PRESIDEN Filipina, Benigno Aquino melihat pencerobohan di Sabah oleh
pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas
Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah
pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.
Media Filipina melaporkan, Aquino menyamakan kedua-dua kejadian tersebut
sebagai tindakan menggadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro untuk
kepentingan diri pihak tertentu, ketika orang yang menjadi dalang hidup
dengan selesa.
"Tidakkah kita melihat pengulangan sejarah dalam kejadian di Sabah yang
berlaku beberapa minggu lalu. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu
tragedi seperti mana yang berlaku di Jabidah.
"Namun, tragedi yang lebih besar adalah kita tidak belajar daripada apa
yang berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang
sebagai jalan terbaik menghadapi cabaran yang dihadapi," katanya ketika
merasmikan ulang tahun Pembunuhan Jabidah ke-40 di sini, semalam.
Pembunuhan Jabidah yang juga dikenali sebagai Pembunuhan Corregidor
berlaku selepas Marcos melancarkan rancangan rahsia untuk menceroboh
Sabah.
Apabila pelatih beragama Islam yang ditempatkan di Corregidor pada 3
Januari 1968 enggan mengambil bahagian dalam misi itu selepas mengetahui
rahsia berkenaan, mereka dibunuh oleh pegawai mereka pada 18 Mac 1968.
Aquino turut mengkritik dalang utama dalam pencerobohan di Lahad Datu,
Sabah yang menyaksikan Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.
"Di sebalik memberitahu pengikut mereka supaya pulang kerana nyawa lebih
penting, ketuanya (Jamalul Kiram III) terus mendesak dan membangkitkan
kemarahan. Ini yang boleh saya katakan, jika orang lain menganggap nyawa
penduduk Moro tidak penting, pandangan ini adalah salah.
"Atas alasan ini, saya meminta adik Jamalul Kiram, Azzumudie dan
pengikutnya supaya berundur dan pulang kerana keganasan tidak membawa
apa-apa hasil dan hanya perbincangan merupakan pendekatan lebih
produktif," katanya. - sumberagensi
APA KAH KERUSI-KERUSI DIMENANGI DENGAN UNDI POPULAR KEKAL?
-
KERUSI yang dimenangi dengan undi popular dikatakan sebagai wilayah
sesebuah parti.
Pada PRN-16 Sabah, 41/73 kerusi dimenangi dengan undi popular, iaitu G...
3 months ago
Post a Comment