Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Kamurang Ceroboh Kamurang Matiiii...Sial Punya Penceroboh!!!

Kamurang Ceroboh Kamurang Matiiii...Sial Punya Penceroboh!!!

Penulis : Tukang Carut on Monday, 18 March 2013 | 14:53

KAMURANG ceroboh kamurang matiiii!!! Mungkin itulah perkara yang terlintas dalam sesetengah daripada kita orang Sabah ini berikutan pencerobohan dan tindakan ganas pengikut "Kesultanan Sulu" sehingga mengorbankan beberapa orang anggota keselamatan Malaysia.

Lantaran daripada itu, PDRM telah bertegas bahawa operasi pasukan keselamatan negara bagi memburu saki-baki kumpulan pengganas Sulu akan tetap diteruskan meskipun selepas Parlimen dibubarkan.

Menurut Datuk Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, kesemua musuh akan diburu sehingga ke 'lubang cacing', selain setiap kawasan terbabit akan dipastikan bersih daripada sebarang jerangkap samar dan sisa bahan pertempuran.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Ops Daulat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tiada pertempuran hari ini, namun usaha menjejaki saki-baki kumpulan itu terus dilaksanakan di beberapa buah kawasan yang disyaki menjadi pusat persembunyian," katanya semasa dalam sesi sidang akhbar.

Menurut Hamza, pada masa sekarang pengganas Sulu semakin terdesak dan tertekan setelah ketua mereka, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina kini dikesan menukar strategi untuk melepaskan diri dengan memasuki kawasan-kawasan Felda Sahabat. Tambahnya, kesemua pengganas itu dianggarkan berjumlah kurang dari 50 orang dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Beliau memberitahu, pada masa ini seramai 104 individu disiasat di bawah SOSMA dan 232 lagi lain-lain kesalahan.
Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger