Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Tolak PKR : Kembalilah Ke Pangkal Jalan Wahai Penduduk Kampung

Penulis : Unknown on Tuesday, 31 January 2012 | 01:58

Tuesday, 31 January 2012

Gambar : Saidil Simoi, Ketua Cabang PKR Kota Belud.
Gara-gara terpengaruh dengan janji manis PKR, sanggup pulak penduduk kampung di negeri kita ini terlampau taksub dan seterusnya menyertai perjuangan PKR. 'Marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.

Di sini kita ambilkan sebagai contoh di mana sebahagian penduduk Kg. Sayap, Kota Belud telah menyokong PKR padahal mereka sendiri pun tidak tahu apa hala tuju sebenar perjuangan mereka sendiri.

Dengan ada nya janji manis yang ditaburkan oleh Anwar Ibrahim, ada kah akan dapat mengubah kehidupan penduduk di Kg. Sayap, Kota Belud?

PKR ada rekod pemerintahan mereka sebagai sebuah kerajaan kah sebelum ini? Apa rekod pemerintahan yang dimiliki oleh PKR? Agak-agak terbelakah nasib penduduk dengan menyokong perjuangan PKR....yang pasti adalah penduduk kampung akan semakin mundur sebab agenda politik PKR sebenarnya untuk merampas kerajaan yang ada. Seterusnya pemimpin parti PKR di peringkat pusat akan mengambil kesempatan yang ada untuk memenuhi hasrat peribadi mereka.

'Sokong PKR membawa kemunduran. Kembalilah ke jalan asal'.
Agak-agak si polan si polan dari Kg. Sayap akan dipilihkah untuk menjadi sebahagian dari orang penting dalam pemerintahan kerajaan PKR jika PKR menang? Dapat "tahi hamburan" ada lah......hahaha. Sebenarnya taktik PKR dengan meluaskan sayap-sayapnya di sesebuah kampung adalah untuk menjadikan orang kampung sebagai 'kuli' dan seterusnya memecah-belahkan masyarakat yang ada sehingga bergaduh sesama sendiri....yang penting niat jahat PKR akan tercapai.

Wahai penduduk Kg. Sayap, Kota Belud dan semua penduduk kampung di negeri ini....kembalilah ke pangkal jalan. Jangan 'gara-gara marahkan nyamuk, kelambu di bakar'. Tindakan anda dengan menyertai PKR sebenarnya akan menyebabkan anda akan semakin ketinggalan. Ingatlah bahawa....JANJI POLITIK PKR membawa kepada perpecahan dan kemunduran.


: kitahuman
comments (3) | | Read More...

Parti STAR Dan Gabungan Pasang Angan-angan Mahu Memenangi PRU-13 Sabah?

Penulis : Unknown on Monday, 30 January 2012 | 23:53

Monday, 30 January 2012

Ini lah barisan ahli Parti STAR yang diketuai oleh Dr. Jeffry Kitingan dan parti gabungan yang mempunyai angan-angan tersebut.
Dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang, Parti STAR yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan telah memasang angan-angan dan meramalkan akan menawan negeri Sabah dengan bantuan parti gabungan. Wahhhhh..........hebat juga impian tu ye? Hahahaha.......
 
Malah mereka mendapati iaitu melalui tinjauan pendapat yang dilakukan oleh sebuah badan bebas mendapati, 85 peratus daripada 500 pengundi yang ditemui memilih untuk mengundi STAR dan gabungan pada pilihanraya yang akan datang. Hahahaha.....hebat juga badan bebas tersebut ye??? Sebenarnya badan bebas tersebut adalah mereka sendiri tetapi menggelarkan ia sebagai badan bebas. Lawak pulak mereka ini ye. Hahahaha.........

Parti STAR ni sebenarnya adalah milik orang yang kecewa, disisih dan tersisih semasa dalam PKR sebelum ini. Itu lah sebabnya telah bertindak berani dengan menubuhkan parti baru dengan harapan untuk menawan dan memerintah negeri Sabah.

Sekarang ini mereka telah memecah-belahkan masyarakat di sekitar mereka supaya menyokong parti STAR dan gabungan. Wahhhh.....ini lagi lah teruk, mereka pesongkan rakyat pulak untuk menyokong mereka sedangkan parti STAR dan gabungan sebenarnya ingin memenuhi agenda politik mereka sendiri dengan menjadikan masyarakat sebagai 'alat'.

Bagi masyarakat yang sudah tahu dan faham siapa itu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, maka timbang-timbangkan lah. Ramai orang tahu apa rekod buruk dia sebelum ini. Oleh itu, buat apa sokong mereka ini sedangkan 'track record' pemerintahan mereka pun belum ada. 'Track record' yang buruk ada la.....hahahaha.....

: kitahuman
comments (4) | | Read More...

Gara-gara PKR : Ansari Abdullah Pecah Belahkan Masyarakat Tuaran

Penulis : Unknown on Sunday, 29 January 2012 | 18:42

Sunday, 29 January 2012

Gara-gara terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim, Ansari Abdullah sanggup pecah-belahkan masyarakat di Tuaran untuk menyokong PKR. Menyokong Anwar Ibrahim dan PKR bererti menyokong usaha untuk menjatuhkan negara sendiri. Dalam masa yang sama, bererti menjatuhkan bangsa sendiri supaya mereka berbalah sesama-sendiri.....yang mana akhirnya akan menguntungkan PKR kerana hasrat politik busuk mereka tercapai. Sedihnya bila kita melihat orang seperti ini.....ni namanya penderhaka bangsa sendiri.

Pilihanraya P.185 Batu Sapi, Sandakan tahun 2010, Ansari jadi calon PKR....tetapi malang bagi beliau...KALAH. Yang peliknya, kenapa dia perlu 'MERENTAS BEBERAPA SEMPADAN' daerah semata-mata untuk menjadi calon PKR dalam pilihanraya tersebut? Tak kah pelik???

Sampai Batu Sapi, Ansari pecah-belahkan penduduk di sana....padahal 'Who is he? ' Ansari racuni pemikiran penduduk di Batu Sapi supaya jangan menyokong kerajaan yang ada, buat gimik 'jatuh dalam sungai', masyarakat di Batu Sapi terbahagi kepada dua....sampai ada yang berbalah sesama sendiri. Ini lah yang dikatakan sebagai "Ansari The Pemecah Belah Bangsa" (Macam cerita filem "Conan The Conquer" pulak dia ni...hihihi...).

Di lubuknya sendiri iaitu TUARAN, perkara yang sama juga dia buat. Dia pecah belahkan penduduk Tuaran agar menyokong perjuangan Anwar Ibrahim dan PKR.....apa ni bos??? Awas penduduk Tuaran....hati2 la ye. Kalau tidak.....terpaksa la orang-orang Tuaran akan bertumbuk sesama sendiri nanti gara-gara mahu mengagungkan pemimpin yang mempunyai niat yang busuk dalam politik.

: kitahuman
comments | | Read More...

"Hamba" PKR Dalam Politik Sabah

Penulis : Unknown on Thursday, 26 January 2012 | 16:00

Thursday, 26 January 2012

Kasihan 'hamba-hamba' PKR ini. Gara-gara ingin memperjuangkan agenda PKR untuk memerintah negara, mereka rela 'hidung mereka dicucuk seperti lembu' bagi membantu PKR untuk memecah-belahkan bangsa Sabah sendiri. Lihatlah gelagat-gelagat mereka ini.
Antara barisan pemimpin PKR Sabah. Ramai lagi muka-muka yang lain sebenarnya....cuma monitor komputer tidak muat. Hahaha...  
Bolehkah muka-muka seperti mereka ini akan membantu dalam membuat perubahan di Sabah???

Gara-gara taksub dengan Anwar Ibrahim, lihatlah gelagat mereka ini. Boleh ke jadi pemimpin ni???
Mereka ini pulak tengah tunggu makanan yang lama sudah kena 'order' ....Mee Mamak Ala Liwat.
 
P/S : Kembali lah ke jalan asal wahai kalian semua.
comments (1) | | Read More...

Anwar Ibrahim Sebenarnya Seorang Yang Penakut Tapi Berani Meliwat

"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah". Pepatah ni kita mahu tujukan kepada Anwar Ibrahim. Kenapa???

Ni ada seorang mamat namanya Anwar Ibrahim.....beliau tidak berani menyaman 3 orang individu iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Anwar.

Secara logiknya Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi rahsia akan terbongkar sekiranya ramai yang tampil mendedahkannya dan kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Kalau Anwar Ibrahim betul-betul seorang yang berani dan menafikan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang bermoral, kenapa pulak dia tidak saman 'orang rapat' beliau yang sekarang secara terbuka dan jelas menyatakan Anwar telah lakukan kesalahan moral dan tidak layak menjadi pemimpin.

Anwar sepatutnya saman orang seperti Shazryl Eskay yang secara terbuka mendakwa Anwar dalam video lucah dahulu atau Nallakaruppan yang secara terbuka sebut Anwar peliwat.
Saman juga Ummi Hafilda yang secara jelas sebut skandal Anwar. Anwar tidak berani saman mereka kerana Anwar tahu dakwaan mereka adalah benar.

Tindakan Anwar Ibrahim hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sahaja tetapi tidak berani menyaman beberapa orang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)walaupun mereka secara jelas mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar kepada umum.

: kitahuman
comments (1) | | Read More...

Tahniah : Pergolakan Dalam Pakatan Pembangkang Akan Hancurkan PAS


PAS kini diibaratkan seakan-akan terumbang-ambing dalam pakatan pembangkang berikutan kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali setelah digugurkan daripada jawatan itu sebelum ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu amat memalukan serta merugikan PAS kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai PAS.

Menurutnya, perkembangan terbaru di Selangor itu menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan PAS daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula memberitahu, beliau khuatir dengan perkembangan itu sekiranya Abdul Khalid tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam memperjuangkan isu sensitif berkaitan umat Islam seperti dalam hal menentang gerakan murtad.

Menurutnya, ini kerana sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid dilihat cenderung untuk 'menjaga hati' pelbagai pihak di negeri itu atas dasar perkongsian kuasa dengan DAP.

: kitahuman
comments (1) | | Read More...

PAS Sedang Di Landa Tsunami...Boleh Masuk Pawagam Ni!!!

Penulis : Unknown on Wednesday, 21 December 2011 | 13:58

Wednesday, 21 December 2011

Hahahaha......bila kita tgok Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam pada 20 Disember 2011 yang lepas, macam budak2 pulak perangai kepimpinan PAS ni ye. Macam mana mau perintah negara kalau ahli-ahli parti PAS sesama sendiri bercakaran. Nak kata budak2, umur sudah tua......tapi boleh dikatakan tidak waras. Kcian delo......huhuhu......

Tapi seronok juga bila tgok mereka ni bercakaran sesama sendiri. Klu kita letak mereka dalam gelanggang boxing, sronok tgok ni. Klu tak pun, mgkin dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega......buat lawak politik. Hihihi........

Memang hangat la klu kita lihat sekarang ni....hangat....memang hangat...Ambil kira kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, nampaknya apa yang berlaku kepada Datuk Dr Hasan Ali dan kemudiannya Nasaruddin Mat Isa yang membelanya...jelas parti itu sudah hampir ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan mereka.

Ekoran daripada itu, ramai di kalangan ahli parti itu sendiri yang macam tidak percaya dengar kenyataan beliau hentam secara terbuka kedua-dua mereka termasuk dakwa terperangkap dalam agenda UMNO.
Ia dihangatkan lagi dengan pendedahan Mustapha bahawa Dr Hasan, bekas Persuruhjaya PAS Selangor dan Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden PAS jarang hadir mesyuarat parti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tumpang semangkuk macam tidak sabar-sabar mahu melihat Dr Hasan lenyap dengan kenyataan terbuka ‘mempersilakan' Exco Kerajaan Negeri Selangor itu keluar parti atas alasan hak negara demokrasi.
Rupanya kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib yang menyatakan ADUN Gombak Setia itu tidak cukup pencalonan dan tidak layak bertanding dalam PRU ke 13 telah membuka mata semua orang pada perang dingin yang serius PAS.
Apa lagi PAS.......BUBAR ja la.............jangan pasang angan2 mahu memerintah negara.
oleh :
kitahuman
comments (1) | | Read More...

PAS LANCAR DOKUMEN NEGARA BERKEBAJIKAN DI SABAH......KARUT LAH PAS NI

Umpama mimpi di siang hari la PAS ni. Mereka ingat negara kita ni tiada kebajikan ka? 10 agenda utama dalam buku PAS tu sdh lapok sebenarnya. 

Kalau lah kerajaan tidak jaga kebajikan rakyatnya dengan baik, kita jadikan contoh.....kita percaya Salahuddin Ayub sekarang ni mungkin menjadi "pencacai angkat najis". Kenapa? sebab kebajikannya suatu ketika dahulu tidak dijaga. Nahhhh.....apa jadi pada dia skrg ni? Hasil daripada bantuan kerajaan sjak dia dari kecil la dia hidup dengan aman dan mempunyai pelajaran sekarang ni.....bila dah besar, pandai menderhaka la pulak.....begitu juga ahli2 PAS yang lain. Macam tidak pandai bersyukur la mereka ni.....apa lagi ahli2 PAS yang lain.


PAS dh hbis modal rasanya tu.........

Buku PAS setebal 59 muka surat itu yang mengandungi tujuh bahagian sebenarnya nak mengaburi mata rakyat......dah la tau tau malu....mereka anggap agenda tu sebagai permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.....aiyaaaa.......kolot betul la PAS ni.



oleh :

kitahuman
comments | | Read More...

PKR Sabah Memang Lemah : Ismaily Bungsu

Penulis : Unknown on Monday, 7 November 2011 | 09:49

Monday, 7 November 2011

"SAYA perhatikan PKR Sabah lemah. Lunglai dan tak bermaya. Ini harus diakui hakikat nyata. PKR Sabah tidak bersistematik dan cukup mengecewakan. Rebut2 mahu jadi calon dan ingat rezeki datang dari langit?

...Cabang di Sabah ini terlalu lemah dan lemah sangat....entah hidup entah mati."

Petikan dari komen :
ISMAILY BUNGSU

About Ismaily Bungsu :
Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah/Ketua Penerangan PKR Sabah


Terima kasih Tuan Ismaily Bungsu kerana dedahkan kelemahan PKR Sabah. Memang ramai orang tahu Tuan adalah orang kuat PKR di Sabah. Sumbangan tuan dalam memaklumkan kepada rakyat umum/pembaca dan menyatakan PKR Sabah adalah lemah memang sangat disukai. Kenapa? Sebab...rakyat tidak mahu sebenarnya mendengar pembohongan yang dibawa oleh PKR di Sabah.

PKR di Sabah ni bukannya kuat sangatpun. Mahu 'kacau daun' jak, mau pecah-belahkan rakyat Sabah. Bagus lah kalau PKR ni berambus dari tanah Sabah. 

Teruskan usaha anda Tuan Ismaily Bungsu. Baliklah ke jalan asal, jangan nak pengaruhi rakyat sendiri supaya menyokong PKR lagi. Kalau boleh, biarlah Tuan jadi "musuh dalam selimut" dalam PKR Sabah dan secara keseluruhannya dalam PKR Malaysia.


oleh :
kitahuman
comments (3) | | Read More...

Pakatan Rakyat : 1 Pakatan Menipu Rakyat

Penulis : Unknown on Wednesday, 26 October 2011 | 12:54

Wednesday, 26 October 2011

SENANGNYA PAKATAN RAKYAT BERJANJI KEPADA RAKYAT.....Janji Gila!!!


Nak buat janji senang sahaja....siapa yang tidak kenal sama Pakatan Rakyat. Tukang putar belit, kaki kelentong....Habis rakyat disesatkan..... apatah lagi dengan penyokong fanatik PR yang walaupun PR tidak tunai janji, akan tetap sokong buta tuli.

Pada hakikatnya, tiada siapa yang akan tercabar dengan janji-janji tersebut malah hampir semua pemimpin dan penyokong BN yang membaca janji-janji PR akan mengeleng-geleng kepala apabila mendengarnya.....dan mungkin ada yang akan ketawa tidak kering gusi kerana malas mahu melayan orang-orang PKR yang membuat janji-janji gila. Hahaha.....

Antara beberapa janji PR sekiranya menjadi kerajaan pusat ialah :

• Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

• Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

• Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;

• Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

• Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;

Dan macam-macam lagi janji yang lain la......

Tidak perlulah kita ulas satu persatu janji-janji tersebut di sini kerana kebanyakannya telah pun dibincangkan dari segi logik dan praktikalnya oleh pemimpin BN di dalam media perdana.

Melihat dari gelagat pemimpin PR yang umpama beruk sarkas dengan mentaliti yang juga sama dengan binatang itu yang tidak mampu berfikir, sudah cukup untuk kita buat kesimpulan yang PR tidak berupaya langsung untuk menunaikan janji mereka.  Jangan pula kita terkejut jika mereka tidak berniat pun untuk menunaikan janji-janji tersebut.

Segala janji PR itu hanyalah janji politik, janji pilihan raya atau janji undi semata-mata.

Satu-satunya yang boleh dijanjikan akan berlaku dalam masa 100 hari pemerintahan PR, sekiranya mereka berjaya mendapat mandat menjadi kerajaan ialah HURU-HARA!!! 


: kitahuman


comments (1) | | Read More...

"Buku Jingga" : Satu Sandiwara Baru Pakatan Rakyat

Penulis : Unknown on Friday, 14 October 2011 | 23:06

Friday, 14 October 2011



Aiyaaa.......macam-macam sandiwara Pakatan Rakyat untuk mengaburi mata dan pemikiran rakyat.


Pelan A gagal, muncul pulak dengan pelan B. Pelan B gagal, datang pembaharuan dengan pelan C. Pelan C kantoi, muncul pulak dengan pelan D. Begitulah seterusnya.....


Pelan-pelan yang lain gagal, muncul pulak dengan "Buku Jingga". 


Wahai Pakatan Rakyat, kamu semua sebenarnya bertujuan untuk memecah belahkan rakyat. Tuduhan kamu dalam "Buku Jingga" tu sebenarnya sengaja untuk menarik sokongan rakyat. Janganlah bermimpi untuk memerintah negara. Kamu tu dari 3 parti yang berlainan dan berbeza pegangan. Jangan anggap dengan penubuhan Pakatan Rakyat seolah-olah kekuatan kamu adalah "Perfect". Pakatan Rakyat sebenarnya satu pakatan yang rapuh.


Pakatan Rakyat.....lebih baik kamu lupakan hasrat untuk memerintah negara. Buang je "Buku Jingga" tu ke dalam sungai sebab itu adalah "dakyah jahat" dan sandiwara kamu untuk memecah-belahkan rakyat.




by : kitahuman
comments (4) | | Read More...

Penduduk Melalap Tenom...Jangan Terpedaya Dengan PKR

Ranting PKR di Tenom berkempen untuk mempengaruhi penduduk di kawasan Melalap supaya menyokong PKR dan membenci BN.


Apa macam tu???


Dengan mempengaruhi penduduk kampung di Melalap, Tenom supaya membenci BN dan mengundi PKR satu tindakan yang bijak???


Wahai penduduk di Melalap Tenom, jika anda keluar dari BN dan sudah mendaftar untuk menjadi ahli PKR, anda semua sebenarnya sudah mengambil langkah yang salah. PKR tu suka melaga-lagakan kamu semua supaya membenci BN. INGATLAH...anda semua tidak akan dapat kemana jika anda menyokong PKR. Adakah dengan undi anda semua yang menentang BN akan dapat mempengaruhi nasib penduduk kampung di sana? Jawapannya adalah TIDAK!!! Kamu semua sebenarnya dijadikan ALAT untuk menunaikan cita-cita PKR. PKR sebenarnya nak memecah-belahkan kamu semua. Akhirnya.....kamu semua akan ketinggalan dalam arus pembangunan yang di bawa oleh BN jika Melalap dikuasai oleh PKR.


PERSOALANNYA.....Adakah jika kawasan Melalap dimenangi oleh PKR dalam PRU ke-13 akan datang akan dapat menentukan pemerintahan negara? Jawapannya adalah TIDAK!!! Kemenangan tersebut sebenarnya akan membawa anda semua ke zaman kemunduran. Rakyat di tempat lain masih menyokong BN kerana inginkan pembangunan yang berterusan. Tetapi anda menyokong PKR yang sudah semestinya tidak akan dapat memberikan pembangunan kerana tiada sumber kewangan untuk membangunkan kawasan Melalap.


 Cita-cita PKR yang dipimpin ANWAR IBRAHIM sebenarnya "mimpi kosong" semata-mata. Kalaulah betul Anwar Ibrahim tu nak membela nasib rakyat, kenapa sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sewaktu ketika dahulu tidak menunaikan janjinya??? KENAPA baru sekarang dia nak membela nasib rakyat??? PKR sebenarnya menggunakan penduduk Melalap sebagai alat untuk menunaikan cita-cita peribadi Anwar Ibrahim.


INGATLAH wahai penduduk Melalap......tersilap langkah buruk padahnya. Bangsa kamu akan terus mundur jika menyokong PKR.


Jika anda sudah keluar dari BN dan telah mengisi borang untuk menyertai PKR, adalah lebih baik anda berfikir dengan semasak-masaknya. Tarik balik tindakan anda supaya anda semua tidak dijadikan sebagai alat oleh PKR.






by : kitahuman
comments (1) | | Read More...

KONSEP 1MALAYSIA

Penulis : Unknown on Thursday, 13 October 2011 | 09:26

Thursday, 13 October 2011



Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan
berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan
kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama”.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan
kesimpulan berikut :

• Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara
dan pemimpin memainkan peranan masingmasing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat
daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir
melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka
juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi
tembok kepentingan etnik dan kaum.

 
• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak
wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya
sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya
membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara
yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka
perlu melakukan perkara yang sama.

 
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan
berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus
dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.
Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak
rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.

 • Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep
1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak
kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam
bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan
negara melayani kehendak dan keperluan setiap
etnik melalui wakil kaum masing-masing.

 
• Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri
mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
comments (1) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger