MENJELANG PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Parti SAPP yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee bertekad untuk memerangi habis-habisan usaha sekutu Pakatan Rakyat (PR) iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) untuk menguasai politik di negeri Sabah ini.
Bagi SAPP, usaha ini perlu dibuat untuk menjaga keselamatan pergerakan SAPP supaya perancangan parti dalam PRU-13 ini akan berjalan dengan lancar.
Apa yang jelas ialah APS + PPPS seolah-olah 'demand' daripada PR bagi memenuhi agenda masing-masing. Bumburing mempunyai agendanya tersendiri. Lajim Ukin pula ingin melangsaikan 'nafsunya' ingin menjadi Ketua Menteri Sabah jika pembangkang menang kelak. Atas dasar itulah juga Lajim harus memastikan PPPS pimpinannya harus lebih dominan daripada parti SAPP atau STAR.
Lantaran daripada itu, bagi Yong Teck Lee, segala perancangan SAPP untuk mentadbir negeri ini seolah-olah sudah dibayangi oleh APS dan PPPS dan sekutunya PR.
Menurut Yong Teck Lee, Bumburing (APS) dan
Lajim (PPPS) adalah seperti 'Kerbau Yang Dicucuk Hidung' oleh PR dan sanggup membuat apa sahaja untuk melobi jawatan dan kuasa jika PR berkuasa kelak.
Dalam kenyataan berkaitan Bumburing dan Lajim yang dikeluarkan oleh Datuk Yong Teck Lee kepada Malaysian Insider pada 7 Februari 2013,.... “Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari
‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk
melobi menjadi calon,”
Atas dasar itulah menyebabkan Yong Teck Lee muak dengan sikap Bumburing dan Lajim yang penuh dengan kepuraan-puraan serta gilakan kuasa. Bagi Yong Teck Lee, mereka sebenarnya bukan pejuang Sabah yang sebenar.
Sebelum ini SAPP dan PR pernah berunding berkaitan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di Sabah ini, namun perundingan tersebut buntu. Kehadiran APS + PPPS bakal merancakkan semula
perundingan penentuan pembahagian kerusi menjelang PRU-13 ini...itu pun belum pasti lagi.
Menurut sumber dalaman daripada parti SAPP, pada masa sekarang musuh utama SAPP bukanlah BN tetapi PR dan sekutunya iaitu APS dan PPPS. Bagi SAPP, walaupun sesama parti pembangkang, tindakan ekstream secara halus oleh PR + APS/PPPS akan menggagalkan perancangan SAPP untuk mencorak pentadbiran politik di negeri Sabah ini jika menang dalam PRU-13 akan datang ini.
Bagi SAPP lagi, BN tetap lawan utama tetapi jika PR + APS/PPPS tetap meneruskan sengketa untuk menjahanamkan parti tempatan di Sabah, mereka tidak akan berdiam diri dan akan berperang secara habis-habisan menentangnya kerana tidak mahu PR menjajah Sabah.
Pada masa sekarang, parti SAPP telah menubuhkan pasukan gerakan khas yang bertujuan untuk menyusup masuk ke dalam apa sahaja pergerakan yang dibuat oleh APS dan PPPS termasuk PR sendiri. Antara lain tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat dan strategi rahsia PR + APS/PPPS dalam menghadapi PRU-13 nanti.
INI KALILAH!!!!
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment