BALING batu, sembunyi tangan. Ini lah perumpamaan yang paling tepat kita boleh labelkan kepada parti SAPP ini. Berlagak macam hero mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin (PTI), tetapi pekung di dada SAPP yang terbuka mereka tidak sedar.
SAPP terutamanya perlu juga membuat Kajian Terperinci berapa ramai orang Cina dari negara China, Cina Taiwan khususnya Cina Indonesia yang datang ke Sabah, menetap di Sabah, berniaga di Sabah, menjadi rakyat Sabah cara bagaimana dan akhirnya anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang mereka sembunyikan daripada dipersoal, dikaji dan dicartakan jumlah mereka?
Jika anda ke gereja-gereja di Sabah hari ini, didapati wajah-wajah yang asing bukan Kadazan, bukan Cina Sabah, asing sekali wajah dan tutur kata mereka dengan masyarakat tempatan Sabah. Dari manakah pula mereka, Cina tetapi bukan Cina Sabah. Mereka ini pernahkah anda dengar mereka persoalkan khususnya parti SAPP yang begitu rakus menjadi hero berat sebelah?
Jika mereka bercakap dari sudut Sejarah, mereka patut pergi mengkaji di Universiti-Universiti di Belanda di mana banyak tersimpan manuskrip-manuskrip lama sebelum British menjajah Sabah. Ketika itu, daerah Tawau dan Sabah, dalam kajian beberapa pensyarah UMS dan pengkaji luar dari Australia dan Belanda, menunjukkan sebelum British menguasai kawasan Pantai Timur Sabah, kawasan-kawasan itu sudah pun mempunyai Pentadbiran Sendiri yang diketuai oleh orang-orang Melayu dari suku Bajau, Banjar dan Bugis.
Bagi ketelusan, kita juga meminta menyiasat pendatang-pendatang Cina dari China, Cina Taiwan, Cina Indonesia, dan seumpamanya untuk lebih adil. Jangan parti SAPP asyik membuat desakan sahaja tetapi bilangan orang-orang mereka di Sabah ini perlu juga dipersoalkan.
Adakah SAPP mempunyai Data orang Cina dari China, orang Cina Taiwan dan Cina Indonesia yang sudah menjadi rakyat Sabah dan mengundi? Kalau tiada minta SAPP tutup mulutlah.
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment