Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » "Gelombang Biru" Tatap Cengkam Sabah...Usaha Sia-Sia Pembangkang "Useless"

"Gelombang Biru" Tatap Cengkam Sabah...Usaha Sia-Sia Pembangkang "Useless"

Penulis : Unknown on Wednesday, 27 February 2013 | 11:33

"GELOMBANG BIRU" tatap cengkam Sabah"....itulah antara ungkapan yang amat ditakuti oleh parti-parti politik pembangkang utama di Sabah sekarang ini iaitu PKR, SAPP, STAR. Parti DAP dan PAS pula tidak tersenarai dalam senarai tersebut kerana dua parti berkenaan tergolong sebagai "ikan bilis" di Sabah ini.
 
Sementara Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) pula hanya sekadar pengacau dan menumpukan "play safe" kerana mempunyai agenda peribadi yang tidak mendapat sokongan Pakatan Rakyat. Hakikatnya ialah semua tidak kuat pun. Hahaha.....
 
Bagi mengambil hati penyokong-penyokong, parti-parti berkenaan sentiasa terdesak dengan melancarkan perang psikologi kononnya mereka mampu menguasai 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menjadikan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor bakal memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.
 
Batul ka itu ah??? Budak kacil pun buli buat kesimpulan iaitu.....klu PKR, SAPP dan STAR tidak sebulu dan sentiasa bertelagah, usahkan kerusi, bangku pun merika tidak buli ambil. Rakyat garenti tidak sukung punya. Hahahaha....
Menurut satu sumber, menjelang saat akhir menjelang PRU-13, risikan di peringkat dalaman gabungan pembangkang menunjukkan mereka akan kehilangan banyak kerusi. Perkembangan terbaru itu sedikit sebanyak membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang mulai resah.
Persepsi positif yang ingin ditonjolkan oleh pembangkang seperti mana yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider, sebenarnya tidak mencerminkan apa yang berlaku dalam gabungan pakatan pembangkang ketika ini. Biarpun diperingkat kepimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti PKR nampak segalanya berjalan lancar, di peringkat akar umbi lain pula ceritanya.
 
Bagi Parti SAPP dan STAR pula, ketidaksefahaman yang berlaku antara mereka menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Sabah ini. SAPP dan STAR mempunyai agenda masing-masing kerana tidak mahu mengikut telunjuk PR. Bagi PR pula, situasi tersebut sememangnya menjadi ancaman terhadap sokongan pengundi ke atas mereka. Apa yang pasti ialah pengundi akan berbelah bahagi untuk menyokong mereka.
Tinjauan bebas yang memihak kepada gabungan pembangkang hasil tinjauan sumber yang tidak dinamakan itu, mereka sengaja mencipta perang psikologi untuk meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong mereka. Dan dalam masa yang sama untuk membuatkan Barisan Nasional (BN) berasa goyah. Sedangkan hakikatnya, keyakinan rakyat terhadap BN kebelakangan ini semakin bertambah dan penerimaan rakyat hari ini tidak sama seperti mana yang berlaku pada 2008.
 
Menurut analisis, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut PAS bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan.
Sementara DAP pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, mungkin juga di  Pulau Pinang. PKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
 
Melalui analisa yang dibuat oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka.
Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza.
 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
2 March 2013 at 08:27

KUANG AJAR DAN SIALLAH UAN PUNYA BLOG NIH. APASAL PETA SEMENANJUNG TU LEBIH BESAR DARI PETA SABAH DAN SARAWAK? LU MEMANG HAN-JING LA!

~ANAK BORNEO~

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger