“Ia tidak mengelirukan rakyat khususnya penyokong dan ahli ahli SAPP di pedalaman kerana mereka telah komited dengan misi dan visi perjuangan SAPP,” katanya mengulas penubuhan UBF oleh bekas Naib Presiden PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Bagaimanapun, katanya, terpulanglah kepada rakyat untuk memikirkan hala tuju penubuhan UBF tersebut. UBF tidak menjadi parti politik sepertimana yang dijanjikan oleh Jeffrey sebelum ini semasa mengumumkan penubuhannya.
Pemimpin SAPP Kemabong, Saul Salleh bagaimanapun, berkata beliau tidak akan terpengaruh dengan penubuhan UBF walaupun mahu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum nanti.
Sebaliknya, beliau tetap komited dan yakin dengan hala tuju perjuangan SAPP yang berkonsepkan sebuah parti tempatan.
Post a Comment