NAMPAKNYA puak-puak
Pakatan Haram ini tidak pernah puas kalau mereka tidak menipu sehari
dalam hidup mereka, seolah-oleh menipu itu merupakan satu “makanan ruji”
yang wajib mereka lakukan.
Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya, bukan?
Begitulah yang terjadi mengenai fitnah
Pakatan Haram yang cuba menabur persepsi jahat dengan menuduh Kerajaan
BN mengarahkan agar kad-kad pengenalan yang tidak dituntut di bawa ke
Sabah untuk diberikan kepada pendatang tanpa izin untuk mengundi BN.
Antara mereka yang bertanggungjawab
menyemai syubhah fitnah itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, dan portal yang tidak serik-serik
disaman, portal pro-Pakatan Haram, Malaysiakini.com.
Dalam kenyataan Pengarah Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah telah mendedahkan bahawa terdapat
lima fakta yang sangat meragukan dari sekeping surat pekeliling yang
dicanang keliling kampung oleh Mahfuz dan Malaysiakini.
Kononnya, surat tersebut merupakan bukti
sahih, berkreadibiliti dan ampuh! Padahal, surat itu terbukti palsu,
sama palsunya dengan fitnah yang ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar
menyiarkan cerita-cerita karut marut itu.
Menurut Datuk Jariah, kepala surat pada
dokumen itu sangat meragukan kerana ia jelas menggunakan alamat dari
Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi. Apa ke jadahnya Bahagian
Pengurusan IT dan Komunikasi yang beri arahan begitu? Pelik bukan?
Mengejutkan lagi, beliau menegaskan
bahawa tajuk nombor rujukan yg digunakan pada surat ditangan Mahfuz itu
tertera kod “JPN.MK.(S)” dan ia dikenalpasti bukan nombor rujukan arahan
Jabatan berkaitan.
Tambahan pula, arahan Jabatan Bil.14/2012
juga sebenarnya tidak wujud sebagaimana yang tertulis di atas surat itu
dan bukti menunjukkan bahawa arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah
“Arahan Bil.10/2012” yang melibatkan mengenai “Pindaan kepada Arahan JPN
Bil.9/2007”
Selain itu, Arahan Jabatan di dalam surat
itu juga tidak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada
sebarang catatan “bagi pihak” sebagaimana kebiasaannya.
Dan keraguan juga dikesan apabila cetakan
nama kementerian yang terletak di kaki surat tersebut merujuk kepada
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri! Padanlah Datuk Seri Hishamuddin Tun
Hussien awal-awal lagi mengesahkannya sebagai surat palsu!
Peliknya, siapa sebenarnya yang membuat
onar mereka-reka surat palsu itu? Saya yakin, pihak Kerajaan BN tidak
pernah terfikir untuk melakukan fitnah bodoh sebegitu melainkan
puak-puak Pakatan Haram.
Antara standard modus operandi mereka
ialah mencipta “bukti palsu”, menuduh kerajaan BN dengan fitnah jahat
dan mereka mendesak para pemimpin BN untuk menjawab segala tohmahan yang
mereka lakukan.
Skrip fitnah mereka sudah boleh dihafal
memandangkan sudah ramai pemimpin BN yang sudah menjadi mangsa tohmahan
jahat puak-puak Pakatan Haram ini, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Datuk Seri Najib dikaitkan dengan
mendiang Altantuya Sharibuu dan Datin Seri Rosmah pula dikaitkan dengan
isu cincin berlian. Walaupun dah berkali-kali melafazkan sumpah dengan
bersaksikan Allah, puak-puak Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah
tersebut dengan bangga!
Mungkin itulah nasibnya bila menjadi
pemimpin kerajaan di akhir zaman. Para pemimpin yang bersih pun akan
dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu demi memuaskan nafsu mengejar
kuasa politik di dunia.
Orang Islam yang sepatutnya bersatu,
telah dipisahkan kerana fahaman politik singkat. Kononnya, bersahabat
dengan syaitan pun “dihalalkan” demi menjatuhkan BN. Malah mereka lebih
sanggup bersekutu dengan “syaitan-syaitan” pula. Islam ajar begitu, kah?-mykmu
+ comments + 1 comments
Aku hairanlah dengan puak-puak pembangkang ni...
minat betul dengan surat-surat palsu... ada yang sanggup beli surat cinta palsu dengan harga RM50 ribu...
Pelik bin Ajaib....
Post a Comment