut di tepi gantang" atau dalam bahasa Jerman nya "kacau daun" sahaja. Yang pastinya mereka saling sengat-menyengat sesama sendiri.....satu perkembangan yang positif juga tu. Apa pun, daripada sini kita dapat lihat bahawa parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini hanya inginkan kuasa sahaja, buat perbalahan sesama sendiri dan menjadikan rakyat Sabah menjadi mangsa percaturan mereka.

Wahai PKR, DAP, PAS, SAPP, STAR......Inikah yang dikatakan sebagai pembela nasib rakyat? Ternyata salah apa yang ditonjolkan oleh parti pembangkang bahawa mereka adalah ULTRAMAN/SUPERMAN/BATMAN/ROBIN HOOD sebagai penyelamat kepada rakyat.....rupa-rupanya mereka hanya memainkan sandiwara untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Hancurlah negeri Sabah ini gara-gara mainan politik kotor parti pembangkang ini.

Perkembangan terbaru berkaitan dengan parti-parti pembangkang di Sabah ini nampak dengan jelas sekali. Mereka bercakaran sesama sendiri gara-gara untuk merebut kerusi pilihan untuk bertanding dalam PRU-13 yang akan datang ini.

Bagi SAPP dan STAR, yang masing-masing diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Jeffrey Kitingan, kerjasama antara mereka belum lagi wujud sepenuhnya. Kedua-dua parti ini kadang kala "MAIN PINTU BELAKANG" dalam usaha untuk mempertahankan kuasa dan perjuangan mereka. Pakatan Rakyat lagi lah dasyat mainan kotornya....SAPP dan PKR mana tahu.

Tetapi bagi Pakatan Rakyat yang berasal dari Semenanjung Malaysia, mereka ingin sokongan daripada parti-parti pembangkang di Sabah untuk merealisasikan impian mereka untuk menguasai Parlimen. Walau bagaimanapun, mahukah rakyat Sabah menjadi korban perjuangan rakus Pakatan Rakyat tersebut? Menerima pelawaan PR umpama "mati katak" bagi SAPP dan STAR Sabah? Negeri Sabah akan terjual kepada PR jika SAPP dan STAR menerima pelawaan tersebut.

Sumber dalaman SAPP memberitahu bahawa mereka bersedia membantu Pakatan Rakyat dalam menawan Putrajaya tetapi mahu perjanjian yang membenarkan mereka membentuk kerajaan negeri Sabah dengan bertanding lebih separuh kerusi daripada 60 kerusi yang disediakan. Sanggupkah SAPP oiiii??? Sebenarnya SAPP akan menjadi tunggangan PR jak untuk mencapai hasrat kotor PR tersebut. Nampaknya Yong Teck Lee akan dicop sebagai penderhaka kepada rakyat Sabah lah tu.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mengesahkan bahawa rundingan kerusi antara DAP, PKR dan PAS masih belum dimuktamadkan. Katanya, rundingan masih belum selesai kerana terdapat 20 kerusi negeri dan tujuh kerusi Parlimen yang masih menjadi rebutan. Rundingan dengan parti pembangkang tempatan, kata beliau, masih belum gagal walaupun dihangatkan melalui media.
 “Pintu sentiasa terbuka,” katanya. “Tetapi syarat kami mudah... mereka perlu sertai Pakatan Rakyat. Mereka perlu bersatu jadi kita boleh menjadi satu pasukan... bukan dua.”

Hancur Sabah dengan percaturan parti pembangkang ini!!!! 
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
20 April 2012 at 11:23

Mengapa harus terperangkap lagi dengan permainan politik Malaya? Tidak sedarkah dengan keadaan parti2 tempatan yang bersekongkol dengan BN sekarang ini? Jika SAPP & STAR masuk PR itu masuk kandang politik Malaya juga. Apa yang kita mahu sekarang ialah satu gagasan politik Borneo yang bersatu padu, gah dan mampu duduk berbincang bersama Parti Malaya untuk masuk Putrajaya. Orang Borneo berbincang dengan orang Malaya macam cerita Borneo Front sebelum tahun 1963! Konsep gagasan politik Borneo bukan baru...sedarlah wahai pemimpin2 PR tempatan. Jika kamu menang dan membentuk kerajaannegeri & pusat, konsep "kandang" ini masih sama dengan apa yang berlaku kepada YB Sabah dalam Umno. Ada kuasa kerana pegang 32/60 kerusi DUN, tetapi kuasa itu adalah "proxy" sahaja.

26 April 2012 at 21:20

Ini lah yg harus d ambil perhatian oleh rakyat sabah.bila lgi nk berubah.org dah berubah sbb pemimpin pun berubah n x lgi d guna pakai kepimpinan mereka sbb hanya merugikan rkyt sbh amnya..fru13 x ada jln lain selain tukar kerajaan skarang.ini bukan gimik politik tpi kita lihat masa kehadapan..

Anonymous
1 June 2012 at 23:53

tiga pemimpin (usno,berjaya&pbs)masing2 menuntut hak rakyat sabah tetapi apa yng telah dilakukan oleh umno/bn p.labuan telah di masukkan ke wilayah persekutuan sehingga ramai yng marah dan benci terhadap pemimpin pada waktu itu (berjaya).Dan pendatang asing diberi keistimewaan (mendapat kad pengenalan)untuk meraih undian yang sangat kotor.Kita sebagai rakyat yang bernaung di bawah negara yang mengamalkan sistem demokrasi mempunyai hak untuk memilih parti mana yang hendak disokong.Apa salahnya klau kita mengubah @ menukar kerajaan yang sedia ada?Adakah negara akan hancur @ musnah ?Kita fikirkan bersama.Dan yng paling penting,adakah kita mahu dipimpin oleh pemimpin yng menjadi hamba kaum yahudi (free mason)?fikir2kan.

Anonymous
23 July 2012 at 20:51

jangan takut jangan gentar kita rempuh bn dan umno yang selama ini memperbodohkan sabahan..... kita di tindas..kalau berani kembalikan hak hak sabah ...

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger